Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Atas Talian Bagi Kursus Penulisan Pantun Kreatif (Student Perception Study on Online Teaching and Learning for Creative Poem Writing Course)

AZLAN AHMAD, AMIRUL MUKMININ MOHAMAD, NOORHAZILA MOHD HAMID

Abstract


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian menjadi satu kelaziman baharu yang berlaku di mana-mana tempat termasuklah di Malaysia. Proses menuntut ilmu yang sebelum ini secara bertatap muka dengan guru atau pensyarah, kini hanya di skrin komputer atau telefon pintar masing-masing. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini dan pastinya perubahan yang berlaku secara tiba-tiba ini memberi kesan terhadap proses PdP yang berlangsung. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan proses PdP secara dalam talian bagi kursus Penulisan Pantun Kreatif. Responden penelitian ini melibatkan lebih kurang 60 orang pelajar yang mendaftar kursus ini pada Semester II Sesi Akademik 2020-2021. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian yang juga merupakan instumen utama kajian. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan proses PdP kursus ini yang dijalankan secara dalam talian terutama dari segi input yang dicapai oleh pelajar setelah mengikuti kursus berbentuk kemahiran ini. Dapatan penelitian ini adalah penting untuk melihat kelemahan sekiranya ada terhadap pelaksanaan PdP kursus Penulisan Pantun Kreatif secara dalam talian dan langkah susulan yang perlu diambil untuk membaiki kelemahan yang berlaku. Hasil daripada kajian ini juga penting untuk dijadikan panduan dalam melestarikan kursus kemahiran ini pada masa-masa akan datang seandainya proses PdP ini masih dijalankan secara dalam talian.

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian; Pandemik covid-19; Penulisan pantun

ABSTRACT 

Online teaching and learning (PdP) is a new trend that is happening everywhere, including in Malaysia. The process of seeking knowledge that was previously face to face with teachers or lecturers is now only on the computer screen or smatrphone respectively. This change occurred due to the Covid-19 epidemic that hit the whole world at this time it is certain that this sudden change is affecting the ongoing PdP process. This study is to look at students' perceptions on the effectiveness of the online PdP process for creative poem writing courses. The study will involve approximately 60 students who registered for this course in semester 2, academic session 2020-2021. This study will use a questionnaire to obtain research data which is also the main instrument of the study. The focus of this study is to see the effectiveness of the PdP process of this course is conducted online, especially in terms of input achieved by students after attending this skills-shaped course. This study is important to see if there are any weaknesses in the implementation of the PdP of the online Creative Poetry Writing course and follow -up steps that need to be taken to improve the weaknesses that occur. The results of this study are also important to be used as a guide in sustaining the skills course in the future if the PdP process is still happening online.

Keywords: Online teaching and learning; Covid-19 pandemic; Poetry writing


Full Text:

PDF

References


Editor Wilayahku. (2020), Pembelajaran Maya: Sejauh mana kita bersedia?

Educalingo. (2021). Interaksi [Dalam Talian]. Tersedia.

Etikan, I., & Bala, K. (2017). Developing Questionnaire Base on Selection And Designing. Biometrics & Biostatistics International Journal, 5(6), 1-3.

Fatin Aliah Phang. (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

Jaka Wijaya Kusuma & Hamidah. (2020). Perbandingan Hasil Belajar Matematika Dengan Penggunaan Platform Whatsapp Group dan Webinar Zoom dalam Pembelajaran Jarak Jauh Pada Masa Pandemik Covid-19. Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika, 5(1), 97-106.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd Faeiz et al. (2020). Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Perubatan Ketika Pandemik Covid-19: Pengalaman Kelas Maya. In: Webinar Serantau Pandemik COVID-19 (WSPC-19).

Raja, T. (2018). Online tools for data collection. In Education 5.0: Perspectives and Previews Tamil Nadu: Tamil Nadu: St. Xavier’s College of Education.

Realiti Konsep Pembelajaran Maya | Satu Kenangan Seribu Makna. (2020). Https://Efazan.Wordpress.Com.

Siti Azura Binti Abu Hassan et al. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (Epembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat, International Journal of Humanities Technology and Civilization (Ijhtc).

Wan, Ya Shin. (2020). Education during COVID-19.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia