Bahasa Kasar dalam Komunikasi Digital: Ancaman terhadap Kelestarian Budaya Sopan

Maslida Yusof, Karim Harun, Wan Robiah Meor Osman, Salinah Ja'afar, Rusmadi Baharuddin

Abstract


Makalah ini membincangkan fenomena penularan bahasa kasar dalam komunikasi digital yang kini menjadi ancaman serius terhadap kelestarian budaya kesantunan di Malaysia. Permasalahan berpunca daripada keterbukaan media sosial yang membolehkan pengguna melontarkan komen tanpa sempadan, sehingga mencetuskan normalisasi ketidaksantunan dalam ekosistem digital. Tujuan utama makalah ini adalah untuk meneroka faktor berleluasanya penggunaan bahasa kasar dalam interaksi di media sosial serta kesannya terhadap amalan adab pertuturan masyarakat. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan digunakan dengan menyandarkan analisisnya kepada Teori Kesan Ketidakterkendalian dalam Talian (Suler, 2004). Sebanyak 7,757 komen daripada isu tular berkaitan politik, isu 3R (Agama, Kaum, Raja) dan jenayah di platform Facebook telah diteliti.  Hasil dapatan menunjukkan lapan kategori bahasa kasar yang dominan digunakan dengan kategori intelek (31%), haiwan (27%) serta anggota badan dan biologi (16.2%). Dapatan kajian mendedahkan bahawa faktor Ketanpanamaan Disosiatif, Ketidaklihatan, asinkroni, Introjeksi Solipsistik, Imaginasi Disosiatif dan Pengurangan Status dan Kuasa di ruang siber telah meruntuhkan benteng empati dan kawalan kendiri pengguna. Implikasi kajian menegaskan bahawa sekiranya trend ini tidak dibendung, identiti sosiolinguistik masyarakat Malaysia yang berasaskan kesopanan berbahasa dan penjagaan air muka akan terus terhakis dan digantikan dengan ekosistem komunikasi yang toksik. Kajian ini mencadangkan pemerkasaan literasi sosiobudaya digital bagi membina semula etika berkomunikasi yang sihat dalam kalangan warga siber.

 

Kata kunci: Bahasa kasar, komunikasi digital, kesantunan berbahasa, ketidakterkendalian dalam talian, normalisasi linguistik.


https://doi.org/10.17576/JKMJC-2026-4201-19


Full Text:

PDF

References


Amirah Syazwani Baderol Sham. (2022, July 20). Bahasa kasar tidak mencerminkan norma masyarakat Malaysia. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/07/20/4436/

Anni Holilah Syahbuddin. (2024, August 28). Ungkapan kasar dalam media sosial semakin berleluasa. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2024/08/28/14832/

Asma Abdullah. (1996). Going glocal: Cultural dimensions in Malaysian management. Malaysian Institute of Management.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azean Idruwani Idrus. (2022, April 8). Trend warganet guna bahasa kasar di media sosial. Majoriti. https://majoriti.com.my/berita/2022/04/08/trend-warganet-guna-bahasa-kasar-di-media-sosial

Azianura Hani Shaari, & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2019). Buli siber: Ketidaksantunan bahasa dan etika media sosial dalam kalangan remaja Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16(6), 1-16.

Azizul Haji Ismail, & Vijayaletchumy Subramaniam. (2016). Ketidaksantunan bahasa dalam blog politik di Malaysia. MAHAWANGSA: Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 5(2), 461-481.

Azman Yusof. (2024, Mac 1). Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan belia Malaysia. Portal Wadah DBP. https://wadahdbp.my/titisan-pena/ketidaksantunan-berbahasa-dalam-kalangan-belia-malaysia/

Berita Harian. (2025, January 27). Kaitkan Hannah Yeoh dengan pengasas Kumpulan YTL, Razman akui terkhilaf [Hantaran status]. Facebook. https://www.facebook.com/bhonline/posts/pfbid02mCLQ3qACm9P6EXpr29Wbu8KNv7BSC7Qjx3rxCqvPVjoKqDGYkWaxKs7PyiB3CsEcl

Brown, P., & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some universals in language usage. Cambridge University Press.

Cho, D., & Kwon, K. H. (2015). The impacts of identity verification and electronic authorization on online incivility. Journal of Applied Communication Research, 43(3), 288-307.

Culpeper, J. (2005). Impoliteness and entertainment in the television quiz show: The Weakest Link. Journal of Politeness Research, 1, 35-72.

Culpeper, J. (2008). Reflections on impoliteness, relational work and power. In D. Bousfield & M. A. Locher (Eds.), Impoliteness in language: Studies on its interplay with power in theory and practice (pp. 17-44). Mouton de Gruyter.

Culpeper, J. (2011). Impoliteness: Using language to cause offence. Cambridge University Press.

Donath, J. S. (1999). Identity and deception in the virtual community. Communities in Cyberspace, 29-59.

Gorenc, N. (2022). Hate speech or free speech: An ethical dilemma? International Review of Sociology, 32(3), 413–425. https://doi.org/10.1080/03906701.2022.2133406

Hariyati Ariffin. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/khas/pendapat/bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini

Indirawati Zahid. (2023). Ketamadunan bangsa dan kesantunan bahasa. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(2), 1–6. https://doi.org/qx2j

Jay, T. (2009). The utility and ubiquity of taboo words. Perspectives on Psychological Science, 4(2), 153–161. https://doi.org/10.1111/j.1745-6924.2009.01115.x

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof, Karim Harun, Wan Robiah Meor Osman, Salinah Jaafar, & Rusmadi Baharuddin. (2024). Perubahan normalisasi bahasa dalam komunikasi internet (Laporan Kajian GUP-2023-034). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Megat Al Imran Yasin. (2020, September 24). Komen jelik bertebaran. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/09/623734/komen-jelik-bertebaran

Mohd Norazizi Samsudain, & Mardiah Shah Omar. (2022). Penggunaan unsur bahasa negatif terhadap hantaran isu 1MDB oleh pengguna Facebook. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(1), 87–107.

Norhayati Umor, & Awan Ismail. (2022). Berita Covid-19: Suatu analisis kritikan pedas netizen di Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(1), 270-283.

Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan, & Nik Norazira Abd Aziz. (2023). Kesopanan berbahasa masyarakat Malaysia mengikut Prinsip Kesopanan Leech. International Journal of Law, Government and Communication, 8(32), 397-411.

Nursyafieqa ‘Ifwat Mohmod Rofik, & Maizura Osman. (2024). Ungkapan kesat dalam penggunaan implikatur di media sosial pada musim pilihan raya. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 32(S1), 139–160.

Oh My Media. (2025, January 22). Suspek kelima pukul OKU direman !! [Hantaran status]. Facebook. https://www.facebook.com/ohmymedia.cc/posts/pfbid02YFjY2tsC5e7hVKfx3HihzUXZWrmzQ5F7S7PB3aFnURVaDFkHi9JyyEwRZcxwS3LKl

Pamirzad, Q. H. (2025). A qualitative exploration of hate speech manifestation in Afghanistan’s Twitter-sphere. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 41(3), 1-20.

Radiah Yusoff. (2012). Satu tinjauan terhadap ungkapan makian dan ke(tidak)santunan dalam interaksi internet. Dalam Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof (Pnyt.), Kesantunan berbahasa (pp. 165-180). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sara Beden. (2024, June 24). Kesantunan dan sensitiviti dalam media sosial. Utusan Borneo Online. https://www.utusanborneo.com.my/2024/06/24/kesantunan-dan-sensitiviti-dalam-media-sosial

Sinar Harian. (2025, March 5). 'Jangan besar-besarkan isu DJ Era' - Pempengaruh India [Hantaran status]. Facebook. https://www.facebook.com/sinarharian/posts/pfbid02D8wnAy2SKV29kUsGM5KaXmkeib8frHkKckrAaoxYRACfK8aKXgMh2Z4VE1UiRiJMl

Stephens, R., Atkins, J., & Kingston, A. (2009). Swearing as a response to pain. NeuroReport, 20(12), 1056-1060.

Süleyman Kasap. (2024). The linguistics of swearing: Why we curse and how it translates cultures. 3rd International Conference on Scientific and Innovative Studies, 785-790.

Suler, J. (2004). The online disinhibition effect. CyberPsychology & Behaviour, 7(3), 321-326.

Van Lancker, D., & Cummings, J. L. (1999). Expletives: Neurolinguistic and neurobehavioral perspectives on swearing. Brain Research Reviews, 31(1), 83-104.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, & Nor Azuwan Yaakob. (2014). Kesantunan berbahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528