Modal Insan dan Penemuan Peluang ke atas Eksploitasi Peluang Keusahawanan di Kalangan Usahawan-usahawan Luar Bandar

Abd Razak Ahmad, Mohd Hassan Mohd Osman, Kamariah Ismail, Wan Fauziah Wan Yusoff

Abstract


ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka proses peluang keusahawanan luar bandar di Malaysia. Secara khususnya kajian ini cuba mengenal pasti hubungan di antara eksploitasi peluang keusahawanan, penemuan peluang keusahawanan dan modal insan usahawan luar bandar, dan juga untuk menentukan kesan langsung dan bersama modal insan keusahawanan ke atas eksploitasi peluang usahawan luar bandar di Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian ini, tinjauan secara kuantitatif telah dijalankan ke atas 345 responden iaitu usahawan-usahawan luar bandar di Malaysia. Data yang diambil daripada kajiselidik telah dianalisis menggunakan SPSS versi 20 untuk analisis deskriptif dan SmartPLS perisian versi 2.0 untuk analisis inferensi untuk penerokaan hubung kait pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa adalah signifikan pada aras keertian 0.01 di mana, modal insan mempunyai hubungan yang positif dengan eksploitasi peluang keusahawanan dan kesan langsung kepada penemuan peluang keusahawanan. Rumusan kajian ini menyatakan bahawa modal insan dan penemuan peluang keusahawanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada penciptaan usahawan baharu dalam bidang keusahawanan luar bandar. Kajian ini memberikan sumbangan penting pada bidang keusahawanan luar bandar, terutamanya dalam bidang peluang keusahawanan di luar bandar.

Kata kunci: Keusahawanan luar bandar; modal insan; eksploitasi peluang; penemuan peluang

ABSTRACT

This study aims to explore the process of opportunity in rural entrepreneurship in Malaysia. Specifically this study tries to identify relationship of exploiting entrepreneurial opportunity, entrepreneurial opportunity discovery and human capital of rural entrepreneurs, and to determine direct and joint effect of entrepreneurial human capital on exploiting entrepreneurial opportunity for Malaysian rural entrepreneurs. To achieve the objectives of this study, a quantitative survey was conducted on 345 respondents (Malaysia rural entrepreneurs). Data collected from the survey was analysed using SPSS version 20 for descriptive analysis and SmartPLS version 2.0 software for inferential analysis to explore the related variables. The survey revealed that at 0.01 significant level, human capital has a positive relationship with exploiting entrepreneurial opportunity and direct effect to entrepreneurial opportunity discovery. The study concludes that entrepreneurial human capital and opportunity discovery play important roles that contribute to the new venture creation in rural entrepreneurship. This research makes a significant contribution on rural entrepreneurship field, especially in relations to rural opportunity entrepreneurship.

Keywords: Rural entrepreneurship; human capital; exploit opportunity; opportunity discovery


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.