Laporan Audit Luaran di Malaysia: Analisis Eksploratori Perkara Utama Audit

Amirul Hafiz Mohd Nasir

Abstract


Piawaian ISA 701, Komunikasi Perkara Utama Audit dalam laporan juruaudit bebas, mengkehendaki juruaudit melaporkan isu-isu yang dianggap sebagai utama semasa kerja-kerja audit dilakukan. Piawaian ini efektif pada 15 Disember 2016 adalah merupakan piawaian terbaru berkaitan laporan juruaudit bebas. Kajian ini meneliti ciri-ciri pelaporan perkara utama audit selepas ISA 701 dikeluarkan dan menyelidiki bagaimana perkara utama audit dilaporkan terutamanya dalam kalangan syarikat yang mempunyai masalah usaha berterusan dan menerima laporan audit tanpa syarat dan syarikat yang menerima laporan audit bersyarat. Dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan kajian ini menganalisa 99 perenggan perkata utama audit daripada 46 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia daripada tahun 2016 hingga 2018, hasil penemuan kajian menunjukkan pendedahan perkara utama audit lebih bersifat generik dengan mempunyai fokus yang hampir sama. Analisis seterusnya mendapati perbezaan ketara pendedahan perkara utama audit antara dalam kalangan syarikat yang mempunyai masalah usaha berterusan dan menerima laporan audit tanpa syarat dan syarikat yang menerima laporan audit bersyarat. Hasil kajian eksploratori ini dapat memberikan gambaran awal kepada pembuat dasar, juruaudit, pengguna penyata kewangan dan pelajar-pelajar dalam memahami ciri-ciri perkara utama audit selepas ISA 701 dikeluarkan dan melihat bagaimana perkara utama audit dilaporkan terutamanya bagi syarikat yang mempunyai masalah usaha berterusan dan menerima laporan audit tanpa syarat dan syarikat yang menerima laporan audit bersyarat.

Keywords


laporan audit luaran; perkara utama audit

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060