Aplikasi Kaedah Sadd Al-Dharaᶜi dalam Mengekang Persetubuhan Luar Nikah: Analisis terhadap Peruntukan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia dan Brunei

Azizah Mat Rashid, Nor Adha Abd. Hamid, Ahmad Azam Mohd Shariff, Adibah Bahori, Masnooraini Mohiddin

Abstract


 Sadd al-dharaᶜi bermaksud menyekat sesuatu yang boleh menyumbang kepada berlakunya sebarang kerosakan seperti mencegah perlakuan khalwat bagi mengelakkan perlakuan perzinaan. Adalah penting untuk mengaplikasikan kaedah tersebut apabila melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah. Kajian ini berfokuskan kepada pelaksanaan peruntukan undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia dan Brunei. Ianya dilakukan bagi memenuhi tiga objektif kajian. Pertama, ianya menganalisis peruntukan undang-undang yang bertujuan mengekang masalah persetubuhan luar nikah berdasarkan kaedah Sadd al-dharaᶜi. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan berkaitan pelaksanaan peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah. Ketiga, ianya mencadangkan saranan kepada permasalahan yang dikenal pasti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data-data diperolehi secara kajian perpustakaan dan temu bual separa struktur bersama beberapa orang pelaksana undang-undang. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kritis dan induktif bagi mencapai dapatan. Kajian mendapati terdapat beberapa peruntukan kesalahan yang boleh dimanfaatkan untuk mencegah kesalahan persetubuhan luar nikah dalam konteks peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemakaian peruntukan tersebut kurang menyeluruh kerana hanya tertumpu kepada beberapa peruntukan kesalahan lazim seperti khalwat, melakukan persetubuhan haram dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Adalah dicadangkan agar penguatkuasaan menyeluruh termasuk peruntukan yang jarang dikuatkuasakan, perlu dilakukan. Dalam masa sama, beberapa pindaan perlu dilakukan ke atas peruntukan undang-undang berkaitan bagi tujuan penambahbaikan dan penyeragaman. Sementara itu, kajian turut mengenal pasti persamaan senario di Brunei dan Malaysia berkaitan statistik kesalahan khalwat yang sentiasa meningkat. Di Brunei contohnya, kebanyakan aduan yang dilaporkan tidak sampai ke peringkat pendakwaan disebabkan pelbagai isu dan halangan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan. Hal ini timbul kerana tiada garis pandu yang standard yang mengawal selia kedua-dua aspek. Adalah disarankan agar beberapa peruntukan penguatkuasaan, pendakwaan dan pentadbiran diperkasakan. Beberapa pelan tindakan turut perlu dilaksanakan demi memastikan pelaksanaan yang lancar dan berkesan.

 

The Application of Sadd Al-Dharaᶜi in Curbing Illegal Sexual Intercourse: Analysis on Syariah Criminal Law Provisions in Malaysia and Brunei

Sadd al-dharaᶜi denotes preventing something that is contributory to the occurrence of any destruction such as preventing khalwat to avoid fornication. It is important to apply the said principle when implementing syariah criminal law. This research focuses on the implementation of syariah criminal law in Malaysia and Brunei. It is aimed at fulfilling three objectives. Firstly, it analyses legal provisions that aim at curbing illegal sexual intercourse based on sadd al-dharaᶜi. Secondly, it identifies problems relating to legal application. Thirdly, it suggests solutions to the identified problems. This research applies qualitative method whereby the data collected trough library research and semi structured interviews involving law enforcement officer. The data collected was critically and inductively analyse to reach the findings. The research finds that there are some provisions that could be used to prevent illegal sexual intercourse in the context of the Malaysian syariah criminal law. However, the provisions are not fully enforced as the enforcement focuses only on certain provisons such as khalwat, illegal sexual intercourse and public indecency. Thus, it is suggested that a thorough enforcement, including some rarely enforced provisions, need to be implemented. At the same time, some ammendments must be made on related provisions for improvements and uniformity purposes. Meanwhile the research also identifies similar scenarios in Brunei and Malaysia on the increasing statistics on Khalwat cases. In Brunei, for instance, most lodged reports do not reach prosecution stage due to severel issues and obstacles in enforcement and prosecution. This is due to absence of specific guidelines on both aspects. It is suggested that some enforcement, prosecution and administration provisions are improved on. Specific action plans must be implemented in ensuring efficient and effective implementation.

 

Keywords


Sadd al-dharaᶜi;undang-undang jenayah syariah; persetubuhan luar nikah; mafsadah; khalwat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia