PENEROKAAN KEMAHIRAN PERLU BAGI SUKARELAWAN MENURUT PANDANGAN PELAJAR

Nurul Hidayah Jamaludin, Rozita Ibrahim, Zurina Mahadi, Wardah Mustafa Din, Nurul Hanis Aminuddin Jafry

Abstract


Sukarelawan merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara individu atau dalam kumpulan dengan membantu masyarakat dari sudut masa, tenaga atau kewangan tanpa mengharapkan ganjaran. Kebanyakan universiti di Malaysia menjalankan aktiviti sukarelawan di kalangan pelajar melalui program-program yang diadakan dalam universiti itu sendiri samada di fakulti atau kolej, atau di luar universiti bersama masyarakat dari pelbagai latar belakang. Kajian ini dijalankan dengan pandangan bahawa aktiviti kesukarelawanan adalah penting dalam pembinaan sahsiah diri dan masyarakat, namun terdapat jurang dalam pemahaman tentang kemahiran-kemahiran kritikal yang diperlukan bagi sukarelawan dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) yang melibatkan 34 orang pelajar UKM yang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil dengan keahlian seramai 10-12 orang setiap kumpulan. Data yang diperolehi FGD dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat kemahiran utama yang ditekankan secara konsisten oleh peserta kajian iaitu kemahiran berkomunikasi, kebolehan beradaptasi, semangat kerja berpasukan, dan empati yang mendalam.

Kata kunci: kesukarelawanan, kompetensi sukarelawan, pembangunan pelajar, perbincangan kumpulan fokus, pendidikan tinggi


Full Text:

PDF

References


Ain Nuraisha Mahazir, and Nur Syafiqah Ab Aziz. 2025. Students’ Perception on the Impact of Community Service and Volunteerism Experience on Social Skills at the Language Centre, National Defence University of Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 28 (1): 151–63.

Davies, B., D. Abrams, Z. Horsham, et al. 2024. The Causal Relationship between Volunteering and Social Cohesion: A Large-Scale Analysis of Secondary Longitudinal Data. Social Indicators Research 171: 809–25. https://doi.org/10.1007/s11205-023-03268-6.

Fatihah Azali, Ain Auni Batrisa Aidil, and Sharima Ruwaida Abbas. 2025. The Role of UUM Volunteers in Safe Touch Education in Primary Schools. Jurnal Personalia Pelajar 28 (1): 211–17.

Muhammad Meffzal Mohd Sazwan, Salma Wael Marzouk Abouelsoud Hashem, Muhammad Yamin Mohd Sharohhuddin, Ahmad Firdhaus Arham, Mohd Suzeren Md. Jamil, Norinsan Kamil Othman, and Nur Hasyareeda Hassan. 2025. Empowering Students for Future Success: A Comprehensive Approach to Soft Skills Development and Enhanced Graduate Employability. Jurnal Personalia Pelajar 28 (1): 201–9.

Rorlinda Yusof, Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Hakimie Zainal Abidin, Azrina Md Azhari, and Siti Aishah Hassan. 2024. Kepimpinan dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Program Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 27 (2): 79–93.

Sloman, K. N. 2010. Research Trends in Descriptive Analysis. The Behaviour Analyst Today 11 (1): 20–35.

Turner, R. 2022. Social Skills Training Programs: Efficacy and Application. Journal of Behavioral Therapy 29 (1): 102–19.

van Vianen, A. E. M., and A. H. Fischer. 2002. Relation between Intellectual Ability and Metacognitive Skillfulness as Predictors of Learning Performance of Young Students Performing Tasks in Different Domains. Learning and Individual Differences 18 (1): 128–34.

Wildman, J. L., D. M. Nguyen, N. S. Duong, and C. Warren. 2021. Student Teamwork during COVID-19: Challenges, Changes, and Consequences. Small Group Research 52 (2): 119–34.

Xu, S., Y. C. Wang, and H. Wen. 2019. A Case Study for Student Leadership Development: A Goal Setting Perspective. Journal of Hospitality, Leisure, Sport & Tourism Education 24: 168–77.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia