Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari: Satu Perbandingan Kepengarangan (Royal Syair in the Contemporary Era of Perak-Johor: Comparison of Authorship)

ROSNANI IBRAHIM, MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH, SHAIFU BAHRI MD. RADZI

Abstract


Abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Penceritaan dan pujian ini disampaikan dengan menjadikan syair sebagai wadahnya. Syair terakhir yang merakamkan sejarah golongan Diraja ini ialah Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953). Walau bagaimanapun, kepengarangan sedemikian kurang digunakan apabila berkembangnya sastera moden. Kuasa Barat membawa kepelbagaian bentuk dan genre baharu dalam pengkaryaan. Setelah 56 tahun berlalu, muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom pada era kontemporari ini. Raja dan sultan menjadi objek penceritaan dalam kedua-dua karya ini. Persoalannya, apakah skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan mereka? Skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan yang digunakan kedua-dua penulis dalam mempersembahkan penceritaan berhubung raja-raja mereka. Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Kaedah kaji banding diaplikasi untuk meneliti kepengarangan mereka dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan biografi raja menjadi skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan kedua-dua penulis dalam menjulang dan memartabatkan rajanya. 

Kata kunci: Kritikan sastera; Kaji banding; Kepengarangan; Syair DiRaja; Syair kontemporari

ABSTRACT

The 16th century to the end of the 19th century, storytelling and praise of the sultan became the idea of authorship. This storytelling and praise are conveyed by making poetry his platform. The last poem to record the history of this Royal group was the Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953). However, such influence is less used when modern literature develops. Western powers bring a new diversity of forms and genres in creation. After 56 years, two works have emerged, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin Said and Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) by Maskiah binti Masrom in this contemporary era. Kings and sultans became objects of storytelling in both works. The question is, what are the scopes or criteria that are the ideas of their authorship? The scope or criterion that became the idea of authorship used by both authors in presenting storytelling about their rulers. Both texts of the Royal poetry were sampled. Comparative methods are applied to examine their influence in presenting the idea of Royal history recordings in the contemporary era. Intrinsically research methods on study samples were also used. The findings found that the king's biography became the scope or criterion that became the idea of authorship for both authors in praise and upholding his king. 

Keywords: Literary criticism; Peering; Authorship; Royal syair; Contemporary syair


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahim Ramli. 2011. Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor. Johor Bahru: Penerbit UTM Pres.

Abdul Rahim Ramli. 2013. Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012. Johor Bahru: Penerbit UTM Pres.

Abdul Rahim Ramli. 2017. Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor. Kuala Lumpur: Penerbit UTM Press

Ibrahim Mohd Said. 2009. Syair Sultan Azlan Shah, Putera Berjiwa Rakyat. Kuala Lumpur: Jabatan Arkib Negara.

Ishak Yusuf & Mustaffa Omar. 2014. Pembangunan dan Pencapaian Kualiti Hidup Penduduk Mersing. Dlm. Maritim Mersing Warisan dan Sosioekonomi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maskiah Masrom. 2018. Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Johor Bahru: Jabatan DiRaja Johor, Istana Besar.

Meor Ahmad Tajuddin b.Meor Mazlan. 2005. Tun Sab’an dan Pembesar Melayu Perak. Perak: Yayasan Perak.

Mohd Shamsudin. 2006. Sebutir Permata di atas Takhta Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Mohd Zuber Hj. Zain. 2017. Tuanku Bainun Canselor Pendidik. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Talib Samat. 2012. Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa yang terkenal di Malaysia. Tanjung Malim: penerbit Mentari.

Wan Hashim Wan Teh. 1989a. Riwayat Hidup DYMM Sultan Azlah Shah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Hashim Wan Teh. 1989b. Biografi Bergambar Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia