KAEDAH DAN IMPAK AMALAN 3R DALAM ANIMASI BOBOIBOY (Method and Impact of 3R Practice in Boboiboy Animation)

MAHARAM MAMAT, NOR AFIAN YUSOF, KAR KENG LIM, MAISARAH YAACOB

Abstract


ABSTRAK

Peningkatan kuantiti sisa buangan pepejal domestik memerlukan cara penyelesaian yang lebih baik bagi mengelakkan masalah alam sekitar yang lebih rumit. Amalan 3R (reuse, reduce and recycle) dikatakan antara langkah dilaksanakan untuk mendidik masyarakat menguruskan sisa buangan pepejal domestik. Sesuatu amalan yang ingin dibudayakan dalam masyarakat perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi. Mendidik perlu dari rebungnya. Penerapan amalan penjagaan alam sekitar kepada golongan muda boleh dilakukan dalam bentuk hiburan dengan menyisipkan dalam animasi kegemaran kanak-kanak seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Umar dan Hana dan sebagainya. Kajian ini menganalisis kaedah pengurusan sisa buangan pepejal menggunakan kaedah 3R dalam animasi Boboiboy, seterusnya meneliti impak positif terhadap alam sekitar apabila melakukan pengurusan sampah yang baik. Kajian ini menggunakan animasi Boboiboy episod “Jagalah Bumi” (tiga episod) sebagai teks kajian utama. Berdasarkan analisis ini didapati bahawa animasi ini berjaya mengetengahkan konsep 3R dalam tiga episod “Jagalah Bumi” termasuk memaparkan tentang bagaimana proses pengurusan sisa buangan pepejal dilaksanakan di tapak pelupusan sampah. Animasi ini juga turut mengetengahkan impak positif amalan 3R yang berperanan ke arah kelestarian alam.

Kata kunci: Pengurusan alam; Sisa buangan pepejal; Animasi; Boboiboy; Alam sekitar

ABSTRACT

The increasing quality of domestic solid waste requires better solutions to avoid more complex environmental problems. The practice of 3R (reuse, reduce, and recycle) is considered one of the steps implemented to educate the community on managing domestic solid waste. A practice that wants to be cultured in the community must begin as early as childhood. As the saying goes, strike while the iron is hot. Implementing environmental conservation practices among the younger generation can be done in the form of entertainment by incorporating them into popular children’s animations such as Upin dan Ipin, Boboiboy, Umar dan Hana, and others. This study analyzes the waste management methods using the 3R approach in the Boboiboy animation, and further examines the positive impact on the environment when proper waste management is practiced. This study focuses on the “Jagalah Bumi” episodes of the Boboiboy animation (three episodes) as the main research text. Based on this analysis, it is found that this animation successfully presents the concept of 3R in the three “Jagalah Bumi” episodes, including illustrating how the waste management process is carried out at the disposal site. The animation also highlights the positive impact of 3R practices towards environmental sustainability.


Keywords: Environmental management; Solid waste; Animation; Boboiboy; Environment


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia