Kesan Pemoderat Jawatankuasa Kelestarian ke atas Hubungan antara Pemilikan Syarikat dan Kualiti Pelaporan Kelestarian di Malaysia

Nur Anis Md Surani, Noradiva Hamzah

Abstract


Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilikan kerajaan dan pemilikan keluarga dengan kualiti pelaporan kelestarian di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji kesan pemoderat jawatankuasa kelestarian ke atas hubungan antara struktur pemilikan dan kualiti pelaporan kelestarian. Motivasi kajian ini adalah arahan Bursa Malaysia mewajibkan syarikat tersenarai menyediakan penyata kelestarian pada tahun 2015. Sampel kajian terdiri daripada 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan saiz pasaran modal. Data dikumpul daripada laporan tahunan syarikat bagi tahun 2013, 2014, 2016 dan 2017. Kualiti pelaporan kelestarian diukur menggunakan skor indeks Global Reporting Initiative (GRI) 3.1 yang mempunyai 79 petunjuk ukuran. Penemuan kajian membuktikan bahawa pemilikan kerajaan berhubungan positif dengan kualiti pelaporan kelestarian.  Sebaliknya, pemilikan keluarga adalah berhubungan negatif dengan kualiti pelaporan kelestarian. Kajian ini juga mendapati jawatankuasa kelestarian melemahkan hubungan negatif antara pemilikan keluarga dan kualiti pelaporan kelestarian. Namun, didapati jawatankuasa kelestarian tidak menguatkan hubungan positif antara pemilikan kerajaan dan kualiti pelaporan kelestarian. Dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur pelaporan kelestarian dan memberi input kepada Bursa Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti mengenai kualiti pelaporan kelestarian dan kepentingan jawatankuasa kelestarian.


Keywords


Kualiti pelaporan kelestarian; pemilikan kerajaan; pemilikan keluarga; jawatankuasa kelestarian

Full Text:

PDF PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060