Tahap Kebolehbacaan Teks Bahasa Arab at-Taisir Dalam Kalangan Murid Tahap 2 Di Sekolah Rendah Islam (Sri) al-Amin, Nilai: Satu Kajian Awal (Level of Readability of At-Taisir Arabic Texts among Upper Level Students in Sekolah Rendah Islam (Sri) Al-Amin, Nilai: A Preliminary Study)

NUR HIDAYAH HUSSAIN, MAHARAM MAMAT

Abstract


Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Kajian para sarjana mendapati penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur masih berada pada tahap yang rendah kerana pelbagai faktor termasuk kandungan buku teks yang kurang berkesan. Penilaian terhadap sesuatu bahan bacaan mengambil kira banyak aspek termasuk terutama tahap kebolehbacaan. Kebolehbacaan merupakan tahap atau aras senang-sukar sesuatu bahan bacaan. Buku teks yang berkualiti merupakan satu teks bacaan yang mudah difahami. Kajian ini membincangkan kebolehbacaan teks berbahasa Arab dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah melalui ujian kloz dan soal selidik dalam mempertingkatkan keupayaan kefahaman dan penguasaan bahasa Arab. Kajian kebolehbacaan ini berperanan sebagai satu dokumen yang dapat membantu Kementerian Pendidikan, para guru, penyedia dasar, penulis buku teks, dan pihak lain terlibat.

Kata kunci: Kebolehbacaan; Teks Bahasa Arab; Ujian Kloz; Buku Teks; Sekolah Rendah Islam; Al-Amin Nilai


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia