KAJIAN AWAL PRESTASI KESEIMBANGAN DAN FUNGSI MOTOR KASAR DALAM KALANGAN KANAK-KANAK NORMAL DAN KANAK-KANAK DENGAN GANGGUAN PEMPROSESAN AUDITORI (APD)
Abstract
Kajian keratan rentas berbentuk eksperimental ini dijalankan untuk menilai keupayaan keseimbangan dan fungsi motor kasar dalam kalangan kanak-kanak normal atau tipikal dan kanak-kanak dengan gangguan pemprosesan auditori (APD) berumur 7-12 tahun di Selangor dan Kuala Lumpur. Seramai 30 kanak-kanak normal (purata umur 10.03 ± 1.75 tahun) dan tiga kanak-kanak APD (purata umur 10.33 ± 1.20 tahun) telah mengambil bahagian. Instrumen ujian yang digunakan ialah Bruininks-Oseretsky Test of Motor Proficiency Edisi Kedua (BOTMP-2) yang merangkumi empat sub-ujian: koordinasi bilateral, keseimbangan, kelajuan berlari dan ketangkasan, serta kekuatan. Koordinasi bilateral dan keseimbangan dikategorikan sebagai koordinasi badan, manakala kelajuan berlari, ketangkasan dan kekuatan sebagai kekuatan dan ketangkasan. Ujian pendengaran (timpanometri dan TEOAE) dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan semua subjek kajian bebas daripada masalah pendengaran periferi. Bagi kumpulan normal, didapati setiap tahap umur tidak menunjukkan perbezaan yang ketara di antara satu sama lain dari segi nilai purata kategori ujian koordinasi badan dan kekuatan dan ketangkasan. Kanak-kanak APD menunjukkan prestasi yang setara dengan normal dalam koordinasi bilateral dan keseimbangan, tetapi lebih rendah dalam kekuatan dan ketangkasan. Dapatan ini memberi gambaran awal bahawa kelemahan motor kasar mungkin wujud dalam APD, sekali gus menyokong kepentingan penilaian multidisiplin melibatkan fungsi auditori, vestibular, dan motor.
Full Text:
PDFReferences
Ahmmed, A. U. 2020. “Manual Dexterity and Outcomes in a Commonly Used Test Battery to Assess Auditory Processing Disorder (APD) in Children.” Hearing, Balance and Communication 18 (2): 102–108. https://doi.org/10.1080/21695717.2020.1747882.
Bruininks, R. H., and B. D. Bruininks. 2005. The Bruininks–Oseretsky Test of Motor Proficiency, 2nd ed.: Manual. Circle Pines, MN: AGS Publishing.
Chang, Yong-Ping, and Yu-Jen Luo. 2019. “Developmental Coordination Disorder and Its Relationship with Learning Difficulties in Children.” International Journal of Environmental Research and Public Health 16 (19): 3406. https://doi.org/10.3390/ijerph16193406.
Graydon, K., A. Rance, A. Downie, and R. van Dun. 2017. “Auditory Processing Disorder: A Review of the Literature.” Hearing, Balance and Communication 15 (3): 109–125. https://doi.org/10.1080/21695717.2017.1349781.
Iliadou, V., P. Ptok, D. Grech, H. Kiese-Himmel, M. Kral, D. N. Lagopoulos, D. C. Sirimanna, et al. 2022. “A European Perspective on Auditory Processing Disorder—Current Knowledge and Future Research Focus.” Frontiers in Neurology 13: 986545. https://doi.org/10.3389/fneur.2022.986545.
Nicolson, R. I., A. J. Fawcett, and P. Dean. 2001. “Dyslexia, Development and the Cerebellum.” Trends in Neurosciences 24 (9): 515–516. https://doi.org/10.1016/S0166-2236(00)01896-8.
Nicolson, R. I., A. J. Fawcett, E. L. Berry, I. H. Jenkins, P. Dean, and D. J. Brooks. 1999. “Association of Abnormal Cerebellar Activation with Motor Learning Difficulties in Dyslexic Adults.” The Lancet 353 (9165): 1662–1667. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(98)09165-X.
Sharma, A., S. Tripathy, and A. S. Talukdar. 2019. “Motor Function and Postural Control in Children with Autism Spectrum Disorder: A Review.” Journal of Clinical and Diagnostic Research 13 (5): CE01–CE06. https://doi.org/10.7860/JCDR/2019/40834.12844.
Smits-Engelsman, B. C. M., E. Bonney, and D. Jelsma. 2023. “Task-Specificity and Transfer of Skills in School-Aged Children with and without Developmental Coordination Disorder.” Research in Developmental Disabilities 134: 104440.
https://doi.org/10.1016/j.ridd.2022.104440.
Tsai, Chia-Liang, Hsiu-Chen Pan, and Fu-Chen Chen. 2017. “The Effects of Exercise Intervention on Inhibitory Control in Children with Developmental Coordination Disorder: A Randomized Controlled Trial.” Disability and Rehabilitation 39 (20): 2061–2069. https://doi.org/10.1080/09638288.2016.1213897.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Contact:
Editor-in-Chief
MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
Pusat Pengajian Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
E-mail: jmalim@ukm.edu.my
© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia