Kualiti Hubungan Penyelia-Pekerja dengan Konflik Kerja-Keluarga: Peranan Tanggapan Sokongan Penyelia sebagai Pengantara

Normazaini Saleh, Rasidah Arshad, Rohayu Abdul Ghani, Rosmah Mat Isa

Abstract


ABSTRAK

Objektif kajian ini ialah untuk menyiasat peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara bagi kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Walaupun banyak kajian lepas mengemukakan kaitan signifikan antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dan konflik kerja-keluarga, namun penjelasan terhadap hubungan tersebut masih kurang dari sudut bukti empirikal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang kajian dengan mengkaji peranan sokongan penyelia sebagai pengantara antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Kajian dilakukan ke atas sampel yang terdiri daripada 535 jururawat di 6 buah hospital awam di Selangor. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berhierarki. Hasil kajian menunjukkan: (1) kualiti hubungan penyelia-pekerja mempunyai kaitan negatif secara langsung dengan konflik kerja-keluarga; (2) kualiti hubungan penyelia-pekerja mempunyai kaitan positif dengan tanggapan sokongan penyelia; (3) tanggapan sokongan penyelia mempunyai kaitan negatif dengan konflik kerja-keluarga dan; (4) tanggapan sokongan penyelia mengantara hubungan antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Hasil kajian ini membuktikan peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara bagi hubungan kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Seterusnya, kajian ini turut mengetengahkan pentingnya organisasi mengambil berat perihal hubungan penyelia-pekerja kerana dengan adanya hubungan baik antara penyelia-pekerja di tempat kerja, tanggapan sokongan sosial akan dapat ditingkatkan dan seterusnya konflik kerja-keluarga dapat dikurangkan.

Kata kunci: Kualiti hubungan penyelia-pekerja; konflik kerja keluarga; tanggapan sokongan penyelia; sokongan social; hospital

ABSTRACT

The objective of this study was to investigate the role of perceived supervisor support as a mediator between leader-member exchange (LMX) and work-family conflict. Although previous studies have found significant relationship between LMX and work-family conflict, empirical evidence explaining the relationship is still limited. Thus, this study attempts to fill the gap by examining the role of perceived supervisor support as a mediator between LMX and work-family conflict. A study was conducted on a sample consisting of 535 nurses in 6 public hospitals in Selangor. Hypotheses were tested using hierarchical regression analysis. The results showed: (1) LMX was negatively related to work-family conflict; (2) LMX was positively related to perceived supervisor support; (3) perceived supervisor support was negativly related to work-family conflict and; (4) perceived supervisor support mediates the relationship between LMX and work-family conflict. The findings demonstrate the role of perceived supervisor support as a mediator in the relationship between LMX and work-family conflict. The study also highlighted the importance of maintaining good supervisor-employee relationships. Good relations between supervisors and employees will enhance the perceived social support which in turn reduces work-family conflict.

Keywords: LMX; work-family conflict; perceived supervisor support; social support; hospital


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.