Literasi Media Belia Selangor dalam Penglibatan Politik di Malaysia
Abstract
Penguasaan kemahiran literasi media amat diperlukan bagi membolehkan belia menilai serta memahami kandungan maklumat yang disampaikan melalui pelbagai platform media. Tambahan pula, penguasaan literasi media mampu secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan penglibatan belia dalam aktiviti politik, sama ada melalui platform dalam talian mahupun kaedah konvensional. Generasi belia didapati kurang terlibat secara aktif dalam aktiviti politik secara konvensional seperti mengundi, dan mereka mudah dipengaruhi oleh isu-isu politik semasa yang dilihat serta didengar melalui platform media sosial. Kajian ini juga menerangkan corak pengundian dalam kalangan belia. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti medium yang digunakan golongan belia bagi mendapatkan maklumat politik, serta mengukur tahap penguasaan literasi media mereka terhadap pemahaman mesej politik berdasarkan model kognitif yang dikemukakan oleh Potter, serta menganalisis hubungan antara tahap literasi media dalam kalangan belia Selangor dengan hasrat penglibatan mereka dalam politik Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik dalam talian kepada seramai 385 responden yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia memanfaatkan platform media sosial sebagai medium utama untuk memperoleh maklumat berkaitan politik. Sementara itu, tahap penguasaan literasi media dalam kalangan belia Selangor mencapai tahap yang tinggi, namun hasrat mereka untuk melibatkan diri dalam politik Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Dapatan penyelidikan ini boleh dijadikan panduan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, serta ibu bapa dalam usaha membentuk serta menggalakkan generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam arena politik negara.
Kata kunci: Literasi media, belia, politik, media sosial, penyertaan politik.
Full Text:
PDFReferences
Ali Salman, & Mohd Safar Hasim. (2011). Internet and Politics in Malaysia: Social Change and the New Media. Kuala Lumpur: Sweet & Maxwell Asia.
Ciurel, D. (2016). Media literacy: Concepts, approaches and competencies. Professional Communication and Translation Studies, 9(1-2), 13-19.
Denver, D. & Hands, G. (1992). Issues and Controversies in British Electoral Behaviour. New York: Harvester Wheatsheaf.
Fairuz Ramli, Nurmunirah Azami, & Ruqaiyah Ab Rahim. (2023). Pengaruh TikTok terhadap mahasiswa Malaysia dalam Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15). Borneo Akademika, 7(2), 59-69.
Hassan, M. S., Sah Allam, S. N., Khamis, M. H., Bakar, M. H., Abdul Latiff, D. I., & Ridzuan, A. R. (2019). Perspektif literasi media aspek analisis dan penilaian: Amalan integriti penyertaan politik golongan muda di media sosial. Jurnal Sains Sosial, 4(1), 20-32.
Hassan, M. S., Sah Allam, S. N., Hj. Ridzuan, A. R., Ab Hadi, S. N. I., Ibrahim, N. A. N., & Chaniago, R. H. (2023). Pemerkasaan pendidikan literasi media untuk penyertaan politik belia dalam konteks Malaysia. e-Proceedings of the International Islamic Economic System Conference 2023, 537-547.
Jasmi, M. N., Othman, Z., Joko, E. P., & Mohd Rudzainoor, M. H. I. (2018). Media dan literasi politik di Sabah menjelang PRU-14: Kajian kes parlimen Tawau. Jurnal Kinabalu, Edisi Khas, 199-221.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Livingstone, S. (2014). Developing social media literacy: How children learn to interpret risky opportunities on social network sites. Communications, 39(3), 283-303.
Maliki, N. Z., Abdullah, M. Y., Mohamad, M., Ahmad, A., & Saad, M. S. M. (2023). Tahap kewarganegaraan digital dalam kalangan remaja 14 tahun di Malaysia. Journal of ICT in Education, 10(1), 45-62.
Marshelayanti, M. R., & Hussin, N. I. (2021). New media and political activities among Malay youth in Selangor. Educatum: Journal of Social Sciences, 7(1), 45-54.
Maxwell, J. A. (2005). Qualitative Research Design: An Interactive Approach (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Mohd Sani, N. N., Adzharuddin, N. A., & Mahamed, M. (2024). Kajian pengetahuan kesahihan literasi kandungan maklumat politik di laman sosial Facebook di kalangan wanita belia di Malaysia. Educatum: Journal of Social Sciences, 10(1), 1-15.
Neuman, W. L. (2012). Basics of Social Research: Qualitative and Quantitative Approaches (3rd ed.). Boston: Pearson Education.
Noor Shazalina Md Razali, & Rosyidah Muhamad. (2022). Penyertaan politik dalam kalangan belia dengan menggunakan media sosial. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(12), e002019.
Norhafiza Maria. (2019). Kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 16(7), 1-15.
Norzamira Che Noh. (2022, Oktober 31). PRU-15: Jumlah pengundi berdaftar di Selangor meningkat lebih 50 peratus. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/898148/pru-15-jumlah-pengundi-berdaftar-di-selangor-meningkat-lebih-50-peratus
Potter, W. J. (2004). Theory of Media Literacy: A Cognitive Approach. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Potter, W. J. (2005). Media Literacy (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Rashid, N. A., Mat Nayan, L., & Devarajoo, A. R. (2016). Literasi dalam memperolehi hiburan bermaklumat: Kajian dalam kalangan remaja di Malaysia. al-'Abqari: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 9(1), 95-105.
Razali, M. M. M., Ibrahim, F., Arifin, K., & Sarwani, S. (2016). Political participation via new media among youth in Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences, 7(2), 88-96.
Rheingold, H. (2008). Using participatory media and public voice to encourage civic engagement. Dlm. W. L. Bennett (Pynt.), Civic Life Online: Learning How Digital Media Can Engage Youth (hlm. 97-118). Cambridge, MA: MIT Press.
Samsi, S. Z. A. (2014). Penglibatan politik belia di Selangor [Tesis Sarjana]. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Strasburger, V. C. & Wilson, B. J. (2002). Children, Adolescents, and the Media. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Sulaiman, S., Yusof, Y. M., & Latiff, R. A. (2023). UNDI 18: Analisa keperluan literasi politik pengundi muda Melayu Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam pasca PRN Johor ke-15. Insight Journal, 19, 1-18.
United Nations. (2002). World Youth Report 2003: The Global Situation of Young People. New York: United Nations Publications.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528