Peguam Syarie di Malaysia: Analisis Perkembangan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah

Hammad Mohamad Dahalan, Mas Nooraini Hj Mohiddin, Mohamad Rizal bin Abd Rahman, Nur Khalidah Dahlan

Abstract


Peguam syarie mewakili pihak-pihak bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka di mahkamah. Konsep perwakilan ini telah wujud sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Kajian ini berhasrat untuk mencapai tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis tadbir urus perwakilan peguam syarie pada zaman Rasulullah, sahabat serta pelaksanaannya di mahkamah syariah di Malaysia pada masa kini. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan semasa berkaitan tadbir urus tersebut di mahkamah syariah. Ketiga, ianya mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang dikenal pasti. Kajian ini mengguna pakai
kerangka perundangan tulin yang dianalisis secara kualitatif. Data telah dikumpul melalui kaedah kajian perpustakaan serta kaedah temu bual separa struktur. Data perpustakaan kemudiannya dianalisis melalui kaedah-kaedah analisis kandungan dan analisis kritis. Data dari temubual pula dirakam, dilakukan transkripsi serta kemudiannya dimasukkan ke dalam penulisan sebagai hujah sokongan. Kajian mendapati tadbir urus perwakilan peguam syarie berkembang dari dari semasa ke semasa. Kajian turut
mendapati ketidakseragaman dalam tadbir urus peguam syarie di mahkamah syariah pada masa kini. Kajian akhirnya mencadangkan agar diwujudkan tadbir urus peguam syarie yang seragam, teratur serta terperinci.

Keywords


Peguam syarie; mahkamah syariah; tadbir urus; perwakilan; prinsip syariah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.