ANALISIS PERSEPSI PELAJAR UKM TERHADAP PENGGUNAAN SIMULASI PHET DALAM MEMAHAMI KONSEP ASAS TEKNOLOGI TENAGA ALTERNATIF DAN BOLEH DIPERBAHARUI

Hafiz Hamsan, Nurul Syakirah Nazri, Adnan Ibrahim, Mohd Fakhrul Zamani Kadir, Muhammad Fadhlullah Abd Shukur, Kar Keng Lim, Afiffuddin Husairi Mat Jusoh Hussain, Nor Fatin Adlina Mohd Salleh, Nor Azilawati Mat Isa, Nurul Hanis Aminuddin Jafry, Azlan Abdul Rahim

Abstract


Kajian ini bertujuan menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan simulasi PhET Energy Forms and Changes dalam pembelajaran kursus LMRS1512: Pengenalan kepada Tenaga Keterbaharuan dan Alternatif di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan kuantitatif digunakan bagi menilai tahap kegunaan (Perceived Usefulness(PU)), kemudahan (Perceived Ease of Use (PEOU)) dan keberkesanan pembelajaran (Learning Effectiveness (LE)) yang dialami pelajar sepanjang penggunaan simulasi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat daripada pelbagai bidang pengajian yang telah mengambil kursus ini antara Semester 1 Sesi 2023/2024 hingga Semester 1 Sesi 2025/2026 melalui kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian menggunakan soal selidik skala Likert lima mata berasaskan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model, TAM), manakala satu item respons terbuka turut disertakan untuk memperoleh maklum balas kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis kandungan melalui pembacaan berulang, pengkodan terbuka dan pengelompokan tema. Dapatan menunjukkan persepsi pelajar adalah positif terhadap keupayaan simulasi dalam meningkatkan pemahaman konsep tenaga melalui visual yang interaktif, namun cabaran seperti kesukaran penggunaan pada peringkat awal dan keperluan panduan pengajar turut dikenal pasti. Secara keseluruhannya, simulasi PhET berpotensi menyokong penguasaan konsep abstrak berkaitan tenaga, dengan keberkesanan yang lebih tinggi apabila disertakan sokongan pedagogi yang bersesuaian.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia