Kesopanan dalam Komunikasi Menerusi Filem Animasi Kanak-Kanak Tempatan

Noor Hasnoor Mohamad Nor, Eizah Mat Hussain, Ahmad Ramizu Abdullah

Abstract


Kesopanan adalah cerminan fizikal dan psikologi manusia yang berkaitan dengan budaya dan akal budi sesebuah masyarakat. Kesopanan jelas tergambar melalui komunikasi antara manusia, atau melalui saluran seperti media sama ada bercetak mahupun elektronik. Filem animasi merupakan salah satu bentuk hiburan secara media elektronik yang semakin popular terutama bagi kanak-kanak. Pengaruh media elektronik sangat besar dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka mudah meniru sesuatu yang ditonton. Jadi, dalam mengejar arus dunia maju tanpa sempadan, aspek kesopanan dalam komunikasi tidak boleh dipinggirkan. Hal ini kerana pemaparan sahsiah diri yang baik adalah melalui kesopanan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan aspek kesopanan yang ditonjolkan di dalam filem animasi kanak-kanak tempatan iaitu filem animasi Bola Kampong The Movie (2013), iaitu filem animasi 3D stereoskopik bahasa Melayu pertama di Malaysia. Konsep kesopanan diteliti dalam peristiwa bahasa mengikut pendekatan Asmah Haji Omar (2000) yang secara langsung berkaitan dengan prinsip etnografi pertuturan oleh Dell Hymes (1974). Kajian ini menggunakan korpus filem, data kajian ditranskripsi dalam bentuk bertulis, diiseh dan dihuraikan berdasarkan pendekatan yang telah dinyatakan. Hasil kajian menunjukkan kesopanan asas dan kesopanan kendala adalah berdasarkan konteks penggunaan. Beberapa aspek kesopanan yang ditonjolkan bergantung kepada faktor-faktor pemeran, latar, judul, sebab, dan cara komunikasi. Aspek kesopanan ini amat perlu dalam filem animasi kanak-kanak kerana pengaruh media amat berperanan dalam kehidupan generasi hari ini dan akan datang.

 

Kata kunci: Animasi, kesopanan, media, bahasa, komunikasi.


Full Text:

PDF

References


Abdullah Yassin. (1998). Kesopanan berteraskan prinsip dan Maksim Leech: Satu analisis teks Lembaga Budi (Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya).

Ab Razak Ab Karim. (2006). Stratergi komunikasi dan kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional: Kajian berdasarkan warkah-warkah Melayu lama dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Affendy, T. (2011). Kesantunan dan semangat Melayu. Indonesia: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation, Pekanbaru.

Affendy, T. (2014). Tunjuk ajar Melayu. Indonesia: Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Riau.

Amat Juhari Moain. (1989). Sistem panggilan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1992). The linguistic scenery in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1998). Concepts of conflict, war and peace in the Malay Language. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Asmah Haji Omar. (2008a). Ensaiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008b). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bola Kampong The Movie [Film]. (2013). Edmund Chan & Raye Lee. (Executive Producer). Ah Loong & Chong Tee Chua. (Director). Kuala Lumpur: Anamasia Sudio.

Brown, P., & Levinson. (1987). Politeness: Some universals in language usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Kadar, D. Z., & Haugh, M. (2013). Understanding politeness. Cambridge: Cambridge University Press.

Goffman, E. (1981). Forms of talk. Oxford: Basil Blackwell.

Harun Mat Piah. (2001). Karya agung pantun Melayu: Pantun Melayu bingkisan permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Hymes D. (1974). Foundations in sosiolinguistics: An ethnographic approach. Philadelphia: University of Pennsylvania Press.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. New York: Longman.

Leech, G. (2014). The pragmatics of politeness. New York: Oxford University Press.

Malinowski, B. (1923). The problem of meaning in primitive languages. In Ogden, C. K. & I. A. Richards (Eds.), The meaning of meaning: A study of the influence of language upon thought and of the science of symbolism (8th ed., pp. 296-336). New York: Harcourt, Brace & World, Inc.

Nielsen, C. (2001). Tourist and the media. Melbourne: Hospitality Press.

Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2001). Perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi: Satu kajian kes (Tesis Sarjana, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya).

Noriati A. Rashid. (2003). Kesantunan orang Melayu dalam majlis pertunangan (Tesis Phd, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya).

Nur Najla Zainal Anuar. (2012). Linguistic strategies of politeness in Malaysian chatrooms (Tesis Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya).

Rahim Aman, & Norfazila Ab. Hamid (2013) Strategi wacana komunikasi teks Tengku Razaleigh Hamzah: Satu analisis kebahasaan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 205-220.

Rahimah Jusoh. (2012). Analisis Kesantunan berbahasa dalam filem Labu-labi. Kertas Penyelidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rohaidah Mahsudi, Ahmad Mahmood Musanif, Adi Yasran Abdul Aziz, & Hasnah Mohamad. (2013). Faktor kesopanan dan strategi komunikasi dalam genre perbincangan televisyen. Jurnal Gema Online, 13(3), 163-178.

Sara Beden. (2016). Analisis kesopanan berbahasa dalam Novel Melunas Rindu (Tesis PhD, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya).

Sara Beden, & Indiirawati Zahid. (2014). Analisis kesopanan bahasa Leech & Grice: Manifestasi struktur dalam peristiwa Melunas Rindu. Jurnal Jati, 19, 151-168.

Schramm W., & Robert D. F. (1961). The process and effects of communication. Urbana: University of Illinois Press.

Samsudin A. Rahim. (1993). Komunikasi asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Sazirah Ismail. (2012). Analisis kesantunan berbahasa dalam filem animasi Upin & Ipin: Geng Pengembaraan Bermula. Kertas Penyelidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Watts, R. J. (2003). Politeness. Cambridge: Cambridge University Press.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (2002). Ilmu mengarang Melayu: Edisi ejaan rumi baharu dengan pengenalan oleh Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528