Keris: Mengenal Asal-Usul, Falsafah & Fungsi (Keris: Origin, Philosophy and Function)

NOR AFIAN YUSOF, MAHARAM MAMAT, KAR KENG LIM, HAMDZUN HARON

Abstract


Keris bukanlah budaya yang asing dalam masyarakat Melayu Nusantara kerana ia mempunyai simbolik kepada konsep ketuanan dan kedaulatan bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Keris dikenali sebagai salah satu daripada alat persenjataan orang Melayu selain tombak, pedang, badik, kelewang, kerambit dan sebagainya lagi. Ia adalah sebuah senjata yang telah diangkat martabatnya ke kedudukan paling tinggi dalam ketamadunan Melayu melebihi senjata lain kerana fungsi, ketinggian falsafah dan nilai seni estetiknya. Kajian ini bertujuan mendalami tentang sejarah asal usul, falsafah dan fungsi keris yang terdapat di alam Melayu. Artikel ini juga turut membincangkan tentang latar belakang keris, jenis-jenis keris, bahagian-bahagian keris dan falsafah di sebalik fungsi dan peranan tersebut sebagai sebahagian daripada cara untuk mengenali peradaban, dan susur galur asal usul budaya bangsa yang bertamadun ini. Fungsi keris telah banyak mengalami perubahan, dari penciptaan asal sebagai senjata, kemudian berubah menjadi barang keramat, pusaka yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat atau darjat, sehinggalah menjadi sebagai barang seni dan cenderamata. Semua ini tersimpul pelbagai falsafah dan nilai peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu yang tinggi. Keunikan keris diperjelaskan dalam bentuk fizikal dan non-fizikal oleh pandai besi atau empu yang menciptanya. Frey (2010) menyatakan keris adalah lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sebagai sebuah lambang budaya yang terpenting, ia juga mempamerkan maruah dan status bangsa Melayu itu sendiri sebagai bangsa yang bertamadun dan berperadaban. Orang lelaki tidak akan keluar tanpa berkeris, kerana ia dianggap seperti bertelanjang. Teras dan fungsi keris masih lagi sama walaupun mempunyai perbezaan dari pelbagai bentuk rupa dan gaya kerana pemisahan dan perbezaan antara sempadan lokasi, suku kaum dan etnik. Secara umumnya, keris bukanlah semata-mata menjadi senjata mahupun sebahagian daripada busana, tetapi fungsinya lebih besar daripada itu. Ia menjadi lambang jati diri orang Melayu.

Kata Kunci: Keris; Melayu; Falsafah; budaya Melayu; Pandai besi


Full Text:

PDF

References


Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. 2017. Keris Melayu Semenanjung: Rupa Bentuk Keris Mengikut Negeri. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. 2015. Keris Melayu Semenanjung: Suatu Pengenalan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Al-Mudra, M. 2004. Keris dan Budaya Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.

Al-Mudra, M. 2009. Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya dalam Sejarah Nusantara. Sari 27: 27-44

Bakker, J.W.M. 1984. Filsafat Kebudayaan: Sebuah Pengantar. Yogjakarta: Kanisius.

Buanadjaya, B.S. 1998. Keris Nusantara - Pamor, Nuansa Estetis & Pesona Esoteris. Solo: C.V. Aneka.

Christopher, T. 2012. Spiritual keris lurus dan keris luk. https://sites.google.com/site/thomchrists/ Keris-Jawa-Spiritual-Kebatinan/keris-lurus-dan-keris-luk. (Dilayari pada Jun 02, 2022).

Dedi Arman. 2014. Keris Melayu. https://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpnbkepri/keris-melayu/. (Dilayari pada Jun 01, 2022).

Duuren, D.v. 1998. The Keris - An Earthly Approach to A Cosmic Symbol. Wijk en Aalburg, The Netherlands: Pictures Publishers.

Effendy, T. 2008. Keris dalam budaya Melayu Riau. Seminar Keris Nusantara: Bengkel Keris Melayu. Anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 13-14 November.

Emil Bahari. 2009. Semangat keris Melayu: menjawab persoalan ada apa dengan keris?. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Frey, E. 2010. The Kris: Mystic Weapon of the Malay World. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Gardner G.B. 1936. Keris and Other Malay Weapon. Edisi ke-2. Singapore: Progressive Publishing Co.

Gardner, B.B. 1973. Keris and Other Malay Weapons. East Ardsley, Wakefield: EP Publishing Limited.

Hanif Ibrahim. 2017. Pusaka, Rahsia dan Dzat Keris. https://www.thepatriots.asia/4275/. (Dilayari pada Jun 01, 2022).

Hanizah Jonoh. 1997. Senjata-Senjata Di Zaman Kesultanan Melayu Johor. Kuala Lumpur: Yayasan Warisan Johor/Bosshouse Sdn. Bhd.

Harsrinuksmo, B. 1988. Ensiklopedi budaya nasional: Keris dan senjata tradisional Indonesia lainnya. Jakarta: Cipta Adi Pustaka.

Harsrinuksmo, B. 2004. Ensiklopedi Keris. Jakarta: Gramedia.

Haryono Haryoguritno. 2005. Keris Jawa - Antara Mistik dan Nalar. Jakarta: PT Jayakarta Agung Offset.

Helmi, E. 2019. Sejarah Dan Falsafah-Falsafah Keris. https://www.thepatriots.asia/sejarah-dan- falsafah-falsafah-keris/. (Dilayari pada Jun 03, 2022).

Hill, A.H. 1956. The keris and other Malay weapons. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 29 (4): 7-67.

John W. Creswell. 2015. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Edition 5. Pearson.

Kamus Dewan Edisi Empat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Abdul Latif Samian. 2012. Falsafah Perkerisan Dalam Masyarakat Melayu. International Journal of The Malay World and Civilisation (Iman) 30 (1): 105-119.

Khamis Mohamad & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2013. Keris: Falsafah Dan Isu Masa Kini. International Journal of The Malay World And Civilisation (Iman) 1 (2): 45-53.

Khamis Mohamad. 2017. Mahakarya Keris. Kuala Lumpur: MEPSB Enterprise.

Ki Hudoyo Doyodipuro, Occ. 1999. Keris: Daya Magic-Manfat-Tuah-Misteri. Jakarta: Penerbit Dahara Prize.

Karsten, S.J. 1998. Den Indonesiske kris: et symbolladet våben. Devantier, Næstved. Denmark.

Miksic, J.N. & Tranchini, M. 1990. Borobudur: Golden Tales of the Buddhas. Hong Kong: Periplus Editions (HK) Limited.

Moebirman. 1980. Keris - Senjata Pusaka. Jakarta: Yayasan ‘Sapta Karya’.

Mohd Noordin, Ab. Hamid. 2019. Keris Kelantan. Slaid. Persidangan Keris Antarabangsa 2019 - Keris Sebagai Lambang Jati Diri Rumpun Melayu Nusantara. Jabatan Warisan Negara Dengan Kerjasama Muzium Negeri Terengganu Dan Persatuan Purba Terengganu. Dewan Batu Bersurat Muzium Terengganu.

Mohd. Ramli Raman, 2006. Raksi Keris: Filsafat Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu. Anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Petaling Jaya 8-9 November.

Monika Kostera, Nancy Harding. 2021. Organizational Ethnography. Edward Elgar Publishing.

Nurul Fadzlin Mohd Asri & Sharil

Nizam Sha’ri. 2019. Keris Melayu Semenanjung: Suatu Pengenalan oleh Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, dlm. JAUHAR: 3(1): 34-38.

Pamungkas, R. 2007. Mengenal Keris - Senjata ‘Magis’ Masyarakat Jawa. Yogyakarta: Penerbit Narasi.

Raffles, T.S. 2008. The History of Java. ptrj. Prasetyaningrum, E., Agustin, N., Mahbubah, I.Q. eds. Simanjuntak, H. & Santosa, R.B. Jakarta, Narasi.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Prentice Hall/Pearson Malaysia.

Shahrum Yub. 1991. The keris & other short weapons. Kuala Lumpur: Museum Association of Malaysia.

Shahrum Yub. 2006. Mata Keris & Bentuknya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Shahrum Yub. 2009. Keris Melayu: Petekan daripada syarahan2. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Utusantv.com. 2022. Keris Picit: kehebatan seni Melayu menundukkan besi. https://utusantv.com/2022/04/28/keris-picit-kehebatan-seni-melayu-menundukkan-besi/. (Dilayari pada Mei 31, 2022).

Woolley, G.C. 1998. The Malay Keris: Its Origin and Developement. Dlm The Keris and Other Malay Weapons, pyt. Hill, A.H., Woolley, G.C., Keith, H.C., Laidlaw, G.M., Gardner, G.B., Banks, E. & Abu Bakar Pawanchee, 93-136. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).

Yuwono, B.T. 2012. Keris Palembang (Sebuah Kajian Fisual Terhadap Keris Palembang). Ornamen 9 (2): 1-32.

Zakaria Abdullah. 2007. Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu. Kota Bahru: D Warisan Darul Naim.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia