ISU KETIDAKSEPADANAN PEKERJAAN DAN PENGANGGURAN DALAM KALANGAN GRADUAN (Job-Mismatch and Unemployment Issues among Graduates)

ISZAN HANA KAHARUDIN, MOHD SYUHAIMI AB RAHMAN, WAN NUR SYAMIMI WAN ZIN

Abstract


ABSTRAK                                                        

Pada masa kini, kebanyakan negara berhadapan dengan masalah lepasan siswazah yang gagal menempatkan diri dalam mana-mana sektor pekerjaan walaupun telah berjaya menamatkan pengajian. Senario ini semakin meruncing dan bertambah kompleks apabila ramai dalam kalangan lepasan siswazah terlalu memilih pekerjaan tertentu semata-mata ingin memenuhi kelayakan dalam jurusan atau bidang yang dipilih. Peluang pekerjaan yang disediakan kepada lepasan siswazah adalah terbatas berbanding bilangan graduan yang dihasilkan oleh Institut Pengajian Tinggi. Keadaan ini sudah tentunya akan mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, kelulusan yang tinggi dan keputusan cemerlang tidak boleh lagi dijadikan ukuran untuk mendapatkan pekerjaan yang baik bagi menjamin masa depan. Hakikatnya, kebanyakan graduan terpaksa menerima pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka. Isu ketidaksepadanan pekerjaan boleh mencetuskan rasa ketidakpuasan dalam bekerja dan menyekat pekerja daripada menzahirkan potensi sebenar mereka secara optimum. Akibatnya, boleh menjejaskan perkembangan tenaga kerja dan secara tidak langsung mempengaruhi kesan jangka masa panjang kepada pembangunan guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi. Penglibatan daripada pelbagai pihak terutama inisiatif kolaborasi antara pembuat dasar, industri dan institusi pendidikan diperlukan dalam menangani isu ketidaksepadanan ini. Justeru itu, kertas ini bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai perkaitan ketidaksepadanan dan faktor ketidaksepadanan, pengangguran, faktor pengangguran dan kebolehpasaran graduan turut dibincangkan.

Kata kunci: Ketidaksepadanan; Pengangguran; Tenaga kerja; Pasaran buruh

 

ABSTRACT

Nowadays, most countries are faced with the problem of graduates who fail to place themselves in any job sector despite successfully completing their studies. This scenario is getting worse and more complex when many graduates choose a certain job just to fulfill their qualifications in their major or field. The job opportunities provided to graduates are limited compared to the number of graduates produced by the Institute of Higher Education. This situation will certainly create a competition to get a job. Therefore, higher qualification and excellent results are no longer be used as a measure to get a good job to secure in future. The fact is most graduates are forced to accept jobs that do not match with their qualifications. The issue of job mismatch can create a sense of dissatisfaction at work and prevent employees from optimally expressing their true potential. As a result, can affect the development of workforce and indirectly affect the long-term impact on the development of employment and the economic growth. Participation from various parties, especially collaborative initiatives between policy makers, industry and educational institutions is needed to deal with this issue of mismatch. Therefore, this paper aims to provide an overview of the relationship between mismatch and the factors of mismatch, unemployment, the factors of unemployment and the marketability of graduate are also discussed.

Keywords: Mismatch; Unemployment; Workforce; Labor market


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia