ISLAM DAN SOSIALISME DI ASIA TENGGARA: MENELITI PEMIKIRAN AHLI TEORI POLITIK ISLAM TERAWAL INDONESIA, OEMAR SAID TJOKROAMINOTO (1882-1934) (Islam and Socialism in Southeast Asia: A Study of the Earliest Indonesian Islamic Political Theorist’s Thought, Oemar Said Tjokroaminoto (1882-1934))

MUHAMAD HASRUL ZAKARIAH

Abstract


ABSTRAK

 

Kajian ini menganalisis aspek penting pemikiran H.O.S Tjokroaminoto tentang ideologi Sosialisme berdasarkan interpretasi dan prinsip Islam di Indonesia. Tjokroaminoto yang merupakan seorang pemimpin politik Jawa tersohor telah memperincikan dengan jelas idea-idea beliau dalam karya terkenal nukilannya, Islam dan Sosialisme yang diluncurkan pada tahun 1924. Beliau telah dianggap sebagai salah seorang pemikir terawal teori politik Islam di Indonesia, dan pelopor kepada ideologi Sosialisme cara Islam di Asia Tenggara melalui kepimpinan beliau dalam organisasi politik massa yang mempunyai jutaan pengikut di Hindia Timur Belanda ketika itu iaitu Sarekat Islam (SI). Objektif utama makalah ini ialah untuk menganalisis aspek penting pemikiran Tjokroaminoto tentang Sosialisme menurut Islam berbanding pencapaian beliau dalam kerjaya politik. Tjokroaminoto telah menjelaskan dengan komprehensif prinsip sebenar doktrin Sosialisme menurut Islam bagi menyanggah salah interpretasi dan kekeliruan dalam kalangan peribumi tempatan bahawa doktrin ini adalah serupa dengan falsafah materialisme Marxisme. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berdasarkan interpretasi disiplin sejarah intelektual. Dapatan kajian pula menunjukkan pemikiran dan idea tokoh terkemuka ini tentang Sosialisme jelas berbeza dengan falsafah Sosialisme-Marxisme Barat. Malahan kajian ini juga menunjukkan bahawa Tjokroaminoto sebenarnya bukanlah cuba mengislamkan ideologi Sosialisme sebaliknya beliau telah membanding dan mengkritik idea sekular dalam Sosialisme, seterusnya mengutarakan falsafah kesejahteraan insan dan keadilan sosial Islam yang lebih sempurna.

 

Kata kunci: Sosialisme; Islam; Tjokroaminoto; Sarekat Islam; Falsafah; Indonesia.

 

 

ABSTRACT

 

This study analyses the main aspects of H.O.S Tjokroaminoto’s thoughts on Islamic principles and interpretation of Socialism ideology in Indonesia. The thought was elaborated comprehensively by Tjokroaminoto, a Javanese political leader in his book ‘Islam dan Sosialisme’ launched in 1924. He has been recognized as one of Indonesia's earliest Islamic political theorists and the pioneer in interpreting the Socialism ideology based on the Islamic framework in Southeast Asia. Tjokroaminoto propagated Socialism’s concept  grounded  on  Islamic  doctrine throughout his  leadership in a mass political movement of Sarekat Islam (SI). Hence, the article's main objective focuses on his philosophical thoughts about socialism doctrine according to Islamic teaching rather than his political career achievements. Tjokroaminoto clarified with a comprehensive explanation about the actual principle of Socialism based on the Islamic perspective to counter the misinterpretation and confusion among the locals that the ideology was identical to Marxism’s materialism philosophy. The study applies a qualitative methodology based on intellectual history interpretation. The study's key finding shows that the thoughts and ideas of Tjokroaminoto about socialism are different from the philosophy of Western Marxism-Socialism. The study has proven that he was not trying to Islamise the Socialism ideology, but he intentionally compared and criticized the secular aspect of socialism ideas. Subsequently, he proposed a complete Islamic well-being and social justice philosophy. 

 

Keywords: Socialism; Islam; Tjokroaminoto; Sarekat Islam; Philosophy; Indonesia


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia