Persepsi Kendiri Pelajar Antarabangsa UKM di Luar Negara Terhadap Kesejahteraan Semasa Sesi Pembelajaran Pasca Pandemik (UKM International Students' Self-Perception towards Well-Being during Post-Pandemic Learning Sessions)

AMIRUL MUKMININ MOHAMAD, NURUL ATIQAH MD. SUHADA, MOHD HAFISZUDIN MOHD AMIN, SARAH MOHAMAD YUNUS

Abstract


Mod pembelajaran dalam talian yang diamalkan oleh sistem pendidikan di negara ini selaras dengan pandemik yang melanda menyebabkan pelajar mengikuti pengajian di UKM secara jarak jauh, termasuklah pelajar antarabangsa UKM yang perlu mengikuti sesi pembelajaran dari lokasi di luar Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar antarabangsa UKM di dalam atau di luar Malaysia tentang tahap kestabilan internet mereka semasa sesi pembelajaran dalam talian, tahap keselesaan pembelajaran mereka serta lokasi pilihan mereka untuk meneruskan sesi pengajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dijalankan ke atas 348 orang pelajar antarabangsa UKM dari pelbagai fakulti serta bidang pengajian yang mengikuti kursus bahasa di Pusat Pengajian Citra UKM. Kutipan data dilakukan melalui borang soal-selidik yang diedarkan secara dalam talian melalui aplikasi Google Form. Hasil analisis data kajian berdasarkan maklum balas pelajar menunjukkan bahawa talian internet pelajar di lokaliti masing-masing berada pada tahap kuat dan stabil. Lebih 80% responden memilih skala positif (Sangat Setuju dan Setuju) untuk kebanyakan pernyataan yang berhubung keselesaan pembelajaran. Peratusan positif yang tinggi terhadap tahap kesejahteraan pelajar ini selari dengan dapatan kajian yang menunjukkan 80% responden memilih untuk kekal di lokaliti negara asal sementara 20% memilih untuk meneruskan pengajian di Malaysia sehingga tamat. Secara kesimpulannya, para pelajar antarabangsa UKM memberikan maklum balas yang positif tentang situasi keberadaan mereka di lokasi luar Malaysia sama ada daripada kemudahan internet mahupun tahap keselesaan ketika mengikuti pembelajaran. Oleh itu, pihak UKM dan institusi pengajian lain disarankan untuk merangka pelan pengajaran dan pembelajaran yang mapan bersesuaian dengan maklum balas yang diperoleh ini.

Kata Kunci: Pelajar Antarabangsa; Pembelajaran dalam Talian; Pembelajaran Pascapandemik; Kesejahteraan Pelajar; Pembelajaran Jarak Jauh


Full Text:

PDF

References


Chirikov, I., & Soria, K. M. 2020. International Students’ Experiences and Concerns During The Pandemic. SERU Consortium: University of California - Berkeley and University of Minnesota.

Etikan, I., & Bala, K. 2017. Developing questionnaire base on selection and designing. Biometrics & Biostatistics International Journal 5(6): 1–3

Jandrić, P. 2020. Deschooling. In M. Peters (Ed.), Encyclopedia Of Teacher Education. Singapore: Springer

King, N., Horrocks, C. & Brooks, J. 2018. Interviews in Qualitative Research 2nd Edition. US: Sage Publishing.

Yazrina Yahya & Doria Abdullah. 2020. The AIMS Impact, 10 Years On: Internationalisation at Home of ASEAN Higher Education Institution. Akademika 90 (Isu Khas 2): 151-162

Plan Strategik UKM: Perspektif 2006-2010. 2006. Bangi: UKM.

Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021–2025. 2021. Bangi: Pusat Strategi UKM

Schleicher, Andreas. (2020). The Impact of COVID-19 on Education: Insights from "Education at a Glance 2020": Paris: OECD Publishing.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia