Catatan Editor: Pengajian Umum: Mengimbau Wacana Awal Sebelum Tahun 2000 (Editor's Note: General Studies in Retrospect: Early Discourse before Year 2000)

NAZRI MUSLIM, ROZITA IBRAHIM

Abstract


MALIM kali ini menerbitkan semula beberapa artikel terpilih dari karya terbitan Pusat Pengajian Umum pada tahun 1998, bertajuk ‘General Studies: The Education of Man’ yang disunting oleh Abdul Kadir Hj. Din dan Mus Chairil Samani. ‘General Studies: The Education of Man’ merupakan prosiding persidangan antarabangsa mengenai Pengajian Umum yang julung kali dianjurkan oleh Pusat Pengajian Umum, UKM pada tahun 1998. Banyak perkara-perkara penting mengenai falsafah, pengisian serta praktis atau amalan pengajian umum yang dibincangkan di dalam persidangan tersebut. Perbincangan awal inilah yang membina asas penting kepada pembangunan dan perkembangan pengajian umum di UKM pada tahun-tahun berikutnya. Maka, wajarlah karya-karya awal yang mendasari perkembangan masa kini didokumenkan semula bagi rujukan pada masa akan datang.

 

In this issue, MALIM republished several selected articles from the publication of the Centre for General Studies in 1998, titled ‘General Studies: The Education of Man’ which was edited by Abdul Kadir Hj. Din and Mus Chairil Samani. ‘General Studies: The Education of Man’ is the first international conference proceeding on General Studies organized by the Centre for General Studies, UKM in 1998. A number of important matters regarding philosophy, subjects, and practices of general studies were discussed at the conference. This early discussion has established a fundamental importance in the development and advancement of general studies in UKM for the subsequent years. Therefore, it is necessary that early works underlying the present development are re-documented for future reference.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia