Kajian Perbandingan Bingkai Media dalam Liputan Media Blog di Malaysia

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, Abdul Rauf Ridzuan, Shafinar Ismail

Abstract


Kajian ini menguji bagaimana blogger terpilih di Malaysia menggunakan bingkai media dalam liputan media blog ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu. Perbandingan terhadap pendedahan bingkai media dibuat ke atas dua kumpulan blog yang dikenalpasti. Kumpulan yang dinyatakan telah dikategorikan sebagai  blog Pro-Barisan Nasional dan blog Pro-Pakatan Rakyat. Sejumlah 836 artikel telah dikumpul daripada lapan buah blog untuk dijadikan sampel kajian. Jumlah artikel meliputi artikel yang telah dipaparkan oleh para blogger bagi tempoh dua bulan sebelum dan selepas PRU ke-13. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat yang dibangunkan dan digunapakai oleh Semetko dan Valkenburg diadaptasi dan digunakan sebagai asas perbandingan. Pendekatan analisis kandungan secara kuantitatif digunakan dan hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keselarasan dalam penekanan sifat tanggungjawab, konflik, moral dan kepentingan manusia menerusi perbandingan penggunaan bingkai dengan isu serta perbandingan bingkai dengan sumber. Walau bagaimanapun, sifat ekonomi dilihat tidak terlalu diberikan penekanan dalam penulisan artikel blog ketika tempoh kajian dijalankan. Memandangkan bidang ekonomi memerlukan mereka yang pakar maka tidak semua blogger yang dikaji boleh membincangkan berkenaan isu ekonomi dalam penulisan mereka. Hasil kajian juga mencatatkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan bingkai konflik dan bingkai moral melalui pembolehubah isu dengan sumber berita. Ini jelas menunjukkan para blogger lebih gemar membincangkan dan mengaitkan sesuatu isu atau masalah yang timbul dengan pihak tertentu dengan harapan untuk menarik minat orang ramai terhadap apa yang sedang diperbahaskan.

 

Kata kunci: Pembingkaian media, bingkai generik, blog, politik, pilihanraya umum


Full Text:

PDF

References


Bruggemann, M. (2014). Between frame setting and frame sending: How journalists contribute to news frames. Communication Theory, 61-82. doi: 10.1111/comt.12027

Chang Peng Kee, Musa Abu Hassan, & Fauziah Ahmad. (2012). Framing the contemporary education issue: Analysis of news stories from selected Malaysian daily newspaper. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 20(2), 455-474.

Chang Peng Kee, Faridah Ibrahim, Fauziah Ahmad, & Chew Chee Khiang. (2012). Frame contention between news sources and news media: Framing the dispute of teaching mathematics and science in English. Journal of Asian Social Science, 8(5). doi: 10.5539/ass.v8n5p16

Chang Peng Kee, Faridah Ibrahim, Basri, Fuziah Kartini Hassan Basri, & Kho Suet Nie. (2011). Framing the relationship between government and NGOs in selected Malaysian Chinese daily newspaper. The Innovation Journal: The Public-Sector Innovation Journal, 16(3), article 3.

Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2010). Indigenising framing knowledge from content-analysing the weblog frame built on Chedet.com. Jurnal Komunikasi: Malaysia Journal of Communication, 26(1), 47-61.

Chang Peng Kee, Musa Abu Hassan, Ezhar Tamam, Syed Arabi Idid, & Lim Choon Bee. (2009). Contention between framing by media and framing through media. Proceeding of International Conference on Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chang Peng Kee, Tan Joon Ling, & Mohamad Zaid Awang. (2009). Pembingkaian maklumat dalam iklan-iklan pasukan petugas khas pemudahcara perniagaan. Journal Excellence, 1(1), 85-100.

Druckman, J. (2004). Political preference formation: Competition, deliberation, and the irrelevance of framing effects. American Political Science Review, 98(4), 671-686.

Druckman, J. (2001). The implications of framing effects for citizen competence. Political Behavior, 23(3), 225-256.

General According Office (GAO). (1989). Content analysis: A methodology for structuring and analyzing written material (Transfer paper 10.1.3: United States General Accounting Office). Retrieved from http://archive.gao.gov/d48t13/138426.pdf

Hussain, K. S. K. (2012, Februari 26). Media kita sudah lama bebas. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp.07.htm

Inch, A. (2015). Ordinary citizens and the political cultures of planning: In search of the subject of a new democratic ethos. Planning Theory, 14(4), 404-424.

Iyengar, S. (1991). Is anyone responsible? How television frames political issues. Chicago, IL: University of Chicago Press.

Kinder, D. R. (2007). Curmudgeonly advice. Journal of Communication, 57(1), 155-162.

Matthes, J. (2010). Mass media and public opinion: Manipulating and enlightening? Academia Engelberg 9th Dialogue of Science. Retrieved from http://academia-engelberg.ch/wp-content/uploads/2015/05/prof._matthes_9th_dialogue_on_sc.pdf

Matthes, J. (2009). What’s in a frame? A content analysis of media framing studies in the world’s leading communication journals, 1990-2005. Journalism & Mass Communication Quarterly, 86(2), 349-367. doi: 10.1177/107769900908600206

Matthes, J., & Kohring, M. (2008). The content analysis of media frames: Toward improving reliability and validity. Journal of Communication, 58(2), 258–279. doi: 10.1111/j.1460-2466.2008.00384.x

Mencher, M. (2000). News writing and reporting (8th ed.). Boston: McGraw Hill.

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, Hoo Fang Jing, Abdul Rauf Ridzuan, & Wan Hartini Wan Zainodin. (2019). Blog: A platform towards democratization of information in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(3), 626–640.

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, Muhammad Hanapi Khamis, & Zuliani Mohd Azni. (2018). Pendemokrasian maklumat blog: Isu akauntabiliti dalam kalangan blogger di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3), 361-378.

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, Abdul Latiff Ahmad, & Chang Peng Kee. (2016). The exposure of media frames among Malaysian bloggers pre and post 13th general election. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 425-452.

Baharuddin Aziz, Abdul Rasid Abdul Rahman, & Rahmat Ghazali. (2008). Kajian mengenai peranan dan pengaruh Internet dan kewartawanan bloggers terhadap para pengundi semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Research Management Institute (RMI), Universiti Teknologi MARA.

Najmuddin Mohammad Rasul, & Samsudin A. Rahim. (2015). Penggunaan media, norma kewarganegaraan dan partisipasi politik dalam era transisi ke demokrasi di Indonesia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1): 187-204.

Price, V., Tewksbury, D., & Powers, E. (1997). Switching trains of thought: The impact of news frames on readers’ cognitive responses. Communication Research, 24(5), 481-506.

Reese, S. D. (2001). Framing public life: A bridging model for media research. In S. D. Reese, O. H. Gandy, & A. E. Grant (Eds.). Framing public life: Perspectives on media and our understanding of the social world (pp. 32). London: Lawrence Erlbaum Associates.

Semetko, H. A., & Valkenburg, P. M. (2000). Framing European politics: A content analysis of press and television news. Journal of Communication, 50(2), 93-109.

Simon, A., & Xenos, M. (2000). Media framing and effective public deliberation. Political Communication, 17, 363–376.

Tang Hang Wu. (2006). Let a hundred flowers bloom: Digital speech in Malaysia. Asian Journal of Comparative Law, 1(1). Dicapai dari http://www.bepress.com/asjcl/vol1/iss1/art12

Valkenburg, P. M., Semetko, H. A. & Vreese, C. H. de. (1999). The effects of news frames on readers’ thoughts and recall. Journal of Communication Research. 26(5): 550-569.

Vreese, C. H. de (2005). News framing: Theory and typology. Information Design Journal & Document Design, 13(1), 51-62.

Vreese, C. H. de, Peter, J., & Semetko, H. A. (2001). Framing politics at the launch of the euro: A cross-national comparative study of frames in the news. Journal of Political Communication, 18(2), 107-122.

Wariya, C. (2008). Blog dan wartawan warga. Persidangan Wartawan Commonwealth 2008, Kuching, Sarawak.

Weaver, D. H. (2007). Thoughts on agenda setting, framing, and priming. Journal of Communication, 57(1), 142-147.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528