Pengajaran Sarana Kohesi dalam Proses Penulisan Karangan: Analisis Tematik Amalan Pedagogi Guru Cemerlang (Teaching the Cohesive Ties in The Process of Writing the Essay: Thematic Analysis of the Pedagogical Practice of Excellent Teachers)
Abstract
Guru merupakan pemboleh ubah penting dalam mencorakkan aktiviti pengajaran karangan. Kompetensi lingustik yang baik berkaitan kandungan ilmu penulisan, menguasai taksonomi pembinaan pertautan dan mengetahui amalan pedagogi berkesan dalam mengajarkan sarana kohesi akan dapat menyelesaikan masalah murid dalam mengarang. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi guru Bahasa Melayu terhadap pengajaran sarana kohesi dalam proses penulisan karangan. Kajian ini berbentuk kajian kes pelbagai kes-pelbagai tempat. Tiga orang guru cemerlang Bahasa Melayu terlibat sebagai peserta kajian yang dipilih berdasarkan persampelan bertujuan daripada tiga buah sekolah di negeri Pahang. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data melibatkan temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Temu bual dilakukan secara berulang kali bagi membolehkan data-data mencapai tahap ketepuan. Data yang diperoleh melalui proses triangulasi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik bagi pembinaan tema untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan aspek sarana kohesi dalam pengajaran karangan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat konstruk amalan pedagogi guru iaitu, elemen lingustik, teknik pertautan, strategi pengajaran, dan penilaian karangan. Secara keseluruhannya, amalan pedagogi guru terhadap pengajaran sarana kohesi dalam proses penulisan karangan dalam kajian ini terbukti dapat mengupaya pembelajaran kemahiran menulis.
Kata Kunci: Sarana kohesi; Pengajaran karangan; Amalan pedagogi; Analisis tematik; Kemahiran menulis.
Full Text:
PdfReferences
Andi Tenri Ampa, & Muhammad Basri D. (2019). Lexical and grammatical cohesions in the students’ essay writing as the English productive skills. Journal of Physics: Conference Series, 1339(1). https://doi.org/10.1088/1742-6596/1339/1/012072
Che Zanariah Che Hasan, & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Malay Language Education Journal (MyLEJ), 1(1), 67–87.
Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative Inquiry and Research Design Choosing Among Five Approaches (Fourt Edit). Los Angeles: SAGE Publications, Inc.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2017). Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu 1103/1. Retrieved from http://lp.moe.gov.my/images/bahan/spm/KMJ/KMJ_SPM_2017/BAHASA MELAYU 1 (1103_1).pdf
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2019). Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu 1103/1. Retrieved from http://lp.moe.gov.my/images/bahan/spm/KMJ/KMJ_SPM_2017/BAHASA MELAYU 1 (1103_1).pdf
Lestari, R. F. (2019). Kohesi dan koherensi paragraf dalam karangan narasi mahasiswa teknik angkatan 2017 Universitas PGRI Banyuwangi. KREDO : Jurnal Ilmiah Bahasa Dan Sastra, 3(1), 73–82. https://doi.org/10.24176/kredo.v3i1.3924.
Magdelina Anak Nor, & Zamri Mahamod. (2014). Pedagogical content knowledge of novice and experienced Iban language teachers in Sarawak secondary schools. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 11(1), 207–236.
Marohaini Yusuf, & Zulkifli A. Manaf. (1997). Pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu di sekolah menengah : Satu penilaian kualitatif. Pertanika J.Soc.Sci.&Hum, 5(2), 65–71.
Merriam, & Tisdell. (2015). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation (4th Editio). San Francisco.
Noradinah Jaidi, Yusri Abdullah, Suraya Tarasat, & Sri Kartika Rahman. (2014). Kesan penggunaan perisian iMindMap dalam penulisan karangan jenis rencana. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134, 389–398. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.261
Pakirnathan, P. G., & Kepol, N. (2018). Perceived teachers’ self-disclosure, writing performance and gender of Malaysian ESL undergraduates. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 26(4), 2195–2210.
Rohaida Yusop, & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) dalam meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Malay Language Education Journal – MyLEJ, 5(2), 2180–4842.
Sukmawan, S., Setyowati, L., & El-Sulukiyyah, A. A. (2021). The effect of authentic materials on writing performance across different levels of proficiency. International Journal of Language Education, 5(1), 515–527. https://doi.org/10.26858/IJOLE.V5I1.15286
Yin, R. (2009). Case Study Research Design and Methods. Thousand Oaks: SAGE Publications, Inc.
Zamri Salleh, & Abdul Sukor Shaari. (2009). Kesan model unsur tautan terhadap pengajaran karangan Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6, 55–78. https://doi.org/10.32890/mjli.6.2009.7613
Zuraini Jusoh, Fadzilah Abd. Rahman, Norazlina Mohd Kiram, & Samsilah Roslan. (2013). Pencapaian Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan calon Penilaian Menengah Rendah. Malay Language Education Journal-MyLEJ, 3(1), 1–11.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Contact:
Editor-in-Chief
MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
Pusat Pengajian Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
E-mail: jmalim@ukm.edu.my
© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia