Penularan Negatif Mutu Perkhidmatan Institusi Perubatan Negara Di Laman Media Sosial

Siti Aishah Mohammad Razi, Fauziah Ahmad, Emma Mohamad

Abstract


Profesion dalam bidang perubatan lazimnya menjadi satu profesion yang disegani, dan dihormati. Namun begitu, kebelakangan ini terdapat kemunculan gelaran dan tohmahan yang tidak elok ditujukan kepada para pengamal perubatan melalui laman sosial. Keadaan ini nyata bukan sahaja membimbangkan, tetapi juga boleh mencalarkan imej institusi perubatan, juga menimbulkan salah faham antara para pengguna laman sosial yang lain. Ini kerana, status-status sebegini yang biasanya boleh dikongsi akan menjadi tular di laman sosial dalam masa yang singkat. Justeru, situasi ini telah mengilhamkan pengkaji melakukan kajian untuk mencari punca terjadinya masalah ini. Kaedah analisis kandungan bertujuan digunakan untuk memilih beberapa status peribadi laman sosial Facebook terpilih yang mengandungi ayat-ayat atau perkataan yang mengandungi unsur-unsur negatif yang ditujukan kepada institusi perubatan Malaysia. Kajian ini menggunakan teori Literasi Media oleh Potter (2004) yang menyatakan kekurangan struktur pengetahuan boleh mendorong kepada penyalahgunaan media. Hasil daripada dapatan kajian mendapati tujuh punca yang dikenal pasti iaitu, tidak memahami proses rawatan, tidak memahami fungsi setiap jabatan di institusi kesihatan, kurang profesional, tidak sabar, masalah komunikasi, tidak tahu akan kewujudan akta-akta yang melindungi para petugas institusi perubatan, dan kurang literasi media. Bagi mengatasinya, setiap individu, terutamanya pengguna laman sosial dan pihak institusi perubatan perlu memainkan peranan masing masing dalam mencari maklumat, menambah, dan menyebarkan menerusi media, agar lebih bermanfaat untuk kebaikan bersama. Kajian ini diharap mampu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap institusi perubatan negara, di samping melahirkan masyarakat yang lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat.


Kata kunci: Komunikasi kesihatan, institusi perubatan negara, laman sosial, literasi media, kualiti perkhidmatan.

 


Full Text:

PDF

References


Ahmad Zakimi Abdullah. (2016). Surat terbuka untuk masyarakat yang tak faham-faham. Facebook. Retrieved, September 2016, from https://www.facebook.com/ahmadzakimiabdullah/posts/1427990210548614

Ali Salman, & Siti Minanda Pulungan. (2017). Pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan Facebook dalam menjalin persahabatan. Jurnal Komunikasi, 33(1), 438-459. Retrieved, April 2017, from http://ejournal.ukm.my/mjc/article/viewFile/17001/5330.

Anas Alam Faizli. (2016). Khidmat kesihatan: Adakah Malaysia gagal? Free Malaysia Today. Retrieved, February 2017, from http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/10/10/khidmat-kesihatan-adakah-malaysia-gagal/

Anwari Hamzah. (2016, Ogos). Patut disimenkan je otak dia ni. Facebook. Retrieved from https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1104581506303179&set=pb.100002540191999.-2207520000.1477882090.&type=3&theater

Babbie, E. (2013). The practice of social research (13th ed.) Wadsworth: Cengage Learning.

Bahagian Amalan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (2009). Fungsi cawangan medico legal. Laman Web Rasmi Bahagian Amalan Perubatan Kesihatan Malaysia. Retrieved, November 2016, from http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Fungsi_Cawangan_Medico_Legal.

Evers, C. W., Albury, K., Byron, P., & Crawford, K. (2013). Young people, social media, social network sites and sexual health communication in Australia: This is funny, you should watch it. International Journal of Communication, 7, 263-280. Retrieved from http://ijoc.org/index.php/ijoc/article/download/1106/853.

Ika Destiana, Ali Salman, & Mohd. Helmi Abd. Rahim (2013). Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 125-140. Retrieved, March 2017, from http://journalarticle.ukm.my/6912/1/V29_2_125-140.pdf.

Kellner, D., & Shane, J. (2005). Towards critical media literacy: Core concepts, debates, organizations, and policy. Discourse: Studies in the Cultural Politics of Education, 26(3), 369-386.

Kellner, D., & Shane, J. (2007). Critical media literacy, democracy, and the reconstruction of education. In D. Maeeda & S.R. Steinberg (Eds.), Media literacy: A reader. New York: Peter Lang Publishing.

Livingston, S. (2014). Developing media social literacy: How children learn to interpret risky opportunities on social network sites. The European Journal of Communication Research, 39(3), 283-303. Retrieved, March 2017, from http://eprints.lse.ac.uk/62129/1/Developing%20social%20media%20literacy.pdf

Livingston, S., Grandio, M., Wijnen, C., Costa, C., & Papaioannou, T. (2013). Situating media litracy in the changing media environment: Critical insight from European research on audiences. In lm. Carpentier, N., Schroeder, K., & Hallet, L., Audience transformations: Shifting audience positions in late modernity. Bristol: Intellect.

HBR. (2016, October). Penjelasan fitnah isu Hospital Shah Alam: Fahami prosedur rawatan pesakit trauma. Facebook Penolong Pegawai Perubatan Malaysia. Retrived from https://www.facebook.com/malaysianppp/posts/1767578103484359

Hilmi Yahya. (2016). Gaji rendah antara punca kurang pakar di hospital kerajaan. Malay Mail Online. Retrieved, February 2017, from http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/gaji-rendah-antara-punca-kurang-pakar-di-hospital-kerajaan

Kamaruzzaman Jusoff, & Nurul Nadiah Sahimi. (2009). Television and media literacy in young children: Issues and effects in early childhood. International Education Studies, 2(3), 151-157.

Mahyuddin Mohamed. (2016). Doktor bodoh yang buat operation bodoh. Oh Bulan. Retrieved. Oktober 2016. from http://www.ohbulan.com/gelar-doktor-bodoh-dan-dakwa-ibu-dianiaya-pihak-hospital-ini-jawapan-pakar-ortopedik/ Mahyuddin Mohamed. (2016). Mari kita hapuskan budaya memfitnah kakitangan awam dan pelontar tuduhan palsu. Facebook. Retrieved November 2016 from the https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10209609978759318.

Noor Hisham Abdullah. (2015). Improving Malaysia's healthcare system to meet future needs. Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved, February 2017, from https://kpkesihatan.com/2015/06/23/improving-malaysias-healthcare-system-to-meet-future-needs/

Noor Hisham Abdullah. (2016). Integriti dan kebolehpercayaan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved, February 2017, from https://kpkesihatan.com/2016/02/01/message-from-the-dg-of-health-to-warga-kkm-integrity-trustworthiness/

Noor Hisham Abdullah. (2016). Isu nasib graduan bidang pergigian yang terpaksa menunggu hampir setahun untuk penempatan khidmat wajib di hospital kerajaan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved, February 2017, from https://kpkesihatan.com/2016/03/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-mac-2016-isu-nasib-graduan-bidang-pergigian-yang-terpaksa-menunggu-hampir-setahun-untuk-penempatan-khidmat-wajib-di-hospital-kerajaan/

Potter, W. J. (2004). Theory of media literacy: A cogitive approach. Thousand Oaks: SAGE.

Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan laman sosial dan impaknya terhadap hubungan persahabatan dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 65-81. Retrieved from http://ejournals.ukm.my/mjc/article/view/16458/5152

Siti Ezaleila Mustafa, & Azizah Hamzah (2010). Media sosial: Tinjauan terhadap laman jaringan sosial dalam talian tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 12(2), 37-52.

Stribbling, L. (2008). Media literacy from the perspective of broadcasters, and user generate content producers around the world. Commonwealth Broadcasting Association.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2010-2016). Masalah kandungan dalam talian. Portal Rasmi Bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Retrieved from the http://www.skmm.gov.my/FAQs/Online-Content-Problems/2-What-is-MCMC-s-jurisdiction-in-addressing-compla.aspx?lang=ms-MY

Tharmaseelan. (2014). Isu MC: Langgar etika pengamal perubatan. Sinar Harian. Retrieved, February 2017, from http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/isu-mc-langgar-etika-pengamal-perubatan-1.256371

The Dressar & Co. (2016). Merugkai misteri servis klinik yang lambat. Facebook. Retrieved from https://www.facebook.com/thedressar/posts/1757845084475384:0

Whiting, A., & Williams, D. (2013). Why people use social media: a uses and gratifications approach. Qualitative Market Research: An international Journal, 16(4), 362-369. Retrieved, March 2017, from the http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/33435592/17095528.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1490200781&Signature=e%2FDCQVGAbT3soFYNbEe1B8ZykE0%3D&response-content-disposition=inline%3B%20filename%3DWhy_people_use_social_media_a_uses_and_g.pdf.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528