Service-Learning: Mengungkap Definisi Untuk Pembelajaran Abad Ke 21 (Service-Learning: Defining the Service Learning Concepts According to 21st Century Learning)

MAZNAH IBRAHIM, NORAIN AZLAN, NOR AFIAN YUSOF, JAMSARI ALIAS, NAJAH NADIAH AMRAN

Abstract


Service-Learning atau pembelajaran berasaskan khidmat ditakrifkan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengoptimunkan pengalaman dalam berkhidmat kepada masyarakat. Walaupun amalan p n p ini telah terbukti memberi impak yang positif, para pengamal dan penyelidik masih tidak sekata dalam persetujuan mereka mengenai cara yang terbaik untuk mendefinisikan dan mencirikan konsep Service Learning ini. Matlamat utama artikel ini adalah untuk menganalisa elemen-elemen penting dalam definisi oleh para penyelidik tentang Service- Learning. Justru itu, artikel ini akan membincangkan dan menghuraikan konsep Service Learning kepada empat bahagian utama iaitu penjelasan Service-Learning secara umum, penglibatan dalam Service-Learning, pendekatan dalam Service-Learning dan impak yang diperolehi daripada Service-Learning. Dalam menghadapi cabaran mendepani strategi pembelajaran abad ke 21, amalan Service-Learning adalah salah satu proses pembelajaran berasaskan pengalaman yang sesuai kerana ia menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mantap terhadap kandungan kursus, kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerjaya, juga nilai-nilai positif yang diperlukan untuk pembangunan masyarakat serta perubahan komuniti. Katakunci: Definisi Service-Learning, penglibatan Service-Learning, pendekatan Service-Learning, impak Service-Learning, pembelajaran abad ke 21.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia