Impak Kepercayaan dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) Terhadap Risiko Kecairan

Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul-Rahman, Shifa Mohd Nor

Abstract


ABSTRAK

Kebelakangan ini, Lembaga Tabung Haji (TH) telah terpalit dengan pelbagai tohmahan yang telah menyebabkan reputasi TH dipertikaikan. Hal ini telah mendapat reaksi daripada pendeposit sehingga menyebabkan kepercayaan dan kesetiaan pendeposit tergugat dan mereka mula mengeluarkan simpanan. Kajian ini bertujuan melihat faktor penentu kepercayaan dan kesetiaan dan melihat sama ada faktor kepercayaan dan kesetiaan bertindak sebagai faktor penengah (mediating factor) kepada risiko kecairan TH. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan tujuan (purposive sampling) dan sebanyak 200 orang responden menjawab soal selidik secara atas talian dan secara langsung. Analisis menggunakan teknik PLS-SEM mendapati kepercayaan bertindak sebagai faktor penengah hubungan antara maklumat kewangan, jaminan deposit, kualiti perkhidmatan dan imej dengan risiko kecairan.Selain itu, kesetiaan bertindak sebagai faktor penengah hubungan antara kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, dan imej dengan risiko kecairan. Oleh itu, ketelusan tadbir urus korporat perlu dititikberatkan untuk memperbaiki segala aspek yang sepatutnya dan dalam masa yang sama mengembalikan semula kepercayaan dan kesetiaan para pendeposit. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pengurusan TH terutamanya dan kerajaan umumnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengurus risiko kecairan bagi mengekalkan kedudukan TH sebagai institusi kewangan Islam yang kukuh pada masa hadapan

Kata kunci: Kepercayaan; kesetiaan; risiko kecairan; Tabung Haji

ABSTRACT

Recently Lembaga Tabung Haji (TH) has been negatively accused from various aspects which may tarnish its reputation. This scenarioreceivesbad reaction from depositors, reducing their trust and loyalty, which leadsto withdrawal of deposits. This study aims to identify factors that influence the trust and loyalty of TH besides capturing the trust and loyalty traits of depositors as mediating factors of liquidity risk. This study adopts purposive sampling method and a total of 200 respondents respond to the questionnaires via online and enumerator service. Analysis using PLS-SEM technique revealed that trust mediates the relationship between financial information, security deposit, service quality and image with liquidity risk. Besides that, loyalty mediates the relationship between service quality, customer satisfaction and image with liquidity risk. Therefore, good corporate governance has to be enhanced to gain back the depositors’ trust. Results from this study are expected to assist the management of TH as well as the government to properly manage liquidity risk in ensuring the sustainability of TH in future.

Keywords: Trust; loyalty; liquidity risk; Tabung Haji


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.