Filem dan Khalayak: Ancaman Keselamatan Negara

Noor Aziah Abdullah, Wan Amizah Wan Mahmud, Mohamad-Noor Salehhuddin Sharipudin, Yusniza Yusuf

Abstract


Sejarah awal industri filem dikatakan bermula di Amerika Syarikat. Filem Melayu pertama kali dihasilkan di Tanah Melayu pada tahun 1932 iaitu filem Nelayan dan Laila Majnun yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company. Perintah kawalan pergerakan ekoran dari pandemik Covid-19 telah mempengaruhi dan meningkatkan kebergantungan khalayak terhadap filem. Perkara ini membimbangkan kerana Filem dikatakan mampu memberi kuasa estetik yang kuat, pandangan dalam pelbagai budaya dan kaedah baru berfikir secara sepintas lalu. Pemikiran ini terhasil dari kesan tontonan ke atas adegan yang digambarkan di dalam filem. Selaras dengan itu, objektif kajian ini dibentuk untuk meneroka kuasa filem dalam memberi ancaman kepada keselamatan negara dan kedua, mengenal pasti kesan kebergantungan khalayak terhadap filem dengan mengaplikasikan Teori Kebergantungan Media. Bagi mendapatkan dapatan kajian, kaedah kualitatif sepenuhnya digunakan. Ini melibatkan temu bual mendalam bersama 19 orang informan yang terdiri dari penggubal dasar, penguatkuasa, pengamal undang-undang dan penggiat industri media serta penonton. Selain itu, analisis dokumen berkaitan dengan perundangan dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa filem berupaya memberi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya penapisan filem tidak dilaksanakan  dan kesan kebergantungan khalayak terhadap filem mampu memberi pengaruh dan perubahan dalam kehidupan sosial penonton. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada industri media untuk menghasilkan filem yang bermatlamat mengekalkan keharmonian kaum dan keamanan nasional.

 

Kata kunci: Filem, kuasa filem, Teori Kebergantungan Media, penapisan filem, Malaysia.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3801-13


Full Text:

PDF

References


Al-Ali, N. M., Yaghy, H. S., Shattnawi, K. K., & Al-Shdayfat, N. M. (2018). Parents' knowledge and beliefs about the impact of exposure to media violence on children's aggression. Issues in Mental Health Nursing, 39(7), 592-599.

Anderson, C. A., & Bushman, B. J. (2018). Media violence and the general aggression model. Journal of Social Issues, 74(2), 386-413.

Abdul Razak Mohaideen, & Norman Yusoff. (2010). Pemaparan masyarakat Jawi Peranakan dalam filem-filem komedi arahan A. Razak Mohaideen. Dlm. Omar Yusoff (pynt.), Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi sebuah identiti (pp. 129-150). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Berita Harian. (2021, Jun 11). Hong Kong tapis kandungan filem ancam keselamatan. https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/826721/hong-kong-tapis-kandungan-filem-ancam-keselamatan

Ball-Rokeach, S. J. (1985). The origins of individual media system dependency: A sociological framework. Communication Research, 12(4), 485-510.

Cetin-Erus, Z., & Erus, B. (2020). The rise of domestic popular film production with new audience and changing industry structure: The case of popular cinema in Turkey. European Journal of Communication, 25(6), 565-579.

Elinwa, O. J. (2020). Audience readings and meaning negotiation in the film viewing space: An ethnographic study of Nollywood’s viewing center audiences. SAGE Open, 10(3), 1–12.

Faridah Ibrahim,Chang Peng Kee, & Kuik Cheng Chwee.(2012). Ethnic media & nation-building Malaysia. School of Media and Communication Studies (MENTION) UKM.

Flew, T., & Waisbord, S. (2015). The ongoing significance of national media systems in the context of media globalization. Media, Culture & Society, 37(4), 620-636.

Ferreira, G. B., & Borges, S. (2020). Media and misinformation in times of COVID-19: How people informed themselves in the days following the Portuguese declaration of the state of emergency. Journalism and Media, 1(1), 108-121.

Hamzah Hussin. (2004). Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film ke Studio Merdeka. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasmah Zanuddin. (2009). Regulator and enforcement: A case study on Malaysian Communication And Multimedia Commission (MCMC) comparatively with FCC, IDA, OFCOM and other regulators. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 11(1), 59-72.

Hopkinson, P. (1971). The role of film in development. UNIPUB Inc.

Ibnuyaacob. (1979). Rahsia Yahudi dalam filem. Kulim, Kedah: Moon Media Enterprise.

Jensen, B. K. (2012). A handbook of media and communication research. New York: Routledge.

Kalai, S. (2014). Cinema as an effective tool for teaching human rights issues and problems: An analytical study of Samuel Goldwyn’s film: “The Whistleblower”. International Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 1(5), 233-244.

Kendrick, C., MacEntee, K., & Flicker, S. (2021). Exploring audience engagement and critical narrative intervention with the celling sex film. Health Promotion Practice, 22(2), 33S-43S.

Kim, S., Kim, S., & Petrick, J. F. (2017). The effect of film nostalgia on involvement, familiarity, and behavioral intentions. Journal of Travel Research, 58(2), 283-297.

Kirillova, K. (2018). Phenomenology for hospitality: Theoretical premises and practical applications. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 30(11), 3326-3345. https://doi.org/10.1108/IJCHM-11-2017-0712

Liu, C., & Liu, Y. (2020). Media exposure and anxiety during COVID-19: The mediation effect of media vicarious traumatization. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(13), 4720.

Mattar, L., Farran, N., Abi Kharma, J., & Zeeni, N. (2019). Movie violence acutely affects food choices in young adults. Eating Behaviors, 33, 7-12.

Naim Ahmad. (1995). Filem sebagai alat dan bahan kajian. Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2011). Hallyu di Malaysia: Kajian sosiobudaya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(2), 203-219.

Norfaizah Ghazali, & Fazilah Husin. (2018). Bahasa dan feminisme dalam filem Shuhaimi Baba. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 374-388. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3402-23

Noor Aziah Abdullah. (2017). Penguatkuasaan Filem cetak rompak dan filem tidak bertapis berdasarkan sistem media McQuail [Tesis Dr. Fal, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Normah Mustaffa, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, Maizatul Haizan Mahbob, & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Kebergantungan Internet dan aktiviti online remaja di Lembah Kelang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 199-212.

Othman Lebar. (2014). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan model. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sarji, A. (1999). Mengkaji sejarah penyiaran: Pendekatan sejarah dan analisis isi kandungan Dlm. Syed Arabi Idid (pynt.), Analisis kandungan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saodah Wok, Narimah Ismail, & Mohd. Yusof Hussain. (2005). Teori-teori komunikasi. PTS Professional Publishing.

Sharifah Zinjuaher H. M. Ariffin, & Hang Tuah Arshad. (1980). Sejarah filem Melayu: The history of Malay Motion Pictures. Kuala Lumpur: Penerbitan Sri Sharifah.

Siervo, M., Gan, J., Fewtrell, M. S., Cortina-Borja, M., Wells, J. C. K. (2018). Acute effects of video-game playing versus television viewing on stress markers and food intake in overweight and obese young men: A randomised controlled trial. Appetite 120, 100-108.

Thompson, K., & Bordwell, D. (2003). Film art: An introduction. New York: McGraw Hill.

Zhang, X., & Zhong, Z.-J. (2020). Extending media system dependency theory to informational media use and environmentalism: A cross-national study. Telematics and Informatics, 50, 101378.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528