Kajian Awalan ke atas Potensi Pelancongan Kembaraan dalam Pasaran Remaja di Malaysia

Norzalita A.Aziz, Ahmad Azmi M.Ariffin, Tan Wei Vien

Abstract


This preliminary study, involving 125 respondents drawn from institutes  of higher educations in Malaysia attempts to determine the intersets and involvemnet of young adults or teenagers in the adventure tourism activities. The gaps between the two constructs are also measured to determine the potential of the tourism sector. This study found that Malaysian young adults are interested particularly in the backpacking and cycling activities but the level of involvemnets in almost all activities under study are far below than the level of interest shown. The results also revealed that the largest interest-involvement gap is found for diving activity. This study which employs questionnaire survey also examines the influence of the push-pull motivational dimensions in order to develop the most ideal promotional strategy to target the young adults market. Among the most influental push factors are "for pleasure" and "for sports" while the three most important push factors are "for pleasure" and "for sports" while the three most important pulling factors are those related to the natural environments attractiveness. The respondents also reported that the existing edvanture tourism products and services in Malaysia are not well managed and promoted apart from the high participation costs.

ABSTRAK

Kajian awalan yang melibatkan 125 responden dikalangan para pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia ini cuba untuk mengkaji minat dan penglibatan para remaja dalam aktiviti pelancongan kembaraan di Malaysia. Jurang antara keduanya juga diukur untuk menentukan potensi perkembangan sektor pelancongan ini. Remaja di Malaysia pada umumnya didapati berminat kepada aktiviti mengembara khusunya secara "backpacking" dan jelajah berbasikal namun tahap penglibatan untuk hampir kesemua kativiti kembaraan adalah jauh lebih rendah daripada minat yang ditunjukan. Hasil kajian menunjukkan jurang minat-penglibatan yang terbesar adalah untuk aktiviti kembaraan menyelam. Kajian ini yang menggunakan borang soal selidiki sebagai instrumen kajian juga menyelidik pengaruh faktor motivasi tolakan-tarikan ke atas aktiviti pelancongan kembaraan bagi mengenal pasti teras kepada strategi pemasaran yang ideal bagi mensasar kepada pasaran remaja. Antara faktor tolakan utama adalah keseronokan dan kesukanan manakala tiga faktor tarikan utama adalah berteraskan kepada persekitaran alam semulajadi yang menarik. Yang menariknya, kajian ini juga mendapati "menghadapi risiko" bukanlah merupakan faktor tolakan penting sebagaimana yang dijangkakan untuk sesuatu aktiviti kembaraan. Para remaja juga berpendapat bahawa produk kembaraan yang terdapat di malaysia tidak diurus dan dipromosikan dengan baik disamping kos penglibatan yang tinggi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.