AKHBAR VERSI DIGITAL: IMPLIKASI TERHADAP TREND SIRKULASI AKHBAR BERCETAK DI MALAYSIA

Shahrul Nazmi Sannusi, Normah Mustaffa

Abstract


Kemerosotan jualan akhbar bercetak yang berlaku sejak tahun 2013 telah membangkitkan persoalan tentang hala tuju industri penerbitan akhbar negara ini. Akhbar New Straits Times mencatatkan purata kejatuhan terbesar sebanyak 32.4 peratus kepada 37,885 naskhah sehari, diikuti dengan Harian Metro sebanyak 25 peratus kepada 342,689 naskhah. Walau bagaimanapun, dalam laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia 2014 (ABC Malaysia 2014) menunjukkan, akhbar berkonsepkan digital atau e-paper- Utusan Malaysia mencatatkan lonjakan langganan 60 peratus kepada 204,302 naskhah, manakala akhbar digital The Star dan Sunday Star E-Paper menokok 64 peratus dengan langganan sebanyak 81,367 and 81,498 setiap satu. Maka, persoalan yang timbul disini adakah peningkatan trend pembacaan akhbar versi digital ini secara perlahan-lahan bakal mengancam sirkulasi akhbar bercetak dalam negara ini? Justeru, kertas ini akan mengkaji trend perolehan akhbar utama tempatan dalam talian ini khususnya dalam konteks langganan serta hubung kaitnya dengan trend sirkulasi akhbar bercetak. Hasil analisis data sekunder yang diperolehi daripada ABC Malaysia menunjukkan, jumlah sirkulasi akhbar Berita Harian, The Star dan New Sunday Times dalam talian menunjukkan pertumbuhan berganda melebihi 100 peratus setiap enam bulan, manakala pertumbuhan sirkulasi akhbar bercetak juga mencatatkan penurunan sekitar 10 hingga 33 peratus khususnya sekitar tahun 2013 dan 2014. Maka, jelas disini menunjukkan bahawa  pertumbuhan pantas akhbar versi digital dalam negara ini sejak beberapa tahun lalu tidak memberi kesan signifikan kepada trend pendapatan sirkulasi akhbar bercetak. Trend perolehan sirkulasi akhbar bercetak ini lebih dipengaruhi oleh isu-isu semasa yang diketengahkan sepanjang tempoh tersebut.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528