Kesan Hukuman Sebat terhadap Pesalah Jenayah Syariah di Aceh

Hamdani ,, Muhamad Helmi Md Said, Zinatul Ashiqin Zainol

Abstract


 Hukuman sebat yang dilaksanakan menurut prinsip syariah seringkali ditohmah sebagai tidak berperikemanusiaan serta tidak berkesan. Artikel ini mengkaji kesan hukuman sebat terhadap pesalah yang telah dihukum sebat Syariah di Wilayah Aceh. Artikel ini mensasarkan kepada tiga objektif. Pertama, ia menganalisis prinsip dan pelaksanaan hukuman sebat syariah. Kedua, ia turut menganalisis serta mengenal pasti kesan pelaksanaan hukuman tersebut di Wilayah Aceh. Ketiga, ia turut mencadangkan metod pelaksanaan hukuman yang praktikal serta ideal. Secara keseluruhannya, artikel ini adalah berasaskan kepada sebuah kajian sosio-perundangan yang dianalisis secara kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual ke atas pesalah yang telah dihukum sebat, mereka yang ada disekeliling pesalah serta mereka yang melihat secara langsung hukuman sebat tersebut dilaksanakan. Data kemudiannya dianalisis kandungannya secara kritis. Kaedah pemerhatian turut diguna pakai dalam analisis. Hasil kajian mendapati para pesalah yang ditemubual mengakui merasa sangat malu kerana disebat di hadapan orang ramai. Mereka turut mengakui merasai kesan sakit akibat sebatan yang diterima. Para pesalah serta orang yang menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat tersebut turut mengakui merasa insaf untuk tidak melakukan kesalahan di masa hadapan. Dapatan-dapatan di atas sebenarnya membuktikan bahawa hukuman sebat Syariah yang dilaksanakan di Wilayah Aceh sebenarnya berperikemanusiaan serta berkesan dalam mendidik pesalah dan masyarakat. Pelaksanaan hukuman tersebut di Aceh sebenarnya mampu untuk menjawab tomahan yang dilemparkan serta mendidik masyarakat akan keperimanusiaan dan keberkesanan hukuman tersebut.

 

The Effect of Whipping Punishment on Syariah Criminal Convicts in Acheh

Whipping punishment conducted in accordance with syariah principles has always been accused of being inhumane as well as ineffective. This article analyses the effect of whipping punishments on convicts who have undergone syariah whippings in the Aceh Province. It strives at fulfilling three objectives. Firstly, it analyses the principles and application of syariah whipping punishment. Secondly, it analyses and identifies the effects of the implementation of the said punishment in the Aceh Province. Thirdly, it also suggests a practical and ideal method of implementing such punishment. Overall, this article is based on a socio-legal research that is analysed qualitatively. The data is collected via various interviews conducted on convicts who have undergone whipping sentence, those who are around the convicts as well as those who have actually witnessed the said punishment. The content of the data is then being critically analysed. Observation method also comes into play in the analysis. The research finds that the interviewed convicts admitted of being shamed when whipped in public. They also admitted of bearing physical pain resulting from such punishment. The convicts as well as those who witnessed the said punishment also admitted to repenting not to commit the offence in future. The above findings prove that syariah whipping punishment implemented in Aceh Province is humane and effective in educating convicts and society. Implementation of such sentence in Aceh is, in actual, capable of responding to all negative accusations and educating the society as well on the humanity and effectiveness of such punishments.

 

Keywords


Aceh; hukuman sebat; jenayah takzir; malu; masyarakat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia