Analisis Fungsi Sinografi: Komunikasi Visual melalui Pementasan Teater SARAH

Mohd Amir Mohd Zahari, Azrul Azizi Amirrul, Mardiana Ismail

Abstract


Artikel ini membicarakan fungsi sinografi dalam membina aspek komunikasi secara visual melalui Teater SARAH. Fungsi sinografi dalam sesebuah pementasan seperti reka bentuk set, pencahayaan dan kostum merupakan elemen penting dalam teater. Peranan sinografi dapat membantu pelakon menjiwai watak dengan penuh penghayatan. Reka bentuk sinografi yang diletakkan di atas pentas membantu para pelakon untuk mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka tentang keperluan dalam beraksi di atas pentas serta dapat memvisualkannya untuk memberi kefahaman kepada penonton. Komunikasi visual dalam sesebuah pementasan terbahagi pada tiga set iaitu kostum, tatarias (makeup) dan pencahayaan. Elemen visual perlu bersatu, berkait dan lengkap untuk memberi keberkesanan dalam sesebuah pementasan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis ke atas Teater SARAH yang telah dipentaskan di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia pada Oktober 2019. Penyelidikan dan penelitian secara terperinci telah dijalankan bagi menganalisis nilai-nilai artistik dalam rekaan sinografi melalui Teater SARAH. Fokus kajian berkaitan analisis fungsi sinografi dalam memainkan peranan untuk memberi interpretasi penonton bagi memahami simbolisme yang dipaparkan dalam setiap babak pementasan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menganalisis peranan visual sinografi sebagai medium komunikasi terhadap pementasan teater tersebut. Dua kaedah yang telah digunakan untuk pengumpulan data iaitu temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian terhadap rakaman video pementasan yang diperoleh daripada pengarah teater. Penyelidik telah mengenal pasti bahawa nilai-nilai estetika yang disampaikan telah memberi kesan dramatik terhadap persembahan teater. Malahan, komunikasi visual dalam pementasan dapat memperlihatkan kepada penonton untuk mengenali maksud sosial dan budaya sesebuah karya dan memahami makna imej-imejnya yang tersendiri.

 

Kata kunci: Drama pentas, komunikasi visual, fungsi sinografi, pementasan SARAH, teater.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3901-30


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghani, M. T., & Wan Daud, W. A. (2018). Adaptation of ADDIE instructional model in developing educational website for language learning. Global Journal al Thaqafah, 8(2), 7-16. https://doi.org/10.7187/GJAT122018-1

Abdul Manan, K., Md Nor, S., & Omar, B. (2013). Model penilaian Kirkpatrick: Mengkaji pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 31-50.

Anderson, B., & Anderson, C. (1999). Costume design (2nd ed.). Wadsworth, Australia: Thomson.

Ariffin, Z. (1981). Drama Melayu moden dalam esei. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balodis, J. (2012). The practice of adaptation; Turning fact and fiction into theatre [PhD thesis, Queensland University of Technology, Australia]. https://eprints.qut.edu.au/60917/

Courtney, R. (1991). Lakonan, drama dan pemikiran latar belaang intelektual drama dalam pendidikan (Rahmah Bujang. Terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dunham, R. (2011). Stage lighting: Fundamentals and applications. London: Pearson Education.

Fernando, D. T. (1995). Theater semiotics: Text and staging in modern theatre. London: University of Toronto Press. https://doi.org/10.3138/9781442682597

Hong Kim Lan, Nur Hilyati Ramli, Mumtaz Begum Aboo Backer, Muhizam Mustafa, & Mohd Najib Abdullah Sani. (2019). Mengimaginasi reka bentuk kostum dan perhiasan badan untuk persembahan "Bermulanya Di Sini...Kedah Tua". Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 18(1), 53–63. https://doi.org/10.21315/ws2019.18.Supp.1.8

Howard, P. (2009). What is scenography? London: Routledge.

Ismail, A., Sarudin, A., Osman, Z., & Redzwan, H. F. M. (2021). The process of forming a more complex idiomatic meaning using a principle of integration metaphors. GEMA Online Journal of Language Studies, 21(2), 86–110.

Matnoh, N. A., Md. Dawam, Z. A., & Cheang, S. C. (2016). Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosiobudaya masyarakat Malaysia dalam filem Ola Bola (2016). e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 16(6), 1-13.

Md Khir, R. J. (2009). Teater Moden Malaysia dalam Said Halim Said Nong apresiasi seni teater Malaysia. Universiti Malaya: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

Mollay, K. E. (2014). The art of theatrical design: Elements of visual composition, method and practice (1st ed.). London: Routledge.

Omar, A., Mohd Zahari, M. A., & Muhammad, F. H. (2019). Drama dan teater dalam pendidikan: Pengertian, teori dan amalan. Tg. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sarudin, A., Muhammad, M. M., Zaini, M. F., Osman, Z., & Muhsin, M. A. A. (2020). Collocation analysis of variants of intensifies in classical Malay texts. GLOCAL Conference Proceedings ( pp. 352–357).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528