Analisis Diskriptif Faktor Pengalaman, Kemahiran, Peluang dan Risiko Terhadap Pengurusan Komunikasi Pelajar Program Mobiliti

Mohd Azul Mohamad Salleh, Rusyda Helma Mohd, Mohamad Rodzi Abd Razak

Abstract


Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini berfungsi sebagai ekosistem yang dinamik dan saling terhubung dengan dunia luar. Program mobiliti pelajar merupakan program penting dalam pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan memperkasa pelajar ke peringkat global, namun impaknya bergantung kepada keupayaan pelajar mengurus komunikasi dipersekitaran asing. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara diskriptif faktor pengalaman, kemahiran, peluang, dan risiko terhadap keterlibatan pelajar dalam pengurusan komunikasi pelajar program mobiliti. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui temu bual soal selidik seramai 254 responden dan mengguna persampelan bertujuan yang mengikuti program mobiliti pada tahun 2021 hingga 2024 dalam kalangan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini mendapati bahawa pengalaman dan peluang bertindak sebagai faktor utama untuk keterlibatan aktif dalam pengurusan komunikasi pelajar mobiliti.  Kemahiran juga membuktikan bahawa ia boleh membina keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi di luar zon selesa mereka. Dapatan juga menunjukkan bahawa walaupun peluang yang disediakan oleh institusi pendidikan, persepsi terhadap risiko sering menjadi cabaran utama yang mencetuskan penarikan diri secara sosial. Hasil kajian ini mencadangkan satu kerangka integratif pengurusan komunikasi yang boleh diguna pakai oleh pihak universiti untuk memperkukuh modul latihan pra-pelepasan dan sokongan semasa program. Penyelidikan ini menyumbang kepada literatur dalam pengurusan komunikasi untuk memahami pelajar dalam program mobiliti.

 

Kata kunci: Mobiliti pelajar, pengurusan komunikasi, pengalaman, kemahiran, peluang, risiko.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2026-4201-17


Full Text:

PDF

References


Alizah Lambri, & Zamri Mahmood. (2016). Pendekatan berpusat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi membentuk kemahiran insaniah pelajar di universiti awam. PENDETA Journal of Malay Language and Literature, 7, 25-34.

Asfarina Zanudin, Siti Nur Akma Kamaruddin, & Zainura Abdul Karim. (2023). Analisis program mobiliti pelajar secara maya di antara mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bunkyo-Gakuin University, Jepun, pasca-pandemik COVID-19. Jurnal Personalia Pelajar, 26(1), 19-26.

Bhabha, H. K. (1994). The location of culture. Routledge.

Ferdinand, A. (2006). Strategic pathways toward sustainable competitive advantage [Unpublished DBA Theses, Southern Cross, Lismore, Australia].

Hishamudin Isam, Mashetoh Abd Mutalib, Yusniza Yaakub, & Marzalina Mansor. (2022). Remaja dan media: Penyerlahan ‘Suara Remaja’ berdasarkan isu dan penggunaan bahasa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(1), 43-58.

Marull, C., & Kumar, S. (2020). Authentic language learning through telecollaboration in online courses. TechTrends, 64(4), 628-635.

Mohd Azul Mohamad Salleh, Arena Che Kasim, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Mohamad Adli Baco, & Muhammad Nur Imran Nor Arzami. (2024). Ketagihan skrin dalam kalangan belia di Lembah Klang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 40(1), 286-303.

Muhamad Faisal Ashaari, Nor Faizah Ismail, Rosmawati Mohamad Rasit Zulkefli Aini, & Zulkefli Aini. (2022) Pembangunan model kewarganegaraan digital Islami berdasarkan Metode Fuzzy Delphi. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(4), 97-117.

Muhammad Adil Fikri Mohd Hamizi, & Intan Suria Hamzah (2023). Penggunaan media sosial sebagai media baharu dan impaknya terhadap masyarakat Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15, 24-37.

Muhammad Zaiamri Zainal Abidin, Amira Firdaus, & Md Azlanshah Md Syed. (2021). Komunikasi strategik dalam pengurusan komunikasi organisasi: Definisi, pendekatan dan pelaksanaan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 23(1), 49-64.

Nor Kamariah Noordin. (2019, April 24). Program mobiliti pacu daya saing graduan. BH Online. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/04/556667/program-mobiliti-pacu-daya-saing-graduan

Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir, & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Penguasaan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terhadap kecekapan kerja. Journal of Social Sciences and Humanities, 17(9), 140-157.

Nur Emieza Saleh. (2020). Cabaran dan pengalaman adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar mobiliti ASEAN. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-8.

Nur Syuhada Mokhzan. (2024). Peranan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian belia: Kajian terhadap fungsi personal, interaksional, dan informasi. Jurnal Wacana Sarjana, 8(5), 1- 13.

Safrena Noreen Abd Malek, Abdul Latiff Ahmad, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2023). Adaptasi pelajar antarabangsa di Malaysia: Meneroka isu kejutan budaya di universiti swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(7).

Siti Aisyah Mohd Nong, & Siti Zuraidah Md Osman. (2024). Keperluan kemahiran insaniah abad ke-21 terhadap kesediaan kerjaya pelajar. International Journal of Modern Education, 6(20), 271-282.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528