Kerelevenan Maklumat Rizab Penyamaan Keuntungan dalam Syarikat Induk Perbankan Islam Di Malaysia

Temson Tunick, Norman Mohd-Saleh

Abstract


ABSTRAK

Rizab Penyamaan Keuntungan (RPK), iaitu peruntukan rizab daripada keuntungan semasa keadaan baik untuk digunakan dalam keadaan pasaran yang tidak begitu baik dalam institusi kewangan Islam di Malaysia. Berbeza dari kajian lepas, ia merupakan satu amalan yang diterima untuk melicinkan pendapatan. Dalam institusi kewangan Islam, konsep perkongsian keuntungan digunakan dalam kebanyakan kontrak kerana faedah atau riba’ tidak dibenarkan. Apabila pulangan dalam institusi kewangan konvensional yang berasaskan kadar yang tetap adalah tinggi, terdapat kecenderungan bagi institusi kewangan Islam (sebagai Mudharib) untuk mengorbankan bahagian keuntungan yang diperolehinya untuk membayar pulangan yang kompetitif kepada pelaburnya. Justeru, RPK dibenarkan dalam institusi kewangan Islam oleh pihak berkuasa untuk memastikan institusi berkenaan mempunyai rizab yang cukup untuk digunakan pada ketika prestasi yang tidak begitu baik, dan mengekalkan pelanggannya. Walaupun kajian lepas mendapati pelabur mendiskaun harga saham akibat daripada amalan pengurusan perolehan, manfaat kelebihan bersaing kepada institusi kewangan Islam dengan adanya RPK boleh menterbalikkan atau mengurangkan kesan ini. Jadi, terdapat persoalan sama ada pelabur menganggap maklumat RPK ini sebagai releven kepada keputusan mereka. Kajian ini memeriksa kerelevenan nilai RPK kepada pelabur. Tambahan lagi, kajian ini juga menyiasat kesan peraturan baharu untuk RPK yang telah dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2011. Peraturan baharu ini mencadangkan pelakuan perakaunan yang berbeza antara peruntukan yang dibuat oleh pelabur dan Mudharib yang memberi kesan terhadap penyata kewangan dan akhirnya pertimbangan pelabur. Menggunakan data syarikat induk bank tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2001 ke 2014 iaitu 102 pemerhatian, dapatan kajian menunjukkan peruntukan RPK berkait secara negatif kepada harga saham. Hubungan ini lebih kuat selepas penguatkuasaan garispanduan yang baharu. Selari dengan kajian lepas, ini mencadangkan RPK dipandang sebagai alat untuk mengurus perolehan. Implikasinya, pihak penggubal undang-undang harus memandang serius dalam keputusan sama ada untuk memberhentikan atau meneruskan amalan peruntukan RPK ini. Walaupun tujuannya baik, ia berpotensi disalahgunakan oleh pihak pengurusan untuk mengurus perolehan dan pulangan bank. Berikutan penggunaan garis panduan baharu pada tahun 2011, perkaitan RPK dan harga saham adalah semakin kuat.

Kata kunci: Kerelevenan nilai; pelicinan pendapatan; rizab penyamaan keuntungan; institusi kewangan Islam.

ABSTRACT

Profit equalization reserve (PER) i.e. a reserve allocated from profit during good times to be used during difficult times, in the Malaysian Islamic financial institutions is an acceptable tool to smoothen earnings. In contrast to prior literature, it is an acceptable practice to smoothen earnings. In Islamic financial institutions, the concept of profit sharing is used in most contracts because interest or riba’ is prohibited. When return in the conventional financial institutions which is based on a predetermined rate is high, there is a tendency for the Islamic financial institutions (as Mudharib) to sacrifice their share of profit in order to pay a rate of return equivalent to a competitive rate of return. As such, PER is allowed by the authorities in Islamic financial institutions to make sure they have enough reserves to be used during difficult times, and be able to retain their customer base. Although prior literature found investors discount prices due to earnings management practices, the benefit of competition advantage to the Islamic financial institutions by having PER could reverse or off-set the effect. Thus, there is a question whether investors regard this information as relevant in their decision making. This study examines the relevance of the PER financial information to investors. In addition, this study also investigates the effect of a new guideline on PER imposed by the central bank of Malaysia i.e. Bank Negara Malaysia (BNM) in 2011. The new guideline of PER implementation suggests different treatment of PER provision by investors and PER by Mudharib that affect items in the financial statements and subsequently investors judgment. Using data of listed bank holding companies from 2001 to 2014 i.e. 102 observations, the findings show PER provision is negatively related to share prices. This relationship is stronger after enforcement of the new guideline. Consistent to prior literature, this suggests PER is perceived as a tool to manage earnings. The implication is that the regulator has to give serious attention in the decision either to stop or continue the use of PER provision. Although the objective is good for the bank, it can potentially be misused by the management to manage bank’s earnings and return. Following the adoption of new guidelines in 2011, the relationship between PER provided and share prices has been strengthened.

Keywords: Value relevance; smoothen earnings; profit equalization reserve; Islamic financial institutions.


Keywords


Kerelevenan Nilai, Pelicinan Pendapatan, Rizab Penyamaan Keuntungan, Institusi Kewangan Islam.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.