Perkembangan Syarikat Percetakan Qalam Press, 1948-1969

Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Arba'iyah Mohd Noor, Mohd Firdaus Abdullah

Abstract


Selepas perang dunia kedua, banyak syarikat percetakan Melayu ditubuhkan bagi memeriahkan lagi industri percetakan dan persuratkhabaran yang terdapat di Tanah Melayu. Qalam Press merupakan antara syarikat percetakan persendirian Melayu yang telah ditubuhkan oleh Syed Abdullah bin Hamid Al-Edrus (Edrus) dan dilihat berperanan penting dalam penerbitan majalah, novel dan karya-karya keagamaan sepanjang tempoh yang dinyatakan. Malah Qalam Press turut mempunyai pelbagai strategi dan cara tersendiri bagi menjadikan penerbitan mereka sentiasa relevan serta berdaya saing dengan syarikat percetakan lain. Walau bagaimanapun, syarikat penerbitan ini turut menghadapi konflik dan masalah yang tersendiri hingga menyaksikan pelbagai tindakan susulan diambil bagi menyelesaikan permasalahan yang dinyatakan. Maka dengan itu, penyelidikan ini ingin melihat sejauh mana Qalam Press berjaya meletakkan syarikat mereka sebagai antara syarikat percetakan persendirian Melayu terkemuka di Tanah Melayu bermula dari tahun 1948 sehingga tahun 1969. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan sejarah berbentuk kualitatif yang turut mengaplikasi kaedah sejarah lisan. Sumber penyelidikan diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan IPTA di seluruh Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, jabatan kerajaan dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati, Qalam Press berjaya menjadi salah sebuah syarikat percetakan persendirian Melayu yang bertahan lama dalam industri percetakan di Tanah Melayu disebabkan pelbagai strategi pemasaran dan pengurusan yang dijalankan oleh pihak syarikat yang dilihat membantu perkembangan Qalam Press.

 

Kata kunci: Qalam Press, Syarikat Percetakan Persendirian Melayu, Majalah, Novel, Karya Keagamaan.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3801-10


Full Text:

PDF

References


A. Samad Ismail. (1993). Memoir A. Samad Ismail di Singapura. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Aziz Hussain. (1959). Penerbitan buku-buku dan majalah-majalah Melayu di Singapura di antara bulan September 1945 dengan bulan September 1958 [Latihan Ilmiah, Universiti Malaya Singapura].

Abdullah Hussain. (2005). Sebuah perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hanifah Jamil. (2020). Loteri UMNO Malaya 1946-1969. SEJARAH: Journal of the Department of History, 29(1), 117-142.

Boldt, A. (2014). Ranke: Objectivity and history. Rethinking History, 18(4), 457-474. https://doi.org/10.1080/13642529.2014.893658

Berita Harian. (1962, Februari 25). Salina dan dunia-nya.

Berita Harian. (1963, Januari 28). Sengeketa pekerja2 Qalam dia-adili.

Berita Harian. (1963, Januari 30).Qalam kadang kering.

Berita Harian. (1963, Januari 31). Penjelasan Enche Edrus.

Berita Harian. (1963, Mac 9). Edrus jelaskan kesulitan-nya.

Berita Harian. (1966, November 9). Bichara Qalam hari yang ke-2.

Berita Harian. (1967, Mac 18). Kalau terpaksa bayar, Edrus terpaksa menutop Qalam.

Berita Harian. (1967, Mei 17). Mahkamah tolak tuntutan Basmeh.

Berita Harian. (1969, Oktober 21). Pengarang Edrus (Qalam) meninggal di-S'pura.

Berita Harian. (1969, Oktober 24). Edrus meninggal dunia.

Berita Harian. (1970, Februari 26). Qalam Press ditutup.

Berita Harian. (1973, Julai 22). Kejayaan Ahmad Luthfi: Dari pengatur huruf sehingga menjadi seorang pengusaha cetak.

Berita Harian. (1982, Oktober 18). Edrus: Sasterawan, Wartawan yang menerbitkan sendiri akhbar.

Hamedi Adenan. (2013). Majalah Melayu selepas perang: Editorial, sirkulasi dan iklan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hashim Ismail, & Mohd Hanafi Ibrahim (Ed.) (2019). Ahmad Luthfi: Pembangkit semangat zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalidah Adibah Amin. (1957). Ahmad Luthfi on the education and feedom of women: A critical examination of his views on the education and freedom of Muslim women in Malaya as stated and implied [Latihan Ilmiah, University of Malaya Singapore].

Keris Mas. (1979). Memoir Keris Mas: 30 tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Li Chuan Siu. (1967). Ikhtisar sejarah pergerakan dan kesusasteraan Melayu moden 1945-1965. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Antara.

Mahani Musa. (2018). Reconstructing the past through oral history: A Malaysian experience. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 25(1), 39-58. https://doi.org/hnmr

Mahaya Mohd Yassin. (1981/1982). Struktur plot novel-novel Ahmad Luthfi [Latihan Ilmiah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya].

Majlis. (1953, November 4). Bil. 88.

Maziyah Deraman. (1992/1993). Majalah Qalam (1950-1955) [Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaaan Malaysia].

Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor, Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Norasmahani Hussain, & Norazilawati Abd Wahab. (2021). Di sebalik isu Natrah, 1950: Reaksi pembaca The Straits Times terhadap tragedi Natrah (Behind the issue of Natrah, 1950: The Straits Times Reader’s Reaction to the Natrah tragedy). Jurnal of Al-Tamaddun, 16(1), 47-64. https://doi.org/10.22452/JAT.vol16no1.4

Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, & Arba’iyah Mohd Noor. (2019). Syed Abdullah Hamid Al-Edrus: Penulis, penerbit dan pengasas Qalam. SEJARAH: Journal of the Department of History, 28(1), 86-101.

Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif, Arba’iyah Mohd Noor, & Mohd Firdaus Abdullah. (2021). Belenggu pemikiran masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu: Peranan majalah Qalam sebelum merdeka (1950-1957). Islāmiyyāt, 43(1), 15-26.

Muhammad Aslah Akmal Azmi, & Mohd Samsudin. (2018). Propaganda British di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama (1914-1916). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 42-57. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3404-02

Qalam. (1952, September). Bil. 26.

Qalam. (1952, November). Bermesyuaratlah (bil. 28).

Qalam. (1953, Mei). Perjuangan rakyat ditindih dengan jalan halus (bil. 34).

Qalam. (1953, Ogos). Perniagaan Melayu (bil. 37).

Qalam. (1953, Disember). Bil. 41.

Qalam. (1954, Julai). Juara-juara demokrasi.

Qalam. (1955, Oktober). Kopi pahit (bil. 63).

Qalam. (1956, Ogos). Perpustakaan Melayu: Qalam menghadapi perkembangan-perkembangan persuratan masa yang akan datang (bil. 73).

Qalam. (1956, September). Dari hal kita (bil. 74).

Qalam. (1958, Oktober). Bil. 87.

Qalam. (1958, April). Dari hal kita (bil. 93).

Qalam. (1959, September). Disekitar persoalan kritik (bil. 110).

Qalam. (1962). Kitab-kitab dan buku-buku agama (bil. 144).

Qalam. (1965, Februari). Bil. 175.

Qalam. (1967, September). Bil. 206.

Qalam. (1970, Mei). Bil. 229.

Shaharom Husain. (1963). Pengarang-pengarang novel Melayu dan karyanya. Singapura: Pustaka Melayu.

Singapore Gazette. (1946-1957). Bills supplement published by authority.

Singapore Standard. (1953, November 2). Read Qalam and Warta.

Syed Abdullah Yahya. (1961). Ahmad Luthfi: Pandangannya tentang masalah-masalah pendidikan, pergaulan dan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu moden (Latihan Ilmiah, Universiti Malaya).

Talib Samat. (2004). Ahmad Luthfi: Penulis, penerbit dan pendakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Straits Times. (1963, Januari 30). Printing press.

The Straits Times. (1963, Februari 28). Have two papers abuse freedom?

United Malays National Organisation (UMNO). (1953-1954). Penyata UMNO 1953-1954.

Warta. (1953, November 6). Qalam dan Warta dibakar.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528