Pengaruh Kepimpinan dalam Hubungan antara Keadilan Organisasi dan Politik Organisasi dalam Institusi Kewangan Islam di Malaysia

Saiful Azizi Ismail, Zulkiflee Daud, Ahmad Fauzi Ahmad Zaini

Abstract


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan menguji peranan perantara kepimpinan dalam hubungan antara keadilan organisasi dan persepsi politik organisasi. Berasaskan reka bentuk keratan rentas, sampel kajian ini melibatkan seramai 291 orang pekerja bukan pegawai daripada pelbagai institusi kewangan Islam di Malaysia. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat dimensi-dimensi baru yang wujud dalam keadilan organisasi dan politik organisasi di institusi kewangan Islam di Malaysia. Penemuan dimensi-dimensi baru dilihat dengan menggunakan analisis faktor. Kesan pengaruh antara keadilan organisasi, kepimpinan dan politik organisasi diuji dengan menggunakan analisis regresi berganda. Keputusan menunjukkan bahawa keadilan organisasi mempunyai kesan pengaruh yang signifikan dengan politik organisasi dan kepimpinan berperanan sebagai perantara dalam hubungan antara keadilan organsasi dan politik organisasi.

Kata kunci: Politik organisasi; keadilan organisasi; kepimpinan; institusi kewangan Islam

ABSTRACT

This study examined the mediating influence of leadership on the relationship between organizational justice and organizational politics. Based on cross-sectional design, the sample of this study consisted of 291 non-executive workers from various Islamic financial institution in Malaysia. This study also points to a new dimension of organizational justice and organizational politics in the Islamic financial institution in Malaysia. The discovery of new dimensions seen by using factor analysis. The effect of the influence of organizational justice, leadership and organizational politics were tested using multiple regression analysis. The results show that organizational justice has the effect of significant influence by organizational politics, and leadership role as mediator in the relationship between organizational justice and organizational politics.

Keywords: Organizational politics; organizational justice; leadership; Islamic financial institution



Keywords


Politik organisasi, keadilan organisasi, kepimpinan, institusi kewangan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.