Tema Kepentingan Kepelbagaian Gadjet dan Komunikasi Digital

Maznida Mahadi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Salinah Ja’afar, Mawar Shafei

Abstract


Masyarakat hari ini memahami bahawa teks boleh dipindahkan ke bentuk media baru dengan bantuan Internet seperti e-book, blog, dan media sosial. Mereka boleh memuat turun seberapa banyak bahan bacaan digital mengikut keperluan dan kaedah ini terbukti lebih bersifat mesra pembaca, murah, cepat dan mudah kerana mereka tidak lagi perlu memikul beban membawa buku fizikal yang berat ke mana-mana sahaja. Kebolehupayaan komunikasi digital untuk mengkomersialkan sesuatu perkhidmatan atau jualan tertentu dengan cepat, mudah dan murah telah menjadikan perkara ini diangkat sebagai tema dalam karya sastera, cerpen media baru. Kepentingan penggunaan pelbagai gadjet serta keberkesanan komunikasi digital mengiklan, memasarkan dan mempromosikan sesuatu perkhidmatan menjadikan hal ini mendominasi keseluruhan tema cerpen media baru. Persoalannya, bagaimanakah pengkarya mencerna, mengadun dan mengolah tema kepentingan kepelbagaian gadjet dan komunikasi digital ini dalam cerpen media baru supaya menarik dan terserlah kekuatannya? Makalah ini dihasilkan dengan menganalisis cerpen media baru yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017 berdasarkan Teori Estetika Sastera Global. Melalui teori ini, penilaian dilakukan dengan menyatakan dan menghuraikan pengalaman pembacaan cerpen media baru, meneliti aspek keindahan yang terpancar daripada gaya bahasa yang digunakan pengarang, pembinaan struktur karya dan aspek kontekstual yang diungkap oleh pengarang dalam cerpen media baru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keenam-enam cerpen media baru yang dianalisis mengangkat tema kepentingan kepelbagaian gadjet dan keberkesanan komunikasi digital.  Keseluruhan cerpen media baru Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017, menekankan impak serta manfaat hasil penggunaan gadjet dan komunikasi digital. Walaupun tema yang diangkat pengarang bersifat ‘urban’ tetapi aspek estetika sastera global masih dikekalkan oleh kesemua pengarang. 

 

Kata Kunci: Cerpen media baru, tema, gajet, komunikasi digital, estetika sastera.


Full Text:

PDF

References


Ali Ahmad. (2007). Mengharung lautan zaman. Dlm. Jelani Harun (Ed.), Ilmu kesusasteraan abad ke-21. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahim Abd Rasid. (2001). Perubahan paradigma nilai ke arah transformasi sosial dan pembentukan Malaysia baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd.

Croteau, D., & Hoynes, W. (1997). Media/Society: Industries, images, and audiences. London: Pine Forge Press.

Internet World Stat. (2019). Retrieved on July 22, 2019, from https://www.internetworldstats.com/stats.htm

Ku Seman Ku Hussain. (2015). Sastera dan media: Cabaran dan peluang. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.), Sastera teras negara bangsa (Edisi Kemas kini, hlm. 439-446). KL: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Mana Sikana. (2013). Berdiri di akar diri, kritikan sastera Melayu pascamoden. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazleen Mohd Nor, Edwin Micheal, Afi Roshezry, Ira Meilita Ibrahim, & Mohd Azmir Mohd Nizah. (2011). Media baru dan demokrasi di Malaysia: Ke arah perpaduan nasional. Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional, Kuala Lumpur, 14-16 Disember 2011.

Nor Asmah Zakaria, Shahidan Jaafar, & Mad Rusli Mohd Jamian (pngr.). (2019). Kurushio. Kuala Lumpur: Tintarona Publication Sdn. Bhd.

Nor Faridah Abdul Manaf. (2015). Pengantarabangsaan sastera Malaysia: Menyusun strategi pemasaran. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.), Sastera teras negara bangsa (Edisi Kemas kini, hlm. 301-308). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Puzi Hadi. (2015). E-sastera Malaysia: Online dan offline. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.), Sastera teras negara bangsa (Edisi Kemas kini, hlm. 57-74). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Rohaya Md Ali, & Phat a/l Awang Deng. (2018). Proses kreatif dalam media digital. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 96-106.

Raja Ahmad Aminullah. (2015). Kelangsungan hayat sastera di Malaysia. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.), Sastera teras negara bangsa (Edisi Kemas kini, hlm. 301-308). KL: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Selden R. (1989). A reader’s guide to contemporary literary theory. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Aisah Murad. (2007). Teknik penceritaan. Dlm. Mohamad Mohamad Mokhtar Hassan (pngr.), Sastera teras negara bangsa (Edisi Kemas kini, hlm. 57-74). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Siti Ezaleila Mustafa, & Azizah Hamzah. (2011). Media baharu yang baharu: Trend penggunaan jaringan sosial dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2).

Umar Junus. (1986). Sosiologi sastera persoalan teori dan metode. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Official Website – Media Prima/ TV3/ ntv7/ 8TV/ TV9/ Tonton. MPTV.com. Retrieved on July 23, 2019, from http://www.mptv360.com.my/

Wolfgang, I. (1978). The act of reading: A theory of aesthetic response. Baltimore: John Hopkins University Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528