ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF KONSONAN DALAM PENULISAN PELAJAR ANTARABANGSA CHINA
Abstract
Dalam proses mempelajari bahasa kedua, aspek lisan dan penulisan merupakan aspek penting yang perlu diambil kira oleh pelajar. Kedua-dua aspek ini merupakan kemahiran yang boleh dinilai untuk mengukur kemampuan pelajar menguasai sesuatu bahasa baharu itu. Sehubungan dengan itu, penawaran kursus bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa di UKM juga menitikberatkan bentuk penilaian yang menyentuh kedua-dua aspek tersebut. Hal ini demikian kerana, penguasaan kemahiran penulisan adalah aspek penting khususnya dalam proses menulis perkataan dan seterusnya membina ayat yang betul. Walau bagaimanapun, aspek penulisan juga merupakan kemahiran yang sukar dikuasi oleh pelajar yang melibatkan penguasaan ejaan dan kosa kata bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar dalam aspek penulisan yang melibatkan huruf konsonan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan kaedah pemerhatian dan kaedah analisis teks. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah teks penulisan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Melayu khususnya pelajar antarabangsa dari negara China. Hasil dapatan kajian mendapati wujudnya kesalahan tatabahasa khususnya penggunaan huruf konsonan dalam perkataan. Kesalahan ini telah dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu pertukaran konsonan, pengguguran konsonan, perubahan kedudukan konsonan, penambahan konsonan dan pertukaran konsonan kepada huruf vokal. Bentuk-bentuk kesalahan ini membuktikan bahawa pelajar antarabangsa China menghadapi dan mengalami kesukaran untuk menentukan huruf konsonan yang terlibat dalam sesuatu perkataan kerana kekeliruan perbezaan penyebutan huruf konsonan. Oleh itu, kajian menyarankan agar lebih banyak aspek kesalahan tatabahasa yang boleh dikaji oleh pengkaji bahasa agar pelajar bahasa baharu lebih cakna dan berhati-hati ketika menulis.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Contact:
Editor-in-Chief
MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
Pusat Pengajian Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
E-mail: jmalim@ukm.edu.my
© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia