Bahasa dan Feminisme dalam Filem Shuhaimi Baba

Norfaizah Ghazali, Fazilah Husin

Abstract


Kajian ini adalah tentang aspek kebahasaan dan feminisme dalam filem Melayu bergenre seram, yang diarahkan oleh salah seorang pengarah wanita prolifik di Malaysia. Pengarahan seorang wanita mempunyai kemungkinan untuk bernuansakan feminisme dalam persembahannya. Hal tersebut, dalam konteks kajian ini, akan diteliti daripada aspek pemilihan perkataan dan ayat-ayat yang membentuk dialog para watak. Bahasa atau dialog dalam filem penting dalam menyampaikan sesebuah penceritaan yang dibantu oleh aspek-aspek perfileman yang lain, termasuklah sinematografi, kesan bunyi dan muzik, simbol visual dan serta estetika. Shuhaimi Baba adalah antara pengarah filem tersohor di Malaysia yang telah mengarah dan menerbitkan filem-filem penting dalam industri perfileman Malaysia serta telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beberapa filem beliau telah mengangkat dan meletakkan wanita dan imejnya sebagai subjek penceritaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek bahasa dalam konteks feminisme yang digunakan dalam filem Shuhaimi Baba berjudul Pontianak Harum Sundal Malam I (2004). Bahasa feminisme dalam konteks kajian ini adalah bahasa yang dituturkan oleh watak-watak dalam filem Shuhaimi Baba yang memperlihatkan tentang kekuasaan wanita. Gambaran tersebut dipaparkan melalui pertuturan dialog watak dan antara watak-watak yang dicipta serta melalui visual yang merangkumi segala aspek yang dapat dilihat oleh penonton. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual dan pendekatan feminisme pascamoden (postmodern feminism). Bahasa dalam filem ini memaparkan wanita yang mempunyai keperibadian yang kuat, kuasa dan pembuat keputusan.

 

Kata kunci: Imej wanita, feminisme pascamoden, filem Melayu, dialog, subjek penceritaan.

Full Text:

PDF

References


Aimi Jarr, & Mohd Zamberi A. Malek. (2009). Bermulanya filem Melayu. Ampang: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Azlina Asaari, & Jamaluddin Aziz (2013). Mencabar ideologi maskulin: Wanita dan saka dalam filem seram di Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 29(1), 113-126

Hani Salwah Yaakub, Wan Amizah Wan Mahmud, & Mohd Shahizan Ali. (2006). Filem seram tempatan: Menelusuri perubahan kepercayaan masyarakat Melayu. Forum Komunikasi, 11, 65-86.

Hantke, S. (2007). Academic film criticism, the rhetoric of crisis, and the current state of American horror cinema: Thoughts on canonicity and academic anxiety. College Literature, 34(4).

Haswida Abu Bakar. (2006, Ogos). Filem seram medium pemberontakan. Dewan Masyarakat 2006, 62-63.

Hein, C. (2006). Laura Mulvey, visual pleasure and narrative cinema. Munich, GRIN Verlag. Diperoleh dari https://www.grin.com/document/65758

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, G., & Johnson, M. (1980). Metaphors we live by. Chicago: University of Chicago Press.

Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, Amelia Yuliana Abd Wahab, & Hani Zulaikha. (2012). The potential of Malaysia’s horror movies in creating critikal minds: A never ending philosophical anecdot. International Proceedings of Economics development & Research, 48, 174.

Mohd. Ghazali Abdullah. (2008). Pemikiran Melayu dalam filem Malaysia abad ke-21. Jurnal Melayu, 3.

Mohd Talib Osman. (1989). Malay folk belief: An integration of disparate elements. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moscovici, S., & Duveen, G. (Eds.). (2000). Social representations: Explorations in sosial psychology. Cambridge, United Kingdom: Policy Press.

Norhayati Ab. Rahman. (2012a). Pemertabatan wanita dalam lentera mustika: Daripada lensa feminis. MANU, 18, 109-130.

Norhayati Ab. Rahman. (2012b). Puitika sastera wanita Indonesia dan Malaysia: Satu bacaan ginokritik. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Noorjan. (1994, Mei). Peranan Penulis Wanita di Malaysia Pada Dekad Transisi 1960-an & 1970-an. Dewan Sastera 1994, 34.

PNM (Perpustakaan Negara Malaysia). (2001). Pengarah Wanita. Diperoleh dari http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Seni_Cerita.htm

Postmodern Feminism. (2015, April 8). Diperoleh dari http://www.customwritingservice.org/blog/postmodern-feminism/

Puntianak Harum Sundal Malam I (PHSM I) (Video Compact Disc Filem.) (2004). Kuala Lumpur: Pesona Pictures Sdn. Bhd.

Rahmat Edi Irawan. (2014). Representasi perempuan dalam industri sinema. Jurnal Humaniora, 5.

Ratliff, C. (2016). Postmodern Feminism. Diperoleh dari www.irma-international.org/viewtitle/12865

Rosnah Baharudin. (2003). Wacana wanita Melayu dan sastera. Bangi, Selangor: Penerbit UKM.

Sharipah Nur Mursalina Syed. Azmy. (2017). Metaphorical words and expressions: Filmreviews based on the dialogue in Puteri Gunung Ledang (The princess of Mount Ledang). International Journal of English Linguistic, 7(6), 221-227. doi: https://doi.org/10.5539/ijel.v7n6p221

Showalter, E. (1982). Feminist criticism in the wilderness. In A. Elizabeth (Ed.), Writing and sexual difference. Chicago: University of Chicago Press.

Siti Hajar Che Man. (2004, Januari). Ekspresi pengalaman wanita sebagai ciri asas dalam pembentukan citra wanita. Dewan Sastera, 39-48.

Syamsul Kurniawan. (2013). Serapah dalam masyarakat Melayu Kampung Saigon Kota Pontianak. Religi, IX(1), 96-120. Diperoleh dari https://www.academia.edu/34510109/Serapah_dalam_Masyarakat_Melayu_Kampung_Saigon_Kota_Pontianak?auto=download. 3/1/18.

Wahab Hamzah. (2004, Mei). Wanita dalam filem popular Yusuf Haslam. Dewan Masyarakat, 51-53.

Zakaria Ariffin. (2004, Ogos). Puntianak pejuang feminisme. Dewan Budaya, 64-66.

Zalila Sharif. (2004, Jun). Ambivalen dalam Ombak Bukan Biru. Dewan Sastera, 27-30.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528