PEMEDIAAN PRODUK DAN PENGGUNAAN LOGO STARBUCKS COFFEE

Fauziah Ahmad, Tika Nuraeni, Chang Peng Kee, mohd helmi abdul rahim

Abstract


Dunia sekarang mengalami perkembangan yang semakin pantas dalam pelbagai bidang industri dan produk serta memberi kesan ke atas perkembangan pola pemikiran kebanyakan orang. Era globalisasi terus berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat lebih-lebih lagi dengan munculnya persaingan global yang semakin ketat di antara para pengilang. Ini mengakibatkan persaingan yang tidak terhingga bagi setiap industri yang berkembang. Hal ini menyebabkan setiap industri berusaha dengan kuat untuk memberikan hal-hal yang terbaik demi mendapatkan pengguna atau pembeli yang banyak bagi produknya. Dalam masalah ini periklanan bagi produk yang ditawarkan sangat penting untuk diperhatikan. Iklan dapat membantu dalam pengenalan dan penjualan sebuah produk ataupun perkhidmatan Kajian ini menumpukan pada bidang kajian komunikasi visual semiotik berkenaan dengan logo sebuah industri iaitu logo Starbucks Coffee. Sampel kajian terdiri dari pengunjung kafe Starbucks disekitar Lembah Klang sahaja. Konsep kunci kajian terhad pada takrifan semiotik komunikasi visual, logo, pembentukan imej industri, dan imej industri yang boleh diambil kira dalam pelaksanaan kajian ini. Kajian ini berdasarkan pada tiga fokus dapatan kajian yang merangkumi semiotik visual logo Starbucks, hubungan antara logo semiotik dengan penilaian masyarakat dan imej industri Starbucks yang terbentuk dalam hati khalayak.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528