Pengaruh Pengurusan Maklumat Terhadap Keberkesanan Program Latihan dan Pembangunan Sektor Awam: Kajian Rintis di Jabatan Penyiaran Malaysia

Noorzihidayah Md Noor, Maizatul Haizan Mahbob

Abstract


Pengurusan maklumat adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana ia mampu memacu kecemerlangan organisasi. Persekitaran yang semakin kompleks memerlukan pengurusan maklumat yang cekap serta program latihan dan pembangunan yang berkesan. Hal ini sangat signifikan terutamanya apabila berlaku sesuatu konflik atau krisis. Justeru objektif kertas ini adalah di samping untuk mendapatkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan ke atas item-item soal selidik yang dibina, ia juga untuk menguji pengaruh pengurusan maklumat yang merangkumi persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan sektor awam. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 102 orang responden yang terdiri daripada kakitangan di Jabatan Penyiaran Malaysia secara dalam talian menerusi platform Google Form. Teori Maklumat Organisasi Weick dan Model Penilaian Kirkpatrick telah diguna pakai dalam kajian ini. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) v.22 untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item seterusnya menguji hipotesis yang dikemukakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek pengurusan maklumat yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan keberkesanan program latihan dan pembangunan. Melalui analisis regresi membuktikan bahawa pengurusan maklumat menyumbang sebanyak 71.9% kepada keberkesanan program latihan dan pembangunan tetapi aspek persekitaran maklumat tidak memberi pengaruh terhadap pemboleh ubah bersandar. Secara keseluruhannya,  aspek kitaran komunikasi merupakan penyumbang utama yang mempengaruhi keberkesanan program latihan dan pembangunan berbanding aspek persekitaran maklumat dan ketidakjelasan maklumat. 

 

Keywords: Model Penilaian Kirkpatrick, pengurusan maklumat, program latihan dan pembangunan, sektor awam, Teori Maklumat Organisasi Weick.


https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3902-09


Full Text:

PDF

References


Ahmad, N. A., Drus, S. M., Kasim, H., & Othman, M. M. (2019). Assessing content validity of enterprise architecture adoption questionnaire (EAAQ) among content experts. 2019 IEEE 9th Symposium on Computer Applications & Industrial Electronics (ISCAIE), Malaysia, 2019, pp. 160-165. https://doi.org/10.1109/ISCAIE.2019.8743918

Alliger, G. M., & Janak, E. A. (1989). Kirkpatrick’S levels of training criteria: Thirty years later. Personnel Psychology, 42(2), 331–342. https://doi.org/cqrvnw

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model fundamental measurement in the human sciences (3rd ed.). Routledge Taylor & Francis Group.

Che Su Mustaffa, Nuredayu Omar, Zuraidah Abu Talib, & Nan Zakiah Megat Ibrahim. (2021). Implikasi penggunaan WhatsApp dalam pengurusan maklumat organisasi. Asian People Journal, 4(2), 145–160.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (5th ed.). SAGE Publications.

Damayanti, T. (2019). Pola komunikasi dalam sosialisasi budaya keselamatan nuklir sesuai dengan standar International Atomic Energy Agency (IAEA). Paper presented at ORATION - Organizational Communication Conference 2019 Universitas Padjadjaran, pp. 25–31.

Erin, R., Wagner, W. E., & Gillespie, B. J. (2015). The practice of survey research: Theory and applications. SAGE Publications.

Helton, G. L., Cameron, K. L., Zifchock, R. A., Miller, E., Goss, D. L., Song, J., & Neary, M. T. (2019). Association between running shoe characteristics and lower extremity injuries in United States Military Academy Cadets. American Journal of Sports Medicine, 47(12), 2853–2862. https://doi.org/10.1177/0363546519870534

Joyce Lynn-Sze Cheah. (2021). Harapan Mahathir kepada penjawat awam Malaysia baharu: Analisis ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Asian People Journal, 4(2), 116–126.

Kamaruzzaman Abdul Manan, & Che Mahzan Ahmad. (2017). Kepentingan komunikasi dalam latihan. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 4(1), 129–150.

Megat Ayop Megat Arifin, & Abd. Halim Ahmad. (2016). The importance of integrity culture and work ethics in Malaysian organizations: A preliminary study. Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 138–149.

Mohd Safix Lamsah, Rosniza Aznie Che Rose, & Rogis Baker. (2021). Tahap kepuasan pekerja di sektor awam terhadap latihan secara atas talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 27–39.

Musheke, M. M., & Phiri, J. (2021). The effects of effective communication on organizational performance based on the Systems Theory. Open Journal of Business and Management, 9, 659–671. https://doi.org/10.4236/ojbm.2021.92034

Pace, R. W., & Faules, D. F. (2006). Komunikasi organisasi: Strategi meningkatkan kinerja perusahaan (6th ed., Deddy Mulyana, Ed.). PT Remaja Rosdaakarya.

Röttger, P., & Vedres, B. (2020). The information environment and its effects on individuals and groups: An interdisciplinary literature review (Oxford Internet Institute, University of Oxford). Royal Society. https://royalsociety.org/-/media/policy/projects/online-information-environment/oie-the-information-environment.PDF

Skillet Malaysia. (2021, October 28). Kepentingan latihan kepada organisasi [Post]. LinkedIn. https://www.linkedin.com/pulse/kepentingan-latihan-kepada-organisasi-mindasys-learning-center/?originalSubdomain=id

Syamimi Syahira. (2020). Fungsi teknologi dalam organisasi kerja. Research Gate. https://www.researchgate.net/publication/342530384_FUNGSI_TEKNOLOGI_DALAM_ORGANISASI_KERJA_FUNCTIONS_OF_TECHNOLOGY_IN_THE_WORK_ORGANIZATION

Taylor, K., Zarb, S., & Jeschke, N. (2021). Ambiguity, uncertainty and implementation. International Review of Public Policy, 3(1), 100–120. https://doi.org/10.4000/irpp.1638

Triandis, H. C. (2004). Culture and social behavior (2nd ed.). McGraw-Hill.

Valentim, M. L. P. (2013). Information flows and environments in business contexts: The meat sector case of Salamanca/Spain. Brazilian Journal of Information Science, 7(1), 283–305. http://www2.marilia.unesp.br/revistas/index.php/bjis/article/view/3130/2475

Wan Idros Wan Sulaiman, & Maizatul Haizan Mahbob. (2016). Impak persekitaran maklumat terhadap kepuasan komunikasi sektor awam. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 11(2), 345–369.

Wan Idros Wan Sulaiman, & Ooi Li Woei. (2017). Pengkomunikasian pengurusan maklumat dengan budaya kerja di stesen radio Malaysia Kedah FM. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 313–339. https://doi.org/kf2k

Weick, K. E. (1996). Sensemaking in organization. SAGE Publications.

Weick, K. E. (1979). The social psychology of organizing (2nd ed.). Addison-Wesley Publishing Company.

Weick, K. E. (1976). Educational organizations as loosely coupled systems. Administrative Science Quarterly, 21(1), 1–19.

Zafir Mohd Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun, & Mohd Helmi Ali. (2018). Latihan dan pembangunan sumber manusia mendepani cabaran industri 4.0. Dlm. Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman, & Wye Chung Khain (Pynt.), Keperluan kemahiran mendepani revolusi perindustrian keempat (Issue December, p. 69). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528