Faktor Penentu Kelakuan Pusingganti Pekerja dalam Firma IT berstatus MSC Malaysia (Factors that Influence the Turnover Behaviour Among Employees in Malaysian's MSC - Status IT Firms

Nur Atiqah Abdullah, Mohd Fuaad Said, Khairul Akmaliah Adham

Abstract


ABSTRAK
Menurut teori keusahawanan berasaskan sumber, pekerja berkemahiran tinggi merupakan sumber penting dalam membangunkan produk dan menyumbangkan kepada pertumbuhan firma yang terlibat dalam perniagaan berteraskan teknologi. Oleh itu, isu pengurusan sumber manusia, termasuk pengurangan kadar pusingganti dan pengekalan pekerja, adalah perkara yang kritikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang dikaitkan dengan kelakuan pusingganti pekerja dalam firma IT berstatus MSC di Malaysia. Data untuk kajian diperolehi menerusi borang soalselidik yang telah dihantar secara pos kepada pengurus sumber manusia atau pengurus atasan syarikat. Sebanyak 500 borang telah diedarkan kepada firma IT berstatus MSC. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 106 borang soalselidik telah diisi dan dikembalikan, yang menunujukkan kadar respon sebanyak 21 peratus. Hasil kajian menunjukkan terdapat lima faktor penting yang dapat menerangkan kelakuan pusingganti pekerja IT, iaitu faktor organisasi, tugas, individu, penglibatan pekerja dan faktor luaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa faktor dalaman organisasi memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan pekerja dalam organisasi. Manakala untuk menangani masalah pusingganti yang disebabkan oleh faktor luaran, organisasi boleh mengambil strategi seperti meningkatkan gaji, menawarkan faedah yang lebih menarik, dan menyediakan jam bekerja yang lebih fleksibel.

ABSTRACT
The resource-based perspective of entrepreneurship emphasises that highly-skilled employees are important resources in developing new products and in supporting high growth of technology-based firms. Therefore, human resources management issues, including reducing turnover and retaining employees are critical issues. The purpose of this study is to identify factors that influence the turnover behaviour among employees in Malaysian’s MSC-status IT firms. Its data-gathering method was survey with the firms’ human resource and top managers selected as respondents. A total of 500 questionnaires were mailed to IT firms with MSC-status. Out of this figure, 106 questionnaires were completed and returned, generating a response rate of 21%. The results indicate that five factors influence the employees’ turnover behavior, which are organisational, work-related, individual, employees-involvement and external factors. This study indicates that internal factors are the main effect in retaining employees in organizations, while to counter the influence of external factors on employees’ turnover, an organization could raise their salary, offer more attractive work-incentives, and provide more flexible working hours.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.