Akses Terbuka Sebagai Medium Pemartabatan Bahasa Melayu

Mohammad Zakuan Mohd Fadzil, Jama’yah Zakaria, Norazlina Mohd Kiram

Abstract


Akses terbuka merupakan sebuah pangkalan data teks penuh yang boleh diakses secara percuma tanpa ada sekatan dari segi pembayaran dan boleh diakses oleh sesiapapun di seluruh dunia. Akses terbuka ini mengandungi segala jenis bahan daripada yang bersifat umum sehinggalah artikel jurnal ilmiah, saintifik dan berkualiti. Penerbitan artikel ilmiah terus berkembang dari semasa ke semasa dan pada 2010, lebih daripada 40 juta artikel telah diindeks oleh Scopus manakala 2016 pula, jumlah penerbitan ilmiah yang diindeks oleh Scopus bagi Malaysia ialah sebanyak 24,168 artikel iaitu jumlah terbanyak di Asia Tenggara. Namun, persoalannya berapa banyakkah daripada jumlah tersebut yang dapat diakses secara terbuka dan menggunakan kata kunci bahasa Melayu dalam penulisan tersebut? Makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan dalam akses terbuka berdasarkan dua kata kunci iaitu “Bahasa Melayu” dan “Bahasa Melayu”+“Malaysia”. Seterusnya menjelaskan hubungan antara akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat sebanyak 12,960,000 jumlah hasil pencarian bagi kedua-dua kata kunci yang telah dipilih. Kata kunci bagi “Bahasa Melayu”+“Malaysia” telah menunjukkan kandungan bahan ilmiah yang lebih banyak berbanding kata kunci “Bahasa Melayu” sahaja. Selain itu, hubungan antara  akses terbuka dengan pemartabatan bahasa Melayu ialah sebagai wadah penyebaran ilmu bahasa Melayu di serata dunia, perkongsian sumber ilmu bahasa Melayu antara institusi akademik dan perpustakaan, simpanan bahan bahasa Melayu dalam pangkalan data sepanjang zaman dan pengukur kepada kewibawaan penyelidik dan kualiti bahan terbitan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, teknologi akses terbuka harus dimanfaatkan sebaiknya sebagai medium pemartabatan bahasa Melayu.

 

Kata kunci: Bahasa Melayu, akses terbuka, pemartabatan bahasa, penyebaran ilmu, perkongsian sumber.


Full Text:

PDF

References


Abrizah, A., Mohd Hilmi, & Norliya Ahmad Kassim. (2015). Resource-sharing through an interinstitutional repository: Motivations and resistance of library and information science scholars. The Electronic Library, 33, 730-748.

Awang Sariyan. (2010). Pemartabatan bahasa kebangsaan dalam pembinaan negara bangsa. Syarahan Bahasa Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur Dan IPG Tengku Ampuan Afzan 25 Februari 2010, Kuala Lipis, Pahang.

A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buletin ICT Negeri Melaka. (2014). Apakah itu Google. Melaka, 4-5.

Chew Bee Leng, Kamsiah Mohd Ali, & Ch’ng E. H. (2016). Open access repositories on open educational resources: Feasibility of adopting the japanese model for academic libraries. Asian Association of Open Universities Journal, 11, 35-49.

Baich, T. (2015). Open access: Help or hindrance to resource sharing. Interlending & Document Supply, 43, 68-75.

Bailey Jr., C. W. (2006). What is open access?. Retrieved from https://www.google.com/search?ei=V3VNWvDnEpGSvQSRk7i4Bg&q=What+Is+Open+Access+pdf&oq=What+Is+Open+Access+pdf&gs

Fabián, O. (2013). Open access in the Czech Republic: An overview. Library Review, 62(4/5), 211-223. doi: https://doi.org/10.1108/LR-09-2012-0096

Fauzilahyatun Mustafa. (2011). Bahasa Melayu kini. Dewan Bahasa, 11(4), 6-9.

Harnad, S., & Brody, T. (2004). Comparing the impact of open access (OA) vs. non-OA articles in the same journals. D-Lib Magazine, 10(6).

Jaafar Jambi. (2008). Cabaran dan proses pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 19, 68-90.

Schöpfel. (2014). Open access and document supply. Interlending & Document Supply, 42(4), 187-195. doi: https://doi.org/10.1108/ILDS-10-2014-0049

Keyword Performance. (2018). Why is Google so popular?. Retrieved from http://www.keywordperfor mance.com/google-popular-2/

Kortis, M. (2017). 7 reasons why Google search results are different from rank trackers. Retrieved from https://mangools.com/blog/reasons-why-google-search-results-are-different-from- rank-trackers/

Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim, & Mohd Hafiz Sulaiman. (2013). Keupayaan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. International Journal of The Malay World and Civilisation, 1(1), 55-65.

Toong-Tjiek, L. (2013). Open access dan perguruan tinggi Indonesia. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/280094625

Muhammad Salleh. (2002). Bahasa Melayu dipinggirkan bangsa sendiri, kata sasterawan negara. MalaysiaKini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/12542

Nor Hashimah Jalaluddin (2006). Budaya penyelidikan dan penerbitan bertamadun: Satu sinergi. GEMA Online Journal of Language Studies, 6, 49-64.

Nor Shah Mohamed. (2001). Penggunaan Bahasa Melayu dalam dunia informasi, komunikasi dan teknologi (ICT): Isu dan cabaran. Malaysia: Jabatan Perkhidmatan Awam.

Noor Suraya Adnan. (2008). Perubahan bahasa dalam warkah Diraja Melayu: Suatu kajian mengenai surat-surat kepada gabenor dalam tahun 1786-1794 dan 1886-1894 (Tesis, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Roosfa Hashim. (2011). Perkembangan Jurnal Ilmiah Melayu dalam Kalangan Melayu Watan. Jurnal Melayu, (6), 137-152.

Salleh Abdul Rashid, & Shuhairimi Abdullah (2015). Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi antara kajian dalam pemartabatan Bahasa Melayu. Journal of Human Development and Communication, 4, 125–134.

Suber, P. (2004). Open access overview. Retrieved from www.earlham.edu/peters/fos/overview.htm

Surendra Kumar Sahu, & Satish Kumar Arya. (2013). Open access practices in India. Library Hi Tech News, 30(4), 6-12. doi: https://doi.org/10.1108/LHTN-03-2013-0011

Teo Kok Seong (2017). Hebat berbahasa lain, tapi warisan Jawi semakin ‘berkubur’. Malaysian Digest. Retrieved from http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/653581-video-hebat-berbahasa-lain-tapi-warisan-jawi-semakin-berkubur.html

Teo Kok Seong. (2013). Dialog Bahasa Melayu: Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

Teo Kok Seong. (2009). Bahasa Melayu dan komunikasi dalam dunia globalisasi: Persoalan keupayaan Bahasa Melayu, keutuhan jati diri Bangsa Melayu dan ketakatan budaya Melayu. Jurnal Bahasa, 9(1), 100-17.

Zahuddin Sidek @ Salleh (2010). Penggunaan perisian sumber terbuka (open source software) di dalam pembinaan perpustakaan digital dan repositori institusi di Malaysia. Sekitar Perpustakaan, 40, 1-11.

Zaini Ujang. (2007, 26 November). Mengangkasakan penerbitan akademik. Berita Harian.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.