Perubahan Fungsi dan Makna Peribahasa dalam Laman Facebook
Abstract
Peribahasa telah wujud dalam kehidupan masyarakat sejak dahulu lagi. Peribahasa disampaikan secara berkias dan halus bagi melambangkan serta menyampaikan sesuatu maksud tertentu secara tersirat. Peribahasa lahir dengan kewujudan bangsa dan hadir dengan kesusasteraan Melayu lama yang tidak direkodkan secara bertulis. Peribahasa disampaikan melalui bibir atau lisan dari mulut ke mulut hingga ke anak cucu. Peribahasa yang telah dihasilkan melambangkan bahawa akal pemikiran masyarakat Melayu ketika dahulu sentiasa berusaha untuk membentuk dan mendidik anak-anak melalui kata-kata yang mudah diingati dan sebagai peraturan, panduan dan nasihat dalam kehidupan seharian. Penyampaian peribahasa kini lebih meluas jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Kewujudan teknologi kini yang kian berkembang seiring dengan kemajuan dunia tanpa wayar telah berjaya menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Media sosial merupakan salah satu teknologi internet yang berjaya menjalin dan menghubungkan masyarakat seluruh dunia dengan lebih pantas. Penggunaan media sosial kian meningkat dari hari ke hari tanpa mengira usia dan juga golongan pengguna. Media sosial sering mendapat perhatian dalam penyampaian maklumat dengan cepat dan pantas tanpa ditapis atau disekat oleh mana-mana pihak. Penyampaian yang cepat dan berkesan ini menjadikan ia sebagai satu keperluan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Lanjutan dari itu, artikel ini akan membincangkan tentang perubahan fungsi dan makna peribahasa dengan fokus kajian terhadap data yang diambil dari laman sosial Facebook.
Kata kunci: Peribahasa, Facebook, fungsi, makna, laman sosial.
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Hussain. (2006). Kamus istimewa peribahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alias Sidek. (1999). Penglihatan dunia orang Melayu dalam peribahasa (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Ahmad Fuad Mat Hassan. (2016). Warisan budaya pemikiran dalam peribahasa Melayu. Jurnal Peradaban, 9, 1-10. Diperoleh dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/ADAB/article/view/4586
Ainon Mohd, & Abdullah Hassan. (2006). Kamus peribahasa kontemporari. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Ainon Mohd., & Abdullah Hassan. (2006). Koleksi terindah peribahasa Melayu (Edisi Kemas Kini). Selangor, Malaysia: PTS Publication.
Amirah Ahmad, & Rozaimah Rashidin. (2011). Terjemahan ‘air’ dalam peribahasa Melayu-Inggeris: Analisis semantik kognitif. Jurnal Linguistik, 13. ISSN: 1823-9242.
Asmah Omar. (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Martin, P., & Marjolijn, H. V. (Eds.). (1955). Explorations in linguistic relativity. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.
Masalah gangguan air merebak ke shah alam. (2016, Disember 20). Utusan Malaysia. Diperoleh dari http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/masalah-gangguan-air-merebak-ke-shah-alam-1.
Mohammad Rozaidi Zulkifli. (2016, Oktober 27). Jodoh Qu Puteh, Kelantan berakhir. Utusan Malaysia. Diperoleh dari http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jodoh-qu-puteh-kelantan-berakhir-1.400033
Mohd Rasdi, & Abu Hassan (2015) Persamaan lambang dan makna dalam peribahasa semai dan peribahasa Melayu. International Seminar “Language Maintenance and Shift V” 2-3 September 2015. Diperoleh dari http://eprints.undip.ac.id/55416/
Noraini Abdul Shukor, & Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Adli. (2016). Padi sebagai tanda dalam peribahasa Melayu. Jurnal Melayu, 15(1), 26-49. Diperoleh dari http://journalarticle.ukm.my/9956/
Nor Aziah Mohd Amin, & Nor Azam Abdul Rahman. (2016). Peribahasa Melayu dalam pendidikan Bahasa Melayu: Perlukan transformasi peribahasa seiring peredaran zaman?. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia, 31 Oktober & 1 November 2016, Bandung, Indonesia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Peribahasa ‘parasit’ dan akal budi Melayu: Analisis semantik inkuisif. Seminar Bahasa dan Sastera 2015 UKM. Diperoleh dari https://www.researchgate.net/publication/308691823_Unsur_Asam_Dan_Akal_Budi_Melayu_Analisis_Semantik_Inkuisitif
Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan pragmatik: Satu pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Afiqah Wan Mansor, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Makna implisit bahasa kiasan Melayu: Mempertalikan komunikasi, kognisi dan semantik. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 32(1), 189-206.
Salinah Jaafar. (2005). Fungsi leksikal “bunga” dalam simpulan bahasa dan peribahasa Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa DBP, 5(4), 40-47.
Utusan Malaysia. (2016, Oktober 27). Diperoleh dari http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jodoh-qu-puteh-kelantan-berakhir-1.400033
Zaitul Azma Zainon Hamzah, & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, 11(3). Diperoleh dari http://journalarticle.ukm.my/2760/1/pp31-51_latest.pdf
Zainal Abidin Ahmad. (2000). Pelita Bahasa Melayu penggal I - III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad. (2002). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528