Ciri dan Fungsi Komunikatif Bahasa Melayu Sabah dalam Media Sosial

Kartini Abd. Wahab

Abstract


Bahasa sebagai medium komunikasi utama dalam masyarakat, tidak terkecuali mengalami perubahan kesan daripada kepesatan teknologi komunikasi dan informasi masa kini. Dari sudut positif perkembangan bahasa, media sosial contohnya, menjadi platform penting yang dapat meningkatkan penggunaan sesebuah bahasa. Bahasa Melayu di Malaysia Timur, iaitu Bahasa Melayu Sabah (BMS) dilihat turut mengalami arus perkembangan ini. BMS yang sebelumnya digunakan meluas dalam konteks komunikasi lisan masyarakat pelbagai kaum di Sabah, kini giat digunakan dalam bentuk tulisan dalam pelbagai aplikasi media sosial. Sebagai varian bahasa Melayu, timbul persoalan tentang apakah ciri-ciri BMS yang digunakan dalam media sosial? Apakah pula peranan BMS sebagai medium komunikasi dalam media sosial? Justeru, makalah ini membincangkan penggunaan BMS dalam media sosial, dengan memfokuskan analisis terhadap ciri dan fungsi komunikatif BMS dalam aktiviti komunikasi dalam media sosial Facebook. Analisis deskriptif dilakukan ke atas data BMS yang terdapat dalam halaman Facebook Ni Kali Lah. Data BMS dikutip daripada ruangan kemas kini status dan ruangan komen pengguna, yang disiarkan antara Mei hingga Julai 2017. Hasil analisis menunjukkan bahawa BMS dalam ruangan komen pengguna Facebook Ni Kali Lah memperlihatkan ciri-ciri khas dari aspek ejaan, struktur ayat dan juga kosa kata, yang dipengaruhi oleh unsur bahasa Dusun dan bahasa serantau. Dapatan analisis  juga menunjukkan bahawa selain berfungsi sebagai medium interaksi, BMS dalam halaman Facebook Ni Kali Lah turut menjalankan fungsi komunikatif instrumental, informatif, peribadi, regulatori, heuristik dan fungsi imaginatif. Kesemua fungsi tersebut memperlihatkan peranan penting BMS sebagai medium komunikasi pengguna dalam Facebook Ni Kali Lah.

 

Kata kunci: Bahasa Melayu Sabah, media sosial, ciri bahasa Melayu Sabah, fungsi komunikatif, Facebook.


Full Text:

PDF

References


Alissa Joy Stern. (2017). How Facebook can revitalise local languages: Lessons from Bali. Journal of Multilingual and Multicultural Development, 38, 9, 788-796.

Azizah Dewi Arini. (2013). Bentuk, makna dan fungsi bahasa tulis media sosial sebagai alat komunikasi dan interaksi pada internet. Skriptorium, 2, 1, 35-49.

Dian Indira, Teddi Muhtadi, & T. Fatimah Djajasudarma. (2018). Fiksimini berbahasa Sunda dalam media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 293-308.

Halliday, M. A. K. (1973). Explorations in the functions of language. London: Edward Arnold.

Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Diakses daripada https://kbbi.web.id/jera. Tarikh akses 6 April 2018.

Karim Harun, & Maslida Yusuf. (2015). Komunikasi Melayu-Jawa dalam media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 617-629.

Kartini Abd. Wahab, & Zulkifley Hamid. (2015). Hambatan memahami bahasa: Satu penelitian ke atas teks berita dalam talian berbahasa Indonesia, Tempo. Co. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 493-514.

Maslida Yusuf. (2018). Trend ganti nama diri bahasa Melayu dalam konteks media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 36-50.

Maslida Yusuf, & Karim Harun. (2015). Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 617-629.

Mohd Azul Mohamad Salleh, & Nurul Madiha Mohd Ilham. (2017). Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan dalam media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 502-514.

Mohd Sobhi Ishak, & Azizah Sarkowi. (2017). Analisis Psikometrik Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(4), 56-75.

Nika Lilah. (T.t.). [Facebook]. Diakses daripada https://www.facebook.com/nikalilah/.

Ni Wayan Sartini. (2017). Permainanan bahasa dalam media sosial. Jurnal Tutur: Cakrawala Kajian Bahasa-Bahasa Nusantara, 3(2), 188-196.

Reany Koton, & Maureen De Silva. (2018). Sebab-sebab pengrekrutan buruh peribumi di estet perladangan Borneo Utara. Dlm. Joko Prayitno Joko (penyelenggara), Deskripsi mengenai Sabah daripada pelbagai perspektif: Esei-esei sumbangsih untuk Sabihah Osman (hlm.263-280). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Saidatul Nornis. (2012). Pesona Bahasa Melayu Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2017). Perjuangan dan cabaran pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di Malaysia, 1957-1966. SEJARAH: Journal of The Department of History, [S.L.], 18(18), 123-144. Diakses daripada https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9223/6668.

Uğur Gündüz. (2017). The effect of social media on identity construction. Mediterranean Journal of Social Sciences, 8(5), 85-92. Diakses daripada https://www.degruyter.com/downloadpdf/j/mjss.2017.8.issue5/mjss20170026/mjss2017-0026.pdf.

Tagalog Lang (perkataan: Kandado). Diakses dariapada https://www.tagaloglang.com/kandado/. Tarikh akses 6 April 2018.

Wan Amizah Wan Mahmud & Muhammad Adnan Pitchan. (2017). Media baharu dan institusi Raja di Malaysia: Kes penghinaan Raja-Raja dalam media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 406-422.

Wong, J. K. L. (2000). The Sabah Malay dialect: Phonological structure and social functions. Kota Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528