Kebolehterimaan Keterangan Elektronik di Malaysia (Admissibility of Electronic Evidence in Malaysia)

Ramalinggam Rajamanickam, Nur Insyirah Mohamad Noh, Anita Harun

Abstract


The current trend of modernisation has acted as a trigger for an increase in cybercrime rates in Malaysia. Because of the convenience and sophistication of electronic gadgets, these instruments have gained their own significance, particularly in offering input and vital hints as a form of evidence in court proceedings. Nonetheless, the introduction of electronics as evidence, particularly in cybercrime cases, has become a hot topic among legal practitioners as a result of various issues related to the acceptance of electronic evidence, such as relevancy and admissibility issues, issues arising from the definitions of documents produced by a computer, issues arising from legal provisions that regulate this evidence, and so on. As a result, this research was conducted to learn more about the admissibility, relevancy, and proof of cybercrime in court, as well as associated legal rules, to identify and analyse the legal challenges resulting from this evidence, and to give solutions to the problems. To ensure the success of this investigation, a doctrinal qualitative method was adopted. In-depth references have been made to primary and secondary sources such as legal legislation, court cases, legal publications, and papers. Historical, analytical, and critical methodologies were used to examine the gathered data. In summary, our analysis discovered that sections 90A, 90B, 90C, and 114A of the Evidence Act 1950 are the primary sources of legislation that allow electronic evidence to be submitted in court. This evidence, however, may only be offered and accepted if the notions of relevancy and admissibility are fulfilled first. The legitimacy, correctness, and security of electronic evidence must first be guaranteed before this evidence is recognised by the court, and a clear interpretation of the document provided by the computer must be determined.

 

Abstrak

Peningkatan arus pemodenan pada hari ini telah menjadi pemangkin kepada kenaikan kadar jenayah siber di Malaysia. Kemudahan dan kecanggihan peranti-peranti elektronik telah menyebabkan alatan ini mempunyai kepentingan tersendiri terutamanya dalam memberikan input dan petunjuk berharga sebagai suatu bentuk keterangan dalam kes-kes di mahkamah. Namun begitu, pengenalan keterangan elektronik sebagai keterangan terutamanya dalam kes-kes jenayah siber telah menjadi suatu topik hangat dalam kalangan pengamal undang-undang kerana pelbagai isu berkenaan dengan penerimaan keterangan elektronik seperti isu kerelevanan dan kebolehterimaan, isu definisi-definisi penting tentang dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, isu peruntukan-peruntukan undang-undang yang mengawal selia keterangan ini dan sebagainya telah mulai timbul. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini telah dilaksanakan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kebolehterimaan, kerelevanan dan pembuktian jenayah siber di mahkamah serta peruntukan undang-undang yang berkaitan, mengenal pasti dan menganalisis masalah-masalah berbangkit dari segi undang-undang mengenai keterangan ini, serta memberikan cadangan-cadangan bagi masalah-masalah tersebut. Bagi menjayakan kajian ini, pendekatan kualitatif yang bersifat doktrinal telah digunakan. Sumber-sumber primer dan sekunder seperti statut undang-undang, kes-kes mahkamah, artikel dan makalah undang-undang telah dirujuk dengan mendalam. Bagi menganalisis data-data yang diperoleh pula, kaedah sejarah, analisis dan kritis telah dijalankan. Secara amnya, kajian ini telah mendapati bahawa seksyen-seksyen 90A, 90B, 90C dan 114A Akta Keterangan 1950 merupakan sumber-sumber undang-undang utama yang membolehkan pengemukaan keterangan elektronik dapat dilakukan di mahkamah. Sungguhpun begitu, keterangan ini hanya boleh dikemukakan dan diterima sekiranya konsep kerelevanan dan kebolehterimaan telah dipenuhi terlebih dahulu. Antara cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan dalam kajian ini ialah ketulenan, ketepatan dan keselamatan sesuatu keterangan elektronik hendaklah dipastikan terlebih dahulu sebelum keterangan ini diterima oleh mahkamah dan penetapan tafsiran yang jelas bagi dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.

Kata kunci: Keterangan elektronik; kebolehterimaan; pembuktian; jenayah siber


Keywords


Electronic evidence; admissibility; proof; cybercrime

Full Text:

PDF

References


Christina Ulau. 7 April 2013. Jenayah Siber Sukar Diatasi. Mingguan Sarawak hlm.3.

Ahmad Termimi, M.A. et. al. (2013). Jenayah siber: pengelasan di antara Al-Jaraim dan Al-Jina’i menurut sistem perundangan Islam. International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2013, 30 Nov – 1 Dis 2013, Kuala Terengganu.

Mohamad, A. M. (2019). Admissibility and Authenticity of Electronic Evidence in the Courts of Malaysia and United Kingdom. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 121-129.

Mohamad Yunus, Mohamad Ismail. (2006). Kedudukan bahan bukti (exhibit) elektronik dan digital dalam keterangan: masalah dan cabaran masa kini. Insaf: The Journal of the Malaysian Bar, 35 (1), 1-14.

Mursilalaili Mustapa Sa’di et. al. (2015). Authentication of electronic evidence in cybercrime cases based on Malaysian laws. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 23, 153-168.

Nazura Abdul Manap, & Jasri Jamal. (2003). Jenayah Komputer: Perbandingan Menurut Akta Jenayah Komputer 1997 dan Prinsip Undang-undang Jenayah Islam. Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat, 7, 15–36.

Radhakrishna, Gita. (2008). Legal Issue in Electronic Evidence. 3rd Conference on Law and Technology 2008 Legal and Syariah Issues.

Rusli Haji Abdullah et. al. (2003). “Teknologi Maklumat dan Penggunaannya”. Petaling Jaya, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. hlm. 116.

Stephen Mason dan Allison Stanfield. (2017). “Electronic Evidence”. University of London Press, Institute of Advanced Legal Studies.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.