Pengurusan Keselamatan Siber Perbankan Internet di Malaysia melalui Pendekatan Teknologi dan Komunikasi Risiko
Abstract
Transformasi perbankan digital telah menjadikan institusi perbankan sebagai aktor penting dalam pengurusan risiko keselamatan siber. Namun, peningkatan insiden jenayah siber seperti kehilangan wang tanpa disedari, serangan phishing dan kecurian identiti menunjukkan wujudnya jurang antara kecanggihan teknologi keselamatan perbankan dengan keberkesanan pengurusan risiko serta komunikasi keselamatan kepada pengguna. Walaupun institusi perbankan menekankan pematuhan piawaian dan sistem keselamatan yang canggih, pendekatan berorientasikan teknologi semata-mata didapati masih tidak mencukupi untuk menangani ancaman siber yang semakin kompleks dan sekali gus menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap perbankan internet. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti isu utama keselamatan siber dalam perbankan internet di Malaysia, menganalisis peranan institusi perbankan dalam menangani ancaman tersebut serta meneliti cabaran strategik yang membataskan keberkesanan perlindungan pengguna. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual mendalam bersama enam orang informan daripada institusi perbankan terpilih di Kuala Lumpur yang melibatkan RHB Bank Berhad, CIMB Bank Berhad dan Affin Bank Berhad. Data dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti pola dan cabaran institusi dalam pengurusan keselamatan siber perbankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keselamatan siber perbankan terbentuk melalui interaksi kompleks antara kelemahan sistem, kecuaian pengguna, jurang literasi digital serta keterbatasan komunikasi keselamatan. Selain itu, strategi komunikasi keselamatan yang bergantung kepada laman sesawang didapati kurang selari dengan corak penggunaan aplikasi perbankan mudah alih. Kajian ini mencadangkan agar pengurusan keselamatan siber perbankan beralih daripada pendekatan teknikal semata-mata kepada kerangka pengurusan risiko yang menekankan komunikasi strategik, pendidikan pengguna dan akauntabiliti institusi.
Kata kunci: Keselamatan siber perbankan, komunikasi risiko, jenayah siber, literasi digital pengguna, kepercayaan institusi.
Full Text:
PDFReferences
Al-Doghan, M. A., & Mirzaliev, S. (2024). Cybersecurity awareness and digital bankin adoption: Exploring the moderating impact of digital literacy. International Journal of Economics and Financial Studies, 16(3), 34-58.
Arif, M., & Masdupi, E. (2020). Pengaruh Internet banking terhadap kinerja perbankan. EcoGen, 3(4), 598-614.
Azura, Y. T. Y., Azad, M. A., & Ahmed, Y. (2025). An integrated cyber security risk management framework for online banking systems. Journal of Banking and Financial Technology, 9, 85-104.
Bank Negara Malaysia. (2020). Financial stability review – First half 2020. https://www.bnm.gov.my/publications/fsr
Bank Negara Malaysia. (2021). Key indicators of financial inclusion. https://www.bnm.gov.my/financial-inclusion
CyberSecurity Malaysia. (2025). SR-031.082025: MyCERT Report - Cyber Incident Quarterly Summary Report - Q2 2025. https://www.mycert.org.my/portal/advisory?id=SR-031.082025
Hassan, S., Bujang, I., Othman, N. A. F., & Jati, M. K. (2025). From login to loyalty: The mediating role of trust in digital banking readoption. Journal of Emerging Economies & Islamic Research, 13(2), 4589.
INTERPOL. (2020). ASEAN Cyberthreat Assessment 2020: Key Insights from the ASEAN Cybercrime Operations Desk. https://share.google/ZCdeNNgPSsOCFAXRk
Jafri, J. A., Mohd Amin, S. I., Rahman, A., & Mohd Nor, S. (2023). A systematic literature review of the role of trust and security on FinTech adoption in banking. Heliyon, 10(1), e22980.
Lim, K. E., Pang, Y. H., Ooi, S. Y., Kow, W. X., Cheang, T. X., & Tan, M. W. (2025). Exploring user perceptions of security in mobile banking: A study in Malaysia. Journal of Informatics and Web Engineering, 4(2), 303–314.
Manoharan, S., Katuk, N., Hassan, S., & Ahmad, R. (2022). To click or not to click the link: The factors influencing internet banking users’ intention in responding to phishing emails. Information & Computer Security, 30(1), 37–62.
Mohd Fuad@Mohd Daud, N. S., & Mohd Yusof, A. R. (2022). Memahami jenayah siber dan keselamatan siber di Malaysia: Suatu pemerhatian terhadap pandangan sarjana dan intelektual. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 6(1), 11-26.
Muhammad, M. Z., Muhamad, F. H., Doktoralina, C. M., Mukhtar, D., Ghazali, M. F., & Rahman, M. K. (2021). Internet banking of Islamic banks: Issues of security and privacy. Society 5.0 Conferences, 11, 142-156. https://doi.org/qxss
Nie Ching. (2023). Kes jenayah dalam talian bagi tempoh Jan–Sept meningkat 23 peratus. ASTRO Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-jenayah-dalam-talian-bagi-tempoh-jansept-meningkat-23-peratus-nie-ching-445987
Waliullah, M., George, M. Z. H., Hasan, M. T., Alam, M. K., Munira, M. S. K., & Siddiqui, N. A. (2025). Assessing the influence of cybersecurity threats and risks on the adoption and growth of digital banking: A systematic literature review. American Journal of Advanced Technology and Engineering Solutions, 1(1), 226–257.
Wei, N., Lian, Y., Wang, H. & Liu, M. (2025). Analysis of mobile fintech adoption based on perceived value and risk factors. Humanities and Social Sciences Communications, 12, 973.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528