Bahasa dalam Realiti Kehidupan dan Realiti Kehidupan dalam Bahasa

Zaitul Azma Zainon Hamzah

Abstract


Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti dalam kehidupan, menghuraikan bentuk bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan realiti dalam kehidupan dan realiti kehidupan yang diungkapkan dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis teks. Sebanyak empat Laporan dan rencana Bajet 2018 yang dimuat turun daripada laman sesawang dijadikan bahan kajian. Laporan dan rencana berkaitan Bajet 2018 ini seterusnya dianalisis beralaskan teori Semantik Umum. Hasil kajian mendapati bahasa yang digunakan dalam rencana Bajet 2018 dapat menggambarkan realiti kehidupan dan begitu juga sebaliknya. Penggunaan frasa, ‘berita gembira’ (Data 1), ‘ekonomi tengah tak sedap’, (Data 2), ‘menyentuh terus nukleus’ (Data 3), ‘mencari modal baharu’ (Data 4) dan ‘bajet inklusif’ (Data 6) telah menggambarkan realiti kehidupan dalam bahasa Melayu melalui elemen entiti, rujukan, ruang dan masa.  Sementara itu, penggunaan ungkapan sinis ‘manis di mulut’ (Data 3), ‘mengorek kelompongan’ ‘modal mereka ke hulu ke hilir’ dan ‘mencari modal baharu’ (Data 4) memperlihatkan realiti dalam kehidupan dari segi rujukan dan persepsi.  Seterusnya, penggunaan frasa ‘ekonomi tengah tak sedap’, ‘terasa terhimpit’ serta ‘mencari dan membuka peluang’ memperlihatkan satu rujukan yang   berkaitan dengan realiti kehidupan masa kini.  Dengan itu dapat dirumuskan bahawa aplikasi Semantik Umum dalam kajian ini telah dapat membuktikan bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa.

 

Kata kunci: Realiti, laporan bajet 2018, semantik umum, konsep bahasa, pemikiran.


Full Text:

PDF

References


Bajet 2018 mengecewakan sektor swasta, kata MTUC. Diakses dari http://www.mtuc.org.my/bm-bajet-2018-mengecewakan-sektor-swasta-kata-mtuc/?lang=MS

Bajet 2018 sahut semua cabaran semasa. Diakses dari https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/10/344576/bajet-2018-sahut-semua-cabaran-semasa pada 30 Okt 2017

Belanjawan 2018 berita gembira untuk kakitangan awam. Diakses dari http://olaoli.com/belanjawan-2018-berita-gembira-untuk-kakitangan-awam/ pada 30 Okt 2017

Berger, Peter L.; Luckmann, Thomas (1966). The Social Construction of Reality: A Treatise in the Sociology of Knowledge. New York: Anchor Books. pp. 21–22.

Bergman, J. (1991) General semantics and evolution. Creation Social Science & Humanities Society Quaterly Journal, XIII. Diakses dari http://www.creationism.org/csshs/v13n2p16.htm

Budget 2018. Dimuat turun dari http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub18.pdf

Cohen, P. (2011). New York public library buys timothy Leary's papers". The New York Times. Retrieved December 23, 2013.

Crowell, S. G. (2001). Husserl, Heidegger, and the space of meaning: Paths toward transcendental phenomenology. United States: Northwestern University Press.

Devitt, M., & Sterelny, K. (1987). Language and reality: An introduction to the philosophy of language. Cambridge, MA: MIT Press.

Floyd, J. (2011). The Frege-Wittgenstein Correspondence: Interpretive Themes. In Enzo De

Pellegrin (Ed.), Interactive wittgenstein (pp. 75-107). Springer Press.

Forte, R. (1999). Timothy Leary - Outside looking in. Park Street Press. p. 129141. ISBN 0892817860.

Ghenea, V. (2006). Language and reality: Some aspects of realism in the philosophy of language. Romania: Analele Universitatii din Craiova, Seria Filosofie.

Gottfried, G. (2002). Frege, Lotze, and the Continental Roots of Early Analytic Philosophy. In E. H. Reck (Ed.), From Frege to Wittgenstein: Perspectives on early analytic philosophy. London: Oxford University Press.

Izra Abdul Rahman (2017, Oktober 21). Bajet 2017: Pekerja Swasta Seperti 'Anak Tiri' – MTUC. MStar. Diakses dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/10/21/mtuc-kecewa-bajet-2017/

Kant, I. (1998). The critique of pure reason. London: Cambridge Unlversity Press.

Korzybski, A. (1980). Science and sanity: An introduction to non-aristotelian systems and general semantics (4th ed. with preface by

Russell Myers & M.D. Lakeville). CT: The Institute of General Semantics.

Lakoff, G., & Johnson, M. (1980). Metaphors we live by. Chicago: Univ. of Chicago Press. G.

Liu, F. (2017). Analysis on the application of general semantics in we-media communication. Communication and Linguistics Studies, 3(1), 1-4. doi: 10.11648/j.cls.20170301.11

McTaggart, J. M. E. (1908). The unreality of time. Mind: A Quarterly Review of Psychology and Philosophy, 17, 456-473.

Patton, L. (2009). Signs, toy models, and the a priori: from Helmholtz to Wittgenstein. Studies in the History and Philosophy of Science, 40(3), 281–289.

Sapir, E. (1921). Language: An introduction to the study of speech. New York: Harcourt Brace.

Sapir, E. (1929). The status of lingusics as a science. Language, 5(4), 207-214.

Searle, J. (2000). Mind, language and society: Philosophy in the real world. London: Pheonix.

Wittgenstein, L. (1958). Philosophical investigations. In G. E. M. Anscombe & R. Rhees (Trans.), Cercetări filosofice. Oxford: Wiley-Blackwell.

Yacobi, B. G. (2013). The human dilemma life between illusion and reality. Journal of Philosophy of Life, 3(3), 202-211.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.