Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan

Roselena Mansor, Mohd Izham Mohd Hamzah

Abstract


ABSTRAK

Kajian-kajian lalu menunjukkan pemimpin adalah penyumbang utama kepada kecemerlangan organisasi. Hanya pemimpin yang kompeten dapat mengurus organisasinya dengan berkesan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan untuk memimpin institusi pendidikan dengan berkesan. Seramai 24 informan dipilih secara bertujuan yang terdiri daripada pelbagai peringkat kepimpinan dan pengalaman. Kajian ini adalah kajian kualitatif; di mana data diperoleh secara temu bual bersemuka. Data dianalisis dengan pembinaan tema-tema dan dengan melakukan teknik analisis perbandingan berterusan. Kajian ini telah mengenal pasti lima kompetensi utama yang perlu ada pada pemimpin berkualiti iaitu berpengetahuan, berkemahiran, berkeperibadian positif, menyumbang kepada organisasi, dan kesanggupan memimpin. Hasil kajian ini memberi implikasi pada model kompetensi kepimpinan berkualiti. Dapatan kajian ini dicadangkan digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan pembentukan pemimpin berkualiti.

Kata kunci: Kompetensi; pemimpin berkualiti; kompetensi kepimpinan; pemimpin; kepimpinan pendidikan

ABSTRACT

Past research have shown that leadership is a major factor contributing to organizational excellence. Only competent leaders are able to manage the organization effectively. Hence, the purpose of this study is to identify the competencies needed to lead an educational institution effectively. 24 informants were specifically selected for their multi-level leadership designations and experiences. This study is a qualitative study; where the data was gathered via face-to-face interview. Data is analysed thematically by using constant comparative technique. This research identifies five key competencies of quality leaders – knowledgeable, skillful, positive personality, are able to contribute to organization and willingness to lead. The results of this study have implications on the quality leadership competency model. This study intended to be used as the basis for the selection and development of quality leaders.

Keywords: Competency; quality leader; leadership competencies; competent leader; educational
leadership

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.