APLIKASI KUIZ INTERAKTIF SEBAGAI MEDIUM PENTAKSIRAN JARAK JAUH (Interactive Quiz App as A Remote Assessment Medium)

AMIRUL MUKMININ MOHAMAD

Abstract


ABSTRAK

Antara permasalahan yang dihadapi pelajar institusi pengajian tinggi dalam situasi pandemik ialah kekangan untuk melakukan tugasan berbentuk bersemuka dan ‘real-time’, ditambah pula dengan kewujudan e-Pentaksiran yang kurang menarik. Kekangan ini menyebabkan pelajar berhadapan kesukaran untuk menyiapkan tugasan jarak jauh ini dalam masa yang diperuntukkan. Kajian yang telah dilakukan adalah berfokus kepada impak penggunaan perisian dalam talian Quizizz sebagai medium alternatif Pentaksiran jarak jauh dalam meningkatkan peluang pelajar untuk menyiapkan kuiz jarak jauh dalam masa yang sepatutnya, selain menambah baik penguasaan topik pelajaran yang dinilai. Melalui penggunaan aplikasi ini, pengajar menjalankan sesi kuiz secara ‘real-time’ bersama pelajar secara jarak jauh, walau di mana mereka berada. Aplikasi ini juga menyediakan skor markah akhir dengan panduan jawapan sebaik sahaja kuiz berakhir. Dalam kajian ini, seramai lebih seratus orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dari pelbagai bidang pengajian terlibat sebagai peserta kajian. Penggunaan kaedah Ujian-T digunakan sebagai kaedah analisis untuk perbandingan, sementara ujian Regresi Linear Mudah pula digunakan untuk menganalisis korelasi antara pembolehubah. Analisis perbandingan skor antara kuiz mendapati perbezaan signifikan, di mana p=0.000 telah direkodkan. Hubung kait secara signifikasi penggunaan perisian Quizizz dan skor yang dicatatkan telah direkodkan melalui analisis regressi mudah.  Hasil menunjukkan bahawa pelajar lebih selesa dan berminat menggunakan kuiz berbentuk permainan sebagai bentuk e-kuiz dalam Pentaksiran jarak jauh.     

Kata kunci: Quizizz; Pentaksiran jarak jauh; Norma baharu; Pentaksiran formatif; e-kuiz

 

ABSTRACT

Among the problems faced by students in higher learning institutions during this pandemic situation is the constraint to occupy on real-time and face-to-face assessment, in addition to the existing e-assessment design that is less attractive. This constraint causes students to have the difficulty on completing this distance assessment within the time given. The research that has been done is focused on the impact of Quizizz  as an alternative e-quiz approach in increasing students' commitment to complete the long-distance quizzes within the allotted time, as well as improving students' mastery of the topics being assessed. By using this application, educators can conduct a quiz sessions in real-time with students remotely, wherever they are. The app also provides the final score along with correct answers to all questions once the quiz is completed. This Quasi-Treatmental study involved 110 local and international students taking social science courses. T-test method is used as an analysis tool for comparison, while the use of simple Linear regression test is to see the existing relationship between two study variables. Comparison of score analysis between quizzes recorded a significant difference, with a value of p = 0.000 recorded. Regression analysis, on the other hand, showed a significant relationship between alternative methods and the scores produced. The results show that students are more comfortable and interested in using game-based quiz as an e-quiz approach in the remote assessment.

Keywords: Quizizz; Remote asessment; New normal; Formative assessment; e-quiz


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia