Keutuhan Wacana dalam Infografik Kementerian Kesihatan Malaysia Berhubung Pandemik Covid-19 Menerusi Instagram Berita Harian

Nur Amirah Che Soh

Abstract


Kajian keutuhan makna wacana dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung pandemik Covid-19 menerusi Instagram Berita Harian bertujuan untuk merungkai elemen wacana yang terdapat dalam setiap infografik tersebut. Hal ini secara tidak langsung membuktikan keupayaan bidang bahasa dalam membantu menangani penularan wabak ini. Secara umumnya, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa adalah alat penyampaian yang sangat penting dalam penyebaran maklumat. Kemajuan masa kini menerusi aplikasi yang boleh dimuat naik terus ke telefon bimbit menjadikan penyampaian informasi lebih mudah dan cepat. Namun demikian, informasi daripada institusi awam selalunya melalui proses penyuntingan terlebih dahulu sebelum dimuat naik di mana-mana saluran media sosial. Hal ini kerana, penyampaian informasi menerusi media sosial ini akan disaksikan oleh masyarakat secara berbilang bangsa dan usia. Oleh hal yang demikian, bentuk infografik hendaklah mudah difahami dan meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat agar nilai kebersamaan dalam menangani wabak ini dapat dipupuk. Bagi tujuan menganalisis infografik daripada KKM yang telah dimuat naik menerusi laman Instagram Berita Harian, kajian ini akan mengaplikasikan Teori Analisis Wacana oleh Normaliza Abd Rahim. Pengaplikasian teori ini akan dibincangkan melalui tiga elemen yang terdapat dalam wacana, iaitu kandungan, konteks dan andaian. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga elemen terdapat dalam infografik yang direka oleh KKM menerusi Instagram Berita Harian.

 

Kata kunci: Instagram, infografik, wacana, Covid-19, makna.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3702-06


Full Text:

PDF

References


Al Fathan, R. A., & Aminudin, A. (2021). Strategi tim visual Indozone.id dalam perancangan infografik di media sosial Instagram. Jurnal Kajian Media, 5(1). https://doi.org/gk2j

Ayutiani, D. N., & Putri, B. P. S. (2018). Penggunaan akun Instagram sebagai media informasi Wisata Kuliner. PRofesi Humas, 3(1), 39-59.

Azean Idruwani Idrus, Ahmad Mahmood Musanif, & Shahril Nizam Sha’ri. (2019). Turutan ujaran pasangan berdampingan dalam program pengacaraan wanita hari ini. Jurnal Kesidang, 4(1), 120-139.

Azrizan Abu Bakar, & Karim Harun. (2019). Kata-kata eksklusif dialek Kelantan dalam komunikasi kumpulan WhatsApp. Akademika: Journal of Southeast Asia Sosial Sciences and Humanities, 89(1), 15-28.

Bai, Y., Yao, L., Wei, T., Tian, F., Jin, D. Y., Chen, L., & Wang, M. (2020). Presumed asymptomatic carrier transmission of COVID-19. JAMA, 323(14), 1406-1407. https://doi.org/10.1001/jama.2020.2565

Covid-19 Malaysia. (t.th.) http://covid-19.moh.gov.my/

Dewi Anggrayni, Badrul Redzuan Abu Hassan, & Chang Peng Kee. (2018). Analisis strategi komunikasi ahli parlimen dalam program siaran interaktif di Radio Republik Indonesia dan Radio Elshinta. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3), 177-191.

Emma Mohamad, & Wan Chooi Han. (2017). Komunikasi pemimpin pendapat dalam isu pembedahan plastik: Suatu analisis kandungan dalam instagram selebriti media sosial terpilih. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1).

Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman, & Kamila Ghazali. (2016). Praktis analisis wacana. Kuala Lumpur: UM Press.

Johnstone, B. (2018). Discourse analysis. United Kingdom: Wiley Blackwell.

Juliana Abdul Wahab. (2011). Television talk shows and the public sphere. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(2), 29-45.

Kencana, F. B. (2019). Karakteristik laras bahasa dalam media sosial Instagram. Jurnal Diksatrasia, 3(2), 91-110.

Litosseliti, L., & Sunderland, J. (2002). Gender identity and discourse analysis. Amsterdam: John Benjamin Publishing Company.

Liu, Y., Gayle, A. A., Wilder-Smith, A., & Rocklöv, J. (2020). The reproductive number of COVID-19 is higher compared to SARS coronavirus. Journal of Travel Medicine, 27(2). https://doi.org/10.1093/jtm/taaa021

Malaysian Communications and Multimedia Commission. (2020). Internet users 2020. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/IUS-2020-Report.pdf

Maserah Shabudin, & Noraini Ibrahim. (2016). Unsur semiotik dalam wacana iklan kecantikan. Akademika: Journal of Southeast Asia Sosial Sciences and Humanities, 86(2), 1-28.

Mohd Faizal Kamsani, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Rozita Abdullah, Nornajihan Jaafar, & Nor Zulaili Mohd Ghazali. (2019). Tindak tutur perbualan bersama golongan Badwi dan Ansar: Analisa strategi komunikasi Rasulullah. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 334-352.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian wacana dan strategi komunikasi: Teori dan aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit UMT.

Nur Hidayu Nordin, Nur Syuhada Mohammad, & Ahmad Marzuki Mohamad (2019). Media sosial dan Instagram menurut Islam. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19, Disember 15) (pp. 277-296). UTM.

Pan, F., Ye, T., Sun, P., Gui, S., Liang, B., Li, L., ...., & Zheng, C. (2020). Time course of lung changes at chest CT during recovery from Coronavirus disease 2019 (COVID-19). Radiology, 295(3). https://doi.org/10.1148/radiol.2020200370

Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa, & Shahrul Nazmi Sannusi. (2020). Peranan infografik dalam meningkatkan kesedaran kesihatan belia daripada perspektif pereka grafik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(1), 356-368.

Sheldon, P., & Bryant, K. (2016). Instagram: Motives for its use and relationship to narcissism and contextual age. Computers in Human Behavior, 58, 89-97. https://doi.org/f8ghhk

Susanti, S., & Rahmawati, T. S. (2021). Humor dan Covid-19: Makna pesan dalam akun Instagram @t_faturohman. Jurnal Lensa Mutiara Komunikasi, 5(1). http://e-journal.sari-mutiara.ac.id/index.php/JLMI/article/view/1785

Wan Siti Fatimatul Akmal W. Hassan, & Suhaila Zailani @ Ahmad. (2019). Strategi dan panduan kesantunan bahasa menurut perspektif Islam. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 41(1), 117-124.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528